Thursday, 10 May 2012

Adakah Sikap Korang Boleh Buat Korang Berjaya Dalam Kerjaya?

Hai-hai korang semua...kuiz kali ni tak semestinya untuk orang yang dah bekerja ea..untuk yg tengah study lagi...kuiz ni leh bagi korang masa untuk korang buat plan untuk korang nye future..untuk berjaya kita kenal diri sendiri dulu kan..ok good luck for u all..

 


1. Korang tengah shopping dengan bestfriend korang..tetiba suka beg yang sama tapi sedihnya..beg tu tinggal satu aje..Korang...

A. Try berebut kalau terpaksa
B. Alihkan perhatian bestfriend korang kat beg lain.
C. Bagi aje kat die.

2. Classmate korang dapat kerja yang lebih best dari korang..Korang..

A. Berharap dapat kerja macam dia..
B. Berusaha sampai dapat peluang macam dia..
C. Tunggu! Korang mesti dapat lebih bagus dari dia..

3. Korang terjumpa gambar kawan abang korang yang handsome sgt and still single cam korang..so korang...

A. Tanya abg korang bile die nak kenalkan kat korang..
B. Puji kehandsoman kawan abg korang and cakap tak pernah date ngan orang sehandsome cam tu..
C. Ikut abg korang kuar lepak ngan kawan die tu..

4. Lelaki yg korang minat keluar dengan girl lain..korang...

A. Kecewanya..harap-harap la dorang tak kekal
B. Check dulu girl tu special ke tak..kalau tak, cepat-cepat rebut peluang..
C. Bagitau kawan baik laki tu pasal keburukan girl tu..

5.  Sehari sebelum korang gi holiday, korang dapat arahan dari bos suh siapkan 1 projek yg penting..korang..?

A. Berusaha siapkan, kalau tak sempat terpaksa la minta tolong orang lain..
B. Cancel holiday sebab nak bos nampak kesungguhan korang
C. Tolak kerja tu sebab dah lama plan holiday ni.

6. Korang dapat kerja partime weekend..korang akan....

A. Setuju! Leh la shopping lebih sikit nanti..
B. Tak nak la..weekend la masa nak bermalas-malasan
C. Kira dulu bayarannya..kalau berbaloi memang nak la..

7. Tetiba boyfriend korang ajak korang gi daki gunung next week..korang...

A. Malasnya...buat-buat lupa dengan harapan dia pun tak jadi gi..
B. Penatnye...gi main kayak kat tasik mana-mana la..syok sikit.
C. Hoyeah! bestnya!

8. Bestfriend korang yg se office ngan korang mohon naik pangkat..korang..

A. Moody seharian..
B. Puji tindakan berani dia..pastu gi bergosip pasal kawan korang tu kat office mate lain..
C. Bagi dorongan and open je..kalau dah rezeki dia kan...





Markah!

1.  A=2    B=1    C=0
2.  A=0    B=1    C=2
3.  A=2    B=0    C=1
4.  A=0    B=1    C=2
5.  A=1    B=2    C=0
6.  A=2    B=0    C=1
7.  A=0    B=1    C=2
8.  A=0    B=1    C=2


Jawapan::::

15 ke atas
(Terlalu bercita-cita tinggi)

Korang bersemangat sentiasa..sebab tu korang jadi famous di kalangan kawan-kawan sebab korang tak makan kawan untuk berjaya..korang fokus dengan matlamat korang and tau ape yg korang nak..Tapi sikap bertimbang rasa korang perlu dikawal sebab atas kebaikan korang tu kadang-kadang buat orang mudah ambil kesempatan. Ok, all the best ye...


7-14
(Tidak gelojoh dalam memburu impian)

Korang bekerja keras untuk berjaya dan dapatkan kehidupan yg seimbang..Korang akan spend weekend korang dengan sebaiknya..Holiday is holiday.. Job is job.. huhu.. Korang berusaha dapatkan skill memujuk or promosi diri sendiri untuk berjaya dan disenangi.. Keep it up yea!


6 ke bawah
(Malas and tiada harapan)

Korang sebenarnya ada pengalaman yang hebat tapi biarkan begitu je sebab korang kurang daya saing..bila ada peluang korang nampak cam berminat tapi bila ada cabaran sikit, korang rasa takut dan putus harapan..
Untuk tingkatkan keyakinan, korang leh set goal yg kecil stiap minggu then try untuk dapatkannya..masa tu baru korang sedar bestnya mengejar impian.. Cuba dulu baru tau.. :)


Friday, 13 April 2012

Jom Main Kuiz : Nak Rujuk Balik ke TAK?

