Wednesday, 17 July 2013
PEPERIKSAAN PENOLONG JURU AUDIT W27
Alhamdulillah bulan 6 lepas shida dapat exam untuk jawatan ni and dah dapat result nye pun...nampaknya belum rezeki shida..sebenarnya lepas shida jawab exam tu shida dah dapat rasakan tak dapat sebab dah lama shida tinggalkan bidang perakaunan jadinya banyak yang ingat-ingat lupa and test die memang mencabar sangat..Bayangkan selama ni study semuanya guna calculator, tapi masa exam ni semuanya kena kira sendiri..Habis paper exam tu shida conteng..
Kepada korang yang berjaya, tahniah and selamat maju jaya..
Peperiksaan Penolong Juruaudit ada dua seksyen.
Seksyen A : Peperiksaan bidang juruaudit ( tak boleh bawa masuk calculator)
Bilangan soalan : 80
Masa :1jam 40 minit (tak berapa nak ingat tapi memang rasa sekejap sangat)
Semua soalan pengiraan macam mintak nisbah, peratusan, kebarangkalian..
Seksyen B : Ujian Personaliti
Bilangan soalan : 120
Masa : 1 jam
Contoh soalan:
1. Saya lebih suka membuat aktiviti di luar rumah
2. Saya lebih suka menonton tv rancangan dokumentari dari pertandingan nyanyian
3. Saya lebih suka bersendirian semasa membuat tugasan yang diberikan.
4. Saya berharap mempunyai bakat melukis dari menyanyi.
Good luck ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment