Thursday, 20 March 2014

REAKSI TUN MAHATHIR TERHADAP KEJADIAN MH370

Shida sangat kagum dengan kelantangan dan ketegasan Tun M..
Since dia jadi PM lagi..
Aura kepimpinan dia terserlah..
Buah fikiran jauh ke hadapan..
Sesuai dengan gelaran Bapa Permodenan..


Since insiden kehilangan pesawat MH370, macam2 spekulasi timbul and kewibawaan negara kita menangani insiden ni dicabar..


Dengan penuh harapan, tadahkan doa untuk keselamatan mereka and menanti khabar gembira..

#prayformh370 #mh370 #pray4mh370


Wednesday, 19 March 2014

SABAH MARI MARI CULTURE VILLAGE

Sihat semua? 
Tengah plan holiday ye..
Ok, untuk korang yang tengah plan nak holiday kat Sabah, shida really high recommend Mari Mari Culture Village ni..


Di situ ada tour guide yang akan guide korang ke rumah2 contoh pelbagai etnik yang ada di Sabah and boleh experience sendiri budaya and cara hidup setiap etnik..


Ada juga aktiviti masak makanan dalam buluh dan rasa makanan dan minuman mereka..


Ada persembahan pelbagai jenis tarian..and yang best kita boleh try menari tarian dengan buluh tu..


Semua crew kat Mari Mari Culture Village ni sangat sporting and mesra..so rasa selesa selama seharian di situ..


Tapi satu je..lelaki lelaki kat Mari Mari Culture Village ni agak sexy..harap korang bertenang la ye..

Tiket: RM 80 include meal (lunch/hi-tea/dinner)


Happy holiday!
Lots of ♥ 
Shahida Hassan

JAGA SOLAT UNTUK BERJAYA


1. Orang yang tinggalkan solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah dan susah terima kenyataan serta selalu nampak kesalahan orang lain. -Ustaz Azhar Idrus

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekali pun,  bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya. - Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga, Jika solat, Insyaallah bahagia.  -Ustaz Don Daniyal



4. Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat kali ganda. -Datuk Ismail Kamus

5. Kalau kita sakit jangan takut untuk solat, atleast kalau mati, mati, mati dalam solat. -Ustaz Haslin Baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33 kali, Allahuakbar 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, doa kemudian baru bangun. - Al-Habib Ali Zainal



7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya. -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungannya antara Allah dengan hambaNya. -Syeikh Abdullah Jahaf

9. Menjaga solat boleh mmebersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. -Ustaz Dasuki Rani



10. Jangan cakap "Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!" TAPI cakap : "Jom solat, nanti boleh
masuk Syurga Allah sama2. Insyallah.  -TG Harun Din

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah. -Ustaz Pahrol

Share dari kawan di Telegram.

Jom solat!

Tuesday, 11 March 2014

TIPS PUTIHKAN KETIAK

Shida ada dengar makcik kat office sembang2 sesama diorang, pasal nak putihkan ketiak dengan celah2 pelipat badan..




Makcik 1 : Ambil limau nipis gosok kat ketiak and pelipat badan sebelum sabun badan..Amalkan 3kali seminggu lagi elok hari2..

Makcik 2: Sapu ubat gigi sikit kat tempat yang nak diputihkan and gosok sebelum mandi.

Makcik 3: Guna lemon pun boleh..gosok juga kat tempat2 tu.

And shida terus masuk line..join sembang cerita pasal Sabun Marine Essence yg ramuan dia 100% semulajadi...Bahan utama dia Garam Buluh..

Makcik2 tu pelik dengar pasal garam buluh..ok, kalau korang tak tahu,  boleh klik di sini

Suka makcik tu dengar bile shida bagitau teknologi garam buluh ni dari negara Kpop..



Sabun Marine Essence ni special, sebab handmade and sesuai untuk semua peringkat umur. Bahan semulajadi kan.. Kawan shida siap mandi kan baby dia dengan sabun ni sebab naik merah2 kat badan baby dia..




Sabun ni bukan setakat untuk putihkan ketiak dengan pelipat2 badan je..macam2 masalah kukit boleh di atasi..



Petua2 makcik tu mungkin berkesan, tapi dengan sabun ni, lebih mudah and cepat..and ternyata berkesan..

Untuk maklumat lanjut and order, boleh pm shida ye...
Call/Whatsapp/Sms : 0132529186

PEMIUM BEAUTIFUL BAYARAN ANSURAN

Ada berita baik untuk korang!

Premium Beautiful dah ada plan bayaran ansuran serendah RM 85 sebulan, itu untuk 36 bulan..

Boleh juga pilih 12 bulan or 24 bulan, semua boleh bincang..

Bukan itu je, harga pula jadi murah sebab ikut harga ahli and 10 hb berikutnya korang akan dapat bonus atas pembelian Premium Beautiful korang tu..