1. Korang berkenalan sejak...

A. Sekolah lagi..
B. Zaman Universiti
C. Setahun yg lepas

2. Kenangan paling manis yg susah dilupakan dengan dia...

A. Hadiah seutas rantai masa dia mintak couple...
B. Dia call korang dalam kul 3 pagi masa korang tengah bermimpi just nak dengar suare sebab ia tak boleh tidur...
C. Belum sempat ada kenangan manis..

3. Apa yg korang harap masa korang tengah couple dengan dia tapi tak dapat sampai la ade krisis ni..

A. Kejujuran dan keikhlasan
B. Sikap romantik dan caring...
C. Tak ade..sebab korang terima apa saje yg dia ada..

4. Punca korang nak putus sebab?

A. Ego dia yg tinggi sangat..
B. Curang!!!
C. Maybe tak de jodoh..pasrah jela

5. Alasan dia nak couple balik dengan korang...

A. Tempat korang tak leh diganti dengan orang baru tu..
B. Sunyi lak sebab korang takde..
C. Dia tengah kecewa dengan gf baru dia tu and korang je pandai hiburkan hati dia..

6. Apa yg dia buat untuk rujuk balik dengan korang....

A. Merayu memujuk menangis-menangis
B. Hari-hari call, mesej, tweet anta hadiah..bunga, bear, coklat..
C. Nampak perubahan si dia..

7. Kalau korang list kan kebaikan dengan keburukan dia..mana satu yang lebih banyak?

A. Kebaikan
B. Keburukan
C. Sama banyak

8. Hidup korang masa dia takde...

A. Happy bersama sahabat dan family..
B. Rasa hidup ni tak bermakna...
C. Pasrah and teruskan hidup yg baru..



Kira markah korang....

1. a=3     b=2   c=1
2. a=1     b=3   c=2
3. a=1     b=2   c=3
4. a=2     b=1   c=3
5. a=3     b=1   c=2
6. a=1     b=2   c=3
7. a=3     b=1   c=2
8. a=1     b=3   c=2


Ini lah hasilnya...


18-24
Cinta korang berdua kuat..korang berdua tak boleh saling melupakan..mungkin korang membuat keputusan terburu-buru dulu..biasa la kadang-kadang ade krisis besar..lebih baik korang berdua saling bermaafan dan memberi peluang utntuk baiki lagi kelemahan diri..Mungkin bila korang rujuk balik..hubungan korang makin kuat dan kekal hingga akhir hayat..


12-17
Ooops untuk korang yg sedang dilema..korang kena cek betul-betul alasan dia nak rujuk kembali..korang juga kena fikir masak-masak tentang diri korang..sama ada korang ingin bersama kembali atas sebab sayang atau sunyi..takut bila terjumpa dengan yg lebih baik..masing-masing cari lasan untuk berpisah..kan buang masa...tetapi apa salahnya kalau dia betul-betul berubah untuk kali ni..korang bagi peluang..nanti korang juga yg untung..lagi-lagi kalau dia tambah romantik..

5-11
Orang macam tu memang layak ditinggalkan terus..tak layak untuk korang yg inginkan hubungan yg positif dan mempunyai masa depan bersama..Korang boleh bersyukur bila korang putus..ni la peluang untuk korang berkenalan dengan yg lebih baik lagi..Jangan ragu-ragu lagi tetapkan hati...Cukuplah luka yg korang rasa..biar ia jadi sempadan untuk korang bercinta dengan yg lain..


So camne korang? Nak rujuk balik ke tak eh...? Tepuk dada tanya akal..yg penting diri kita bahagia..

Thursday, 12 April 2012

Jom Main Kuiz : Adakah Korang Ni Dikira Sahabat Sejati?

1. Kawan rapat korang ajak kuar tengok wayang, tapi yg tak best dia selalu cancel last minit....

A. Boleh je..tapi dia yg belanja...
B. Tolak ajakan...takut terkena lagi..
C. Terima ajakan dia and maafkan je yg sebelum-sebelum ni..

2. Masa ada satu majlis, korang terjumpa dengan lelaki/girl yg korang minat dan dia ajak korang lepak jap...tapi masa tu kawan korang sebenarnya tak selesa and nak balik..korang...

