Thursday, 15 November 2012

Kisah Si Penggunting Rambut



Salam Maal Hijrah semua...!

Semoga hidup kita semakin baik..

Target2 dulu dah dicapai..

Menjadi insan yang lebih hebat..

Semakin bertambah iman kita..

Insyaallah..















Kisah ni shida share dari rakan Fb..bagus kisah ni..
Kisah Si Penggunting Rambut

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Antara pengajaran penting:

Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun.

Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. “Aslim, taslam”. Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluq yang menghuni bersama manusia akan selamat.

Peringatan:

Ini hanyalah perumpamaan sahaja. Kisah sebegini baik untuk disampaikan untuk mengajak manusia berfikir dan merenung. Namun, perumpamaan ini tidaklah tepat dengan ALLAH. Kerana ALLAH itu adalah Tuhan yang tiada suatu pun yang sama denganNYA.

Semoga ada manfaat padanya, insyaALLAH.

Perkongsian dari ~ shbt Al-idir Nakigawa Nagasari
- Jazakallah hukhairan.. ( Crdt: pain sama)

Kang Gary (Leesang)




Kang Gary - Lolol - Calmness Gary - Gary from Jamsil

hahaha...siapa yang minat tengok variety show RunningMan (RM) mesti tau nickname2 ni..ada banyak lagi la..

masa intro ahli RM..haha asyik usik Gary je


Sekarang ni shida tengah addict dengar lagu  The Woman Who Can't Break Up, The Man Who Can't Leave by Leessang ft Jung Min..

macam tak percaya je die ni rapper


masa episod awal2 dulu selalu ade game snap photo dalam masa 5 saat..yang lawaknye muka Gary selalu ada..siap ade galeri Gary lagi..

muka nak tenang je
 
winner ceremony
tak tau la macam mane die leh buat muka tenang masa lompat

yeah! berjaya pertahankan takhta photo king


Gary..pemalu ngan gegurl..tapi last2 die la yg selalu buat loveline kat Jihyo..tu yg ada Monday Couple tu..
Yg bestnye even banyak guest perempuan Gary still loveline kat Jihyo..tak macam Haha..semuanye nak jadi last love forever..

terus hilang focus gary ni..haha


Shida post pasal Gary ni dulu sebab Gary no1 dalam carta runningman dalam hati saya..huhu..

#on youtube tengok Gary rap..memang cam orang lain..huuu#




Monday, 12 November 2012

Review Moview : Cold War




Shida bagi 4 star untuk movie ni..



50% aksi 50% bercakap..haha..tapi bagi orang yang suka tengok citer berfikir and tahan dengan conflict ok la..tak rasa rugi macam shida ni...lagipun title die terang2 dah cakap cold war..so ada kena ngena ngan psikologi sikit..

tapi..

kalau yang suka aksi 90% shida tak recommend kan lah..

oh ye..filem ni ala-ala Police Story 4 la..why eh? tak best la kalau shida bagitau kan..ikut hati memang nak bagitau je..hehe..



scene ni cam lawak sebab dorang cakap serentak..even masa ni tengah masa serius..

Line dalam filem ni yang paling shida ingat..
'extreme situation need extreme decision, believe in your own thought' by Mr Andy Lau, masa die bagi nasihat kat Aaron Kwok..naik bulu reroma oooh..

Lagi satu line die ' the biggest enemies in any organization is the person in it'..macam ada hint siapa dalang konflik masa tu..


Dari line-line filem ni shida rasa korang leh bayangkan memang suspend citer ni..sebab orang jahat die cam teror lebih dari polis tu..


Kenapa shida tak bagi 5 star sebabnye masa ending die..macam nak bagitau...TO BE CONTINUE...


aarghhh fed up ooh..

ape2pun sebab lakonan dorang best and action die nampak lain sikit dari biasa..shida rasa berbaloi la dengan tiket RM11 tu..haha..


#tetibe nampak ade filem korea lak kat wayang...tak sangka lak..Soar Into To The Sun...Rain dengan Se Kyung berlakon..nantilah nak tengok..huhu#




Monday, 29 October 2012

Jom Layan Running Man @ KShowNow



Korang nak tau tak sekarang ni shida tengah addict dengan runningman...sampi penuh external hardisk shida..runningman buat masa ni 76.0 gb ..ala variety show korea tu..

runningman ni dikenali gak dengan kshownow..kalau korang nak download @ tengok online kawan adik shida yang rajin men download dekat www.kshownow.net.. kat sana ada dari episod 1 sampai ke latest..subtittle english..

masa first2 shida kenal runningman ni..shida asyik tanya adik shida ape la yang best sangat runningman ni...gelak sorang2 depan lappy..sampai kawan2 shida pun heboh duk citer pasal runningman ni...shida pun try la tengok 1 episod...and oooohhh!

sampai sekarang shida addict..seronok tengok perangai artis korea yg jadi jemputan untuk setiap episod..ade yg nampak je pendiam tapi rupe2nye gile2..haha..