Berpantang
Bagi korang yang nak pakai semasa berpantang, lepas 3 minggu bersalin dah boleh pakai Premium Beautiful and bestnya untuk korang yg berpantang ni..proses shaping body and lost weight lagi cepat sebab masa ni korang kan makan benda yang plain and panas..
Mudahnya berpantang zaman ni kan..

Antara kebaikan Premium Beautiful


More info boleh je pm shida..anytime 0132529186

SABAH ITINERARI 6 HARI 5 MALAM KOTA KINABALU



Day 1


  • Sampai Terminal 2 Kota Kinabalu
  • Setel urusan pembayaran kereta sewa
  • Check in hotel
  • Lepas Maghrib keluar ke Pasar Filipino / Sinsuran ( makan seafood, sayap ayam and tongkeng ayam)
  • Tidur
*beli jajan, roti, air mineral siap2 malam pertama ni sebab kat Kundasang mahal sikit and bekalan sepanjang holiday

Day 2


  • Breakfast
  • Bertolak ke Kundasang (perjalanan dalam 1jam 30minit)
    *tepat 10.30 pagi, awan akan tutup puncak gunung kinabalu, so kalau nak tengok dengan jelas, gerak awal k..hati2 jalan nak ke Kundasang ni macam naik Cameron..makan ubat mabuk nak elak pening..
  • Lunch and check in chalet
  • Kinabalu Park ( tiket RM3)
  • Poring Hotspring (guna tiket yang sama TAPI ada charge kamera RM5)
  • Tagal Sg Moroli, Kg Luanti [fish massage] ( tiket RM3, charge kamera RM3)
  • Pekan Kundasang - beli buah Tarap and bungkus makanan untuk dinner
  • Dinner and Tidur
Day 3
  • Breakfast
  • Check out 
  • Desa Dairy Farm ( tiket RM5 )
  • Sabah Tea Garden (free)
  • Lunch di Mango Restaurant, Tamparuli ( makan sagu mangga)
  • Melawat Rumah Terbalik (sebelah mango restaurant, tiket RM10)
  • Check in hotel di KK
  • Dinner and window shopping di Shopping mall 1 Borneo
  • Tidur

    *
    beli ubat untuk elak mabuk laut (naik bot)
Day 4
  • Breakfast
  • Jesselton Point (naik bot untuk aktiviti snorkeling. boleh pilih nak pakej apa and banyak agent kat situ)
  • Aktiviti Snorkeling di tiga pulau; Pulau Mamutik, Pulau Manukan, Pulau Sapi (RM70)
    * sewa life jacket dengan google siap2 dengan agent, lebih jimat
  • Late lunch kat Jesselton Point ( makan Pisang cheese di sini) harga ada kat entry sebelum ni
  • Tengok movie Nonstop di Suria Sabah
  • beli dinner di Pasar Filipino/Sinsuran
  • Tidur

    * bawa air mineral siap2 sebab kat pulau air mineral jadi RM6 and bawa bekalan makanan lapik perut, bawa juga baju salin, boleh tukar kat mana2 pulau, disediakan tandas.
Day 5
  • Breakfast
  • Kadazan Dusun Culture Associatian (KDCA Village) - tiket RM10
    (tak masuk, just mingle kat sekitar sebab tempat lebih kurang dengan MariMari Culture Village, bezanya tak ada tour guide)
  • Picnic di Air Terjun Kiansom, Inanam (tiket RM1.50)
  • Mari Mari Culture Village (tiket RM80 termasuk high tea sebab masuk pukul 2 petang)
    ada 3 sesi; pukul 9 pagi (lunch), pukul 2 pm (high tea), pukul 6 pm (dinner)
  • Balik hotel
  • Round Tanjung Aru and dinner 
  • Tinjau sekitar Bukit Bendera Kota Kinabalu ( KK night view) 
  • Tidur
Day 6
  • Breakfast area hotel
  • Lok Kawi Wildlife Park ( tiket + train RM12)
  • Karaoke and shopping di Suria Sabah
  • Gerak ke Salut ( makan lokan bakar, puding kelapa, kelapa bakar)
  • Singgah Jesselton ( makan bakso daging and pisang cheese)
  • Pasar Kg Air ( beli souvenir)
  • Pasar Filipino/Sinsuran (beli kuih cincin, keropok bagai)
  • Tidur 
Day 7
  •  Pasar Pagi KK ( beli sotong and udang segar) buka pukul 4 pagi sampai 7 pagi
    *next entry shida cerita macam mana shida bawa balik benda2 ni ke Semenanjung
  • Breakfast 
  • Check out
  • Pulangkan kunci kereta sewa
  • Check In flight



* Tema holiday shida ni easy and relax, buat benda yang tak sempat buat kat kL macam tengok movie and karoke.. sebab tu shida selit2kan aktiviti tu.
Actually, kalau kita plan trip macam ni lebih murah and selesa tapi make sure ada aplikasi WAZE or GPS la ye..bateri pun kena ada..spare power bank..Insyaallah tak sesat..