A. Suruh kawan korang tu balik ngan orang lain..
B. Balik dengan kawan korang lepas bagitau sebab korang kena balik kat lelaki/girl yg korang minat tu..
C. Korang dengan lelaki/girl tu tukar-tukar no fon pastu baru gerak balik..

3. Kerap tak korang bermesej dengan kawan korang?

A. Seminggu sekali / masa nak jumpa je
B. Setiap hari
C. Kadang-kadang untuk meluahkan rasa hati

4. Korang dengan kawan korang nak jawatan yg sama kat kolej/office...Tindakan korang...

A. Ooopss..korang rasa pelik je..
B. Apa salahnye kan...persaingan yg sihat..
C. Tarik diri bagi peluang kat kawan korang..

5. Selalu tak korang tolong angkat barang, pinjam pakaian tak pun belanja kawan korang?

A. Kalau dia tak kesah..korang ok je
B. Korang memang jenis tak berkira
C. Jarang sebab korang yg selalu mintak tolong

6. Bagi korang sahabat tu umpama....

A. Kekasih kedua..
B. Macam family
C. Patah tumbuh hilang berganti

7. Kawan korang selalu mintak tolong hanta kan @ ambil dorang kat mana-mana...

A. Boleh kalau korang free
B. Tengoklah dulu...
B. Boleh tapi masa hari-hari tertentu je..



Jom Kira!

1.   A=1       B=2       C=3
2.   A=2       B=3       C=1
3.   A=1       B=3       C=2
4.   A=1       B=3       C=2
5.  A=2        B=3       C=1
6.  A=2        B=3       C=1
7.  A=3        B=1       C=2



Penilaian :


15 ke atas
Korang memang ngam!
Korang memang seorang kawan yg baik..tak merungut apa pun ngan kawan korang...Korang sekepala dengan kawan korang tu..korang sanggup berkorban untuk kawan korang...

14 ke bawah
Korang hanya teman rapat..
Korang berdua baik tapi ada hal-hal yg korang still malu nak share...Boleh bertukar fikiran ngan idea dalam hal-hal yg tak sensitif macam hal family, duit ngan love..Ada rahsia di antara satu sama lain..

7 ke bawah
Fake!!
Korang selalu cabar-mencabar, syak wasangka dan bersaing-saing dalam banyak perkara..korang rapat hanya dalam satu hal penting saja..Korang akan berjumpa bila perlu dan menguntungkan je..Paling dasyat korang ade simpan rasa cemburu yang membuak dalam diri..

Monday, 9 April 2012

PUSPANITA JPN DI TAMAN BOTANI SHAH ALAM


muka ceria lepas naik shuttle bus sebelum skytrek

Sabtu lepas..Puspanita JPN menganjurkan aktiviti lasak kat Taman Botani Shah Alam yg dulu dikenali Bukit Cahaya Seri Alam atau Bukit Cerakah..ala yg ada rumah 4 musim tu..penah gi tak? Belum? Ni la masanya..best taw..bukan ade aktiviti lasak je ade..ade macam-macam benda lagi leh kita buat kat sana..bbq..camping..mandi kolam..semua ada..
lengkap ngan alatan keselamatan..huhu..
 Korang yg suka aktivit lasak leh la gi sana macam flying fox..pastu panjat tangga 14 meter tingginya..jalan atas jambatan gantung..best tau..kat sini leh la mencabar kebolehan diri ni..

Ramai yg tak tahu lagi kat Shah Alam ada temapt macam ni..memng best sangat lepas seminggu kita kerja..lepak kat sini..ade taman haiwan...kawasan dia besar sangat..tapi jangan risau sebab ade servis shuttle bus setiap setengah jam..

hiyarhh..bersemangat tul!
 untuk aktiviti lasak..korang akan ade instructor yg akan ajar cara-cara untuk mengendalikan alatan dan langkah-langkah keselamatan sepanjang korang melalui cabaran-cabaran yg ade..



sempat peace lagi even tengah gayat..haha
*ni yg testing nye..3 meter aje tingginye*

Pic kat tempat sebenar skytrek tu tak ade sebab tinggi sangat..owner-owner DSLR takut terjatuh lak..mahal tu...tinggi yg kitorang pilih 14 meter dari tanah..bayangkan..mencabar kan..gayat tak gayat try juga..rugi lak rasa kalau dah sampai tak cuba..tapi memng best sangat and release tension abis..

muka ceria even penat harung cabaran..huhu..