Korang tengok la ea..

runningman atas ni masa jihyo unnie tak de..semua lelaki..ok memang x tahan bila tengok gary oppa buat muka serius..



#bila la runningman nak datang kat malaysia..buat kat klcc tu..(oh hari tu pernah heboh tau dorang nak datang tapi just khabar angin aje) T_T#

Selamat Hari Raya Aidiladha




Rasanya belum terlambat shida nak wish
Selamat Hari Raya Aidiladha..
semoga kehidupan kita semua semakin bertambah baik dari semalam...alhamdulillah tahun ni shida dapat gak rasa daging korban..lembutnya and senang nak masak.. :)





#tabah tul orang kelantan balik kg 15 jam perjalanan#

Saturday, 6 October 2012

SHAHIDA HASSAN DI MEDIA



Ok jangan ade yang sampai geli perut baca tajuk entry shida kali ni...blogger ke shida ni? Blogger la..dah ade blog ni...haha..

Rabu lepas 03.10.2012 tercatat la sejarah hidup shida..alhamdulillah..first time on air dekat tv..teruja sangat...alhamdulillah diberi peluang...rancangan Dialog di TV1..Jam 10 malam..


dengan pengacara Dialog & orang kuat ptptn

Isu yang di discusskan berkaitan BAJET 2013 dengan PTPTN..Bajet 2013 haritu ade 'hadiah' untuk semua peminjam PTPTN..korang tau tak? Rugi la kalau korang tak tahu...ce korang browse pasal ptptn dengan bajet 2013..sebab ade pasal diskaun2..korang mesti excited kan kalau dengar perkataan diskaun ni...(sebab shida la orang paling bahagia kat dunia ni kalau dapat shopping masa tengah diskaun giler2)

Ok sekarang shida nak citer pasal pengalaman masa on air tu...

1. Program Dialog tu sejam je..tapi rasa cam lama sangat..yela..masa on air tu..nak garu pun rasa serba salah sangat..rasa macam satu malaysia duk tengok tv..rasa kekok je..haha

beberapa minit sebelum on air

2.  Lampu kat studio kuat sangat sampai berair mata shida sepanjang program..

3. Rasa nak tergelak biler tengok muka sendiri dekat tv..sebab nampak tembam semacam..

memang tembam ke ilusi tv..kompius -.-"

4. Tak tahu nak pandang kamera mane 1 masa shida jawab soalan pengacara..sebab kamera ada 3..rasa macam juling je..haha..





Tapi memang seronok la..lagi2 malam tu besday kawan baik shida, ira, kira bonus harijadi dia malam tu...sebab kitorang dapat kumpul and dapat pengalaman yang sangat best..insyaallah ada rezeki dapat rasa lagi..  :)





#hutang wajib dibayar, jangan menidakkan hutang lepas beriya-iya habiskan#


Friday, 5 October 2012

100 follower!


Alhamdulillah..blog shida dah ade 100 follower..baru harini perasan..tq semua yg follow blog shida and yang jadi silent reader sekali..lebiu banyak2 lah... :)
Hopefully shida akan bertambah rajin and ada banyak idea untuk tulis dalam blog kesayangan shida ni..ok sempena blog ni dah ade 100 follower shida nak share kenapa nama blog shida ni

hatikuwarnawarni

sampai ramai teman-teman shida mengusik
agak2nye dorang usik sebab nama nye chomel sangat ke geli sangat..
haha..

why?

sebab blog ni boleh gak dikatakan life diary shida..suka duka rindu sakit excited semua rasa dalam hati shida ni..hoho..pun boleh gak jadi tempat share ilmu serba sedikit..and masuk dunia famous amos mane  la tau boleh duduk sebaris dengan adik2 abang2 kakak2 blogger yang famous amos tu..ok shida verangan tu boleh..

tapi motif utama 

$$$$$$$$$ banyak banyak!

 sebab shida ni banyak sangat benda teringin nak makan la pakai la pergi la..ayooo nape la aku ni high maintenance.. ^_^




#yang cantik itu budi la wak bukan rupa hasil tonyohan make up#