Wednesday 31 July 2013

Iftar: Madam Kwan's Midvalley



27.07.2013 - 6tahun sudah.

Alhamdulillah, rasanya dah nak dekat 3 bulan juga tak jumpa dorang ni..masing-masing busy study and kerja..Akhirnya di bulan yang mulia ni dapat gak kitorang berkumpul, betul-betul cukup korum..
Kitorang bukak puase di Madam Kwan kat Midvaley..nasib baik la booking awal2 kalau tak parah jua nak kena line up tunggu kat luar..kesian juga shida tengok ada yang family ngan ada budak kecil lagi..Korang please booking awal2 ye lagi2 masa weekend..


Shida try makan nasi bojari dia..nasi bojari ni ada ayam panggang,sambal udang,rendang daging,telur ayam dalam satu pinggan tu..memang mengenyangkan sesangat..berbaloi la dengan harga dia...tapi kena makan slow2 bagi habis juga..takut jatuh membazir pula..Oh ye..Servis kat Madam Kwan's Midvalley ni tiptop sesuai la dengan cas servis die yang leh dapat sepinggan lagi nasi bojari..huhu
kami & makanan! aummm
Yang bawah ni nasi ayam cendawan..nampak macam nasi ayam biasa tapi rasa die lain..leh la try bagi pencinta nasi ayam..cendawan die lak elok bulat segar je..Bagi shida, makanan die memang tepat pada selera la..sebab tak masin, tak tawar, ABC die pun tak la manis sangat..rasa macam air bandung pun ada and yang penting feveret shida..LAICI and MANGO JUICE die...memang terbaik..mango die pekat..puas shida minum...haritu memang order 2 air..penat bercakap...haha..


Sementara menunggu waktu berbuka, shida tengok semua orang duk snap pic..agaknya dorang pun susah nak berkumpul ramai-ramai..ha picture kat bawah ni, secara tak sengaja kena snap..rasa suka sangat picture ni.. ^_^

the new me.


i luv u ladies! too much!

#friendship is golden bond#

Monday 29 July 2013

What goes around, comes back around



The songs.

"Best Thing I Never Had" by Beyonce

"What Goes Around Comes Around" by Justin Timberlake

"Take A Bow" by Rihanna

"Rolling In The Deep" by Adele

"Karma" by Alicia Keys

"I Don't Care" by 2NE1

"What Doesn't Kill You (Stronger)" by Kelly Clarkson

"Get Over It" by Avril Lavigne

"Jar of Heart" by Christina Perri

"There You Go" by Pink

"Someday" by Leesang ft Yoon Do Hyun




#tiadadendam#



Tuesday 23 July 2013

Apa Pun Tak Boleh



Dengar2 September ni Encik Samsung tu duk sibuk nak keluar Note III bagai..
Ura2 lak size die je yang besar sikit dari Note II..
Yang lain semua lebih kurang..
Terasa nak tu ade...
Tapi kenapa diorang tak  improve kan hayat bateri ye..
Kan lagi bagus..ni online sikit bateri cepat je weak..
Tak kan nak gelap kan fon ribu2 tu sepanjang masa kan..
Stress!!!
Beli fon dah memang mahal..beribu habis..
Lepas tu nak kena beli Power Bank lagi..
Kena cas lagi...
Kan bagus kalau diorang buat RnD pasal bateri dulu..
Sekarang semua orang nak mesej mesti thru Fb la..Wechat la..Wasup la..
Semua tu kena online..
Ni la antara sebab shida tak tukar2 fon Experia Ten shida yang dari 2011 tu sampai la hari ni..
Bayangkan fon tahun 2011 function semua still sama dengan fon 2013 except Xperia Ten ni tak ada flash...
Semua software, Line ke..Camera 360 ke..Sugar Crush la..semua ni leh je install..
So..
Sebab tu kalau tukar pun sama je..just size die berubah..Rugi je..
So shida tekad, selagi company2 fon ni tak keluarkan fon yg bateri die sekuat Nokia 3310 dulu2 tu..
Shida tak akan tukar fon..
Stress!!!