Alhamdulilah..shida ngan kawan berjaya juga..hehe..even ade la gak yg hampir nak pengsan sebab gayat sangat..tapi thumbs up untuk dia..sebab berani mencuba...aktivit abis dalam kul3.30 campur dengan aktiviti makan aiskrim..haha..
penat-penat dicampur dengan musim panas memang best kalau dapat aiskrim..
Sedih sikit tak sempat nak masuk rumah empat musim..oh yea sekarang ni tengah musim bunga..aritu shida dah gi masa snow..bes sgt..dah la murah..memang berbaloi..
takpe next time nak gi la masa autumn..


Kalau nak info pasal skytrek dan taman botani ni lagi..
klik disini

 


Jom Main Kuiz : Korang Sayang @ Tak Badan Korang



Haip..haip..tengah ngunyah ape tu..hehe..sama la kite no..duk ngunyah ni..jom main kuiz ni untuk slow kan sikit kelajuan kunyahan kite ni.. =D

1. Bahagian dekat badan yg korang tak suka...

A. Selalu fikir nak ubah hidung bagi mancung sikit..bibir tebal sikit..
B. Lemak-lemak degil yg melekat..
C. Bersyukur dengan ape yg Maha Esa bagi.

2. Korang selalu over time tak?

A. Hampir setiap hari sebab tenang masa orang tak ramai
B. Kadang-kadang kalau nak dekat deadline
C. Tak pernah sebab nak balik rehat tido lagi best!

3. Korang suka minum minuman kafein?

A. Setiap hari..lagi-lagi masa breakfast
B. Kalau teringin minum la..
C. Saya tak suka kopi...

4. Aktiviti korang kalau hari cuti...

A. Tidur..bangun makan..tido balik..huhu..bestnye..
B. Bangun lambat sikit pastu habiskan masa dengan family tercinta
C. Gi jogging kat taman pagi-pagi..pastu lepak ngan kawan-kawan..

5. Masa panas..korang nak sangat minum..
 
A. Coke..Mountain Dew...100+..Mirinda F&N
B. Apa-apa la..asalkan ada ais
C. Air mineral la..

6. Rutin kecantikan harian korang...

A. Mandi dua kali sehari..
B. Kadang-kadang berurut kat spa..pedicure manicure..
C. Lepas mandi je..sapukan losyen satu badan siap urut-urut lagi..

7. Tengah lepak ngan kawan-kawan...ade yg nak ambil gambar...

A. Senyum paling manis sebab korang memng suka kamera..
B. Dalam hati risau posing korang buat korang nampak lagi berisi..
C. Cepat-cepat posing..

8. Belum tengah hari tapi perut dah nyanyi lagu rock..korang terus...

A. Makan ape saje yg korang teringin..
B. Roti tak pun biskut..alas perut dulu..
C. Buah-buahan..segarnya..

9. Kalau benda-benda dalam hidup korang kena kira..apa yg korang nak kira...

A. Pujian-pujian yg mengasyikkan
B. Kalori hari ini..risau nye kalau jadi lemak..
C. Senyuman..korang paling cantik kalau tersenyum

10. Kalau korang terdengar pasal 'Hidup Sihat'..apa yg korang bayangkan..

A. Naik trurun tangga kat office...jalan kaki pergi kedai..bagi keluar peluh sikit..
B. Tak makan malam
C. Menjaga stamina dan makan


Hasilnya.....


Banyak A = Tak Peduli

Korang tak kesah apa yg akan terjadi kat badan korang..korang makan ikut apa yg korang terasa nak..pola makanan tak menentu..mungkin korang tak sedar kesan dari perbuatan korang ni..mm jom mula dari sekarang jaga kesihatan..zaman sekarang ni banyak sangat sakit yg pelik-pelik..

Banyak B = Menyeksa perlahan-perlahan

Korang tahu apa yg bagus dan tak bagus untuk badan korang//just korang kadang-kadang kurang berdisiplin dalam menjaga pemakanan. Tetapi haru dipuji sebab korang paling jaga penampilan..Bagi korang kecantikan luaran adalah segalanya...Jom kiata jaga luar dan dalam..sebab kecantikan akan tahan lebih lama kalau jaga dalaman juga..


