Destinasi pertama shida di Busan, ke Taejongdae Park & Yeongdo Lighthouse. Disebabkan tak biasa dengan perubahan masa, beriya la kitorang