Kalau sesat juga tanya je orang2 kat sana, diorang sangat peramah. Suka!

kalau nak tau makanan wajib rasa kalau holiday kat KK boleh klik di sini

Monday, 10 March 2014

MAKANAN MENARIK DI SABAH


Alhamdulillah,  shida dipanjangkan umur untuk share pengalaman shida bercuti selama 6 hari 5 malam di Sabah..

Ada yang tanya shida pakej ke sendiri2..and jawapannya shida pergi sendiri je.. nanti shida update susunan jadual shida ya..best tau pergi sendiri..jimat and ikut suka hati..

Shida kalau holiday memang cari makanan then tempat2 famous..puas juga study travel blog..So, shida nak share kat korang apa yang shida makan sepanjang holiday shida.

1. KUIH CELURUT

(boleh jumpa kat PASAR FILIPINO / PASAR SINSURAN)
- Berdepan dengan Hotel Le Meridian
3 = RM2



2. MURTABAK SABAH

(boleh jumpa kat PASAR FILIPINO / PASAR SINSURAN)
- Berdepan dengan Hotel Le Meridian


1 = RM2



3. PUTRI AYU 

(boleh jumpa kat PASAR FILIPINO / PASAR SINSURAN)
- Berdepan dengan Hotel Le Meridian

Nama putri ayu ni maybe korang rasa macam sama je putri ayu semenanjung, actually ade beza..nanti korang try la ye..



4. SAYAP AYAM MADU & TONGKENG MADU
(boleh jumpa kat PASAR FILIPINO / PASAR SINSURAN)
- Berdepan dengan Hotel Le Meridian



5. SEAFOOD
(Pilih dan decide nak masak ikut selera masing2,  shida sarankan survey harga kedai ke kedai then negotiate harga dengan penjual, mana tau dapat diskaun, dah jimat sedikit kat situ)
-Pasar Filipino / Sinsuran



6. BUAH TARAP

(Boleh beli di Kundasang @ Pasar Filipino / Sinsuran)

Buah ni ikutkan ada masa musim durian dengan rambutan, rezeki shida dapat beli sebiji kat Kundasang, itu pun buah yang last orang tu jual. Terkilan juga tak dapat beli bawa balik Semenanjung bagi family rasa.

Kalau nak beli bawa balik Semenanjung minta orang jual tu bagi yang lagi 2 3 hari nak masak. And nak kupas dia sangat senang..minta je orang kedai tu tunujukkan caranya.

Rasa dia shida tak nak cerita la ye, tak surprise nanti.
RM8 sebiji



7. DESA FRESH MILK / CHOCOLATE MILK

(Boleh beli di 2 tempat; DESA DAIRY FARM, KUNDASANG @ DESA SHOP, PLAZA DAMAI, KK)

RM4 -1 box, 1Liter


Sorry tak ada gambar fresh milk yang biasa tu sebab tekak shida tak boleh terima susu biasa tu, lupa terus nak snap gambar dia..hehe
8. PISANG MIX CHOCOLATE CHEESE
(Boleh beli kat JESSELTON POINT sederet dengan DUNKIN DONUT)
Mix chocolate and cheese - RM5
Cheese- RM4
Chocolate - RM 4



9. BAKSO DAGING

(Boleh try kat PASAR FILIPINO/SINSURAN @ JESSELTON POINT)

Shida makan kat Jesselton Point 1 mangkuk RM5

10. LAUK DALAM BULUH

(Aktiviti di MARIMARI CULTURE VILLAGE, INANAM)

Best sangat, sebab kita yang tentukan jumlah bawang, ayam, garam, serai, halia and bayleaf, then kakitangan MariMari Culture Village akan masak kan untuk kita)

Harga : dah include masa bayaran masuk

11. LOKAN BAKAR

(Deretan kedai di SALUT) Shida makan kat gerai SUDI MAMPIR.

Kalau nak guna aplikasi Waze, taip je Salut sebab kedai die tepi jalan. And ikut je jalan yang tulis Telipok. Then ada round board, follow yang tulis Salut. Kedai die tepi2 jalan je..



12. PUDING KELAPA

(Deretan kedai di SALUT) Shida makan kat gerai SUDI MAMPIR.




Sebiji RM4
Dalam gelas RM2

13. KELAPA BAKAR

(Deretan kedai di SALUT) Shida makan kat gerai SUDI MAMPIR.


Sebiji RM3

14. TEH SABAH

(Boleh ke SABAH TEA GARDEN, waze je, senang)

Sambil menikmati pemandangan, relax2 kan diri..ewah..

Harga ikut korang nak banyak mana..macam shida pilih untuk 2pax ni RM9..

15. SAGU MANGGA

(Makan di RESTAURANT MANGGO sebelah RUMAH TERBALIK, TAMPARULI) sedap lagi2 masa cuaca tengah panas..fuhh..sampai masuk JJCM tau..



1 mangkuk RM6.50



Shida saja tak nak cerita setiap makanan ni nak bagi suprise kat korang..ok selamat ber cuti cuti Malaysia..

Nak tanya pasal trip shida ni boleh contact shida 0132529186
 ^_^
Free of charge, saje nak share pengalaman.