Banyak C = Terlalu Sayang

Wow! Wow! dan Wow lagi..korang pandai jaga kesihatan luaran dan dalaman..korang percaya kecantikan luaran akan timbul kalau kecantikan dalaman ok..Korang tak runsing dengan bentuk badan korang sekarang sebab korang akan berusaha untuk mendapatkan yg terbaik..tahniah korang..kekalkan ea..

Friday, 6 April 2012

15 Perkara Kecil Menambat Hati Kekasih Hati

Cak..cak..main sorok-sorok lak..haha..
Korang...Kalau shida guna term kekash hati..tak semestinya boyfriend je..suami yg tersayang sekali tu taw..hihi..shida menggalakkan bagi korang yg dah jumpa jodoh n dah cukup ringgit..wat kenduri cepat-cepat taw..
shida belum cukup ringgit lagi..hehe..doakan cepat sampai jodoh ea kawan-kawan..bukan gatal ea..umur dah meningkat..huhu..

 
Nah hadiah utk korang..15 benda kecil yg boleh pikat hubby korang tu..


1. Setiap kali bertentang mata secara sengaja or tak beri senyuman paling menawan..hihi


2. Sentiasa bersama di masa susah dan senang..tak kan la masa senang kita hilangkan diri lak..hihi


3. Mementingkan kebahagian bersama dari diri sendiri..


4. Sentiasa buat si dia ketawa dengan karenah @ gurauan korang..


5. Memasak makanan kegemarannya dan ajak si dia makan bersama..kalau nak extra mark ajak dia berkelah..jimat dan berbaloi..


6. Sebelum tido..jangan lupa wish goodnite kat dia..kalau hubby siap pakej ngan kiss sekali..


7. Bagi hadiah tak kira murah @ mahal masa hari penting dia..tak semestinya masa birthday je..masa dia dapat naik pangkat ke..


8. Try memahami si dia kalau dia nak bersendiriran..mana la tau kot masa tu dia tengah fikir nak buat sesuatu untuk kita lak..kan untung tu...


9. Menambat hati keluarganya..buat dengan ikhlas..mesti rasa bahagia..


10. Kadang-kadang jadi romantik bagi kad luahkan rasa sayang..kalau tak tau guna puisi jiwang..cari lirik lagu aje..


11. Tak pernah malukan si dia terutama depan keluarga and kawan dia..


12. Berubah and kikis sikit-sikit perangai yg dia tak suka..mesti ade kebaikan sebenarnya..plus leh tambah pahala kan..


13. Jaga barang kesayangan dia..kalau dia nampak kita menghargai apa yang dia sayang mesti dia tambah-tambah sayang kat korang...


14. Menjadi seorang yg sabar dan tenang kalau ada problem dengan dia...buat keputusan yg ke arah kebaikan..


15. Sesekali buat suprise utk dia..macam tukar gaya berpakaian ke..kalau jarang make up..make up la..kan jadi special aritu...

Thursday, 5 April 2012

Aku Dan Encik Nuffnang




Tetibe rasa puas bile tengok ada 2 iklan dari en nuffnang ni..baru je berjinak-jinak dengan dunia blogging..baru berkenalan ngan en nuffnang ni..tak faham sangat ape yg dia nak..sebab baru je lagi try..ada baca banyak kat entry-entry blogger lain..
ade banyak lagi..cam SAYS.COM, ADSENSE, CHURP-CHURP..
Tapi baru nak try dari en nuffnang ni...hehe..

ni iklan kat header

nampak cam pro je bile ade iklan cengini..haha..walaupun ramai lagi kat luar sana lagi hebat..tapi tak salah mencuba kan..
so korang yg aktif ber blog tu jom la join benda camni..buat tambah duit poket kalau ade rezeki..mane la tau kan..

iklan kat footer

Oh ye..kepada blogger..jangan buh banyak sangat iklan dalam blog..nanti readers rasa bosan lak tengok blog kita full ngan iklan...hurm tips ni shida baca kat blogger yg dh otai dah..hehe

Jangan putus asa..sebab benda ni bukan macam cendawan..dia perlukan kesabaran..fuhhh...

kalau tak tau korang leh cari banyak rujukan kat blogger-blogger lain..ramai yg wat tuto utk nuffnang ni..ape lagi ni la masa blogwalking sambil kutip dana masa depan..

ok chow!