So,
Korang2 yang suka pakai fon sekejap tuka sekejap tuka tu..
Tukar lak sebab nak follow trend..
Please....
Jangan la membazir ye..
Jangan jadi mangsa gajet..
Simpan pergi holiday lagi bagus..
Nak lagi power simpan buat pergi Mekah..
Fikir habis2 dulu..
Jangan cepat terpengaruh..

Sama-sama kita beringat..
^_^
 
 
 


Wednesday 17 July 2013

Runningman Fan Meeting In KL - Dilema!




  Yup saya la orang yang menunggu2 saat ini..
Tapi...
kenapa mesti lepas raya??
Rasa macam nak terbangkan 700 untuk Oppa2 ni je..
Nak korban kan raya 2013 ni ke?
Nak korbankan keinginan smartphone idamanku tu ke?
Duit raya anak sedara menjadi warna biru je ke?
Stressss~~~~

Boleh je kan kalau beli yang rm 170 tu...
Tapi...
Macam tengok tv je la nanti last2 kena tengok screen je kan...
Rasa mau menyamar jadi wakil media aje...
jadi wartawan tv2 ke (kan runningman sekarang dah ade kat RTM dah)
Stressss~~~~

Saya tau mereka insan biasa.
Tapi..
Mereka buat saya ketawa..
Betul..
Tak pe ada masa lagi nak fikirkan ni..
^_^



Ticket details
Premium RM689
Hi-5 and Autograph session
Limited Edition RM paper bag
Limited Edition RM poster

VIP RM 469
Limited Edition RM Paper bag
Limited Edition RM Poster
Lucky draw- 20 fans will attend the press conference

Purple Zone RM369
Limited Edition RM Paperbag
Limited Edition RM Poster

Yellow  Zone RM269
Limited Edition RM Postcard
Limited Edition RM Poster

Pink Zone RM169
Limited Edition RM Poster while stocks last


Premium and VIP tickets will be on sale on the 20th July 2013. Online bookings will be available via Ticketcharge from the 21st July 2013 onwards.


credit to :runningmancast.wordpress.com

PEPERIKSAAN PENOLONG JURU AUDIT W27


Alhamdulillah bulan 6 lepas shida dapat exam untuk jawatan ni and dah dapat result nye pun...nampaknya belum rezeki shida..sebenarnya lepas shida jawab exam tu shida dah dapat rasakan tak dapat sebab dah lama shida tinggalkan bidang perakaunan jadinya banyak yang ingat-ingat lupa and test die memang mencabar sangat..Bayangkan selama ni study semuanya guna calculator, tapi masa exam ni semuanya kena kira sendiri..Habis paper exam tu shida conteng..

Kepada korang yang berjaya, tahniah and selamat maju jaya..

Peperiksaan Penolong Juruaudit ada dua seksyen.

Seksyen A : Peperiksaan bidang juruaudit ( tak boleh bawa masuk calculator)

Bilangan soalan : 80
Masa                :1jam 40 minit (tak berapa nak ingat tapi memang rasa sekejap sangat)

Semua soalan pengiraan macam mintak nisbah, peratusan, kebarangkalian..


Seksyen B : Ujian Personaliti
Bilangan soalan : 120
Masa               : 1 jam

Contoh soalan:

1. Saya lebih suka membuat aktiviti di luar rumah
2. Saya lebih suka menonton tv rancangan dokumentari dari pertandingan nyanyian
3. Saya lebih suka bersendirian semasa membuat tugasan yang diberikan.
4. Saya berharap mempunyai bakat melukis dari menyanyi.


Good luck ya! 

Tuesday 16 July 2013

Ucapkan Alhamdulillah



Selamat berpuasa semua!

Ramadhan kali ni banyak dugaan..macam2..

Jangan down ambil dari sudut positif, tentunya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..
Mungkin ada yang sedang diuji sama macam shida, shida harap korang akan jadi lebih kuat lagi, bersyukurlah sebab itu bermakna Allah sayangkan kita..Alhamdulillah..

Tak salah bersedih atau marah tapi jangan sampai makan diri dan jangan ambil masa lama sangat...

Marilah kita menghayati Ramadhan kali ni dengan lebih mendalam..

Insyaallah shida akan cuba menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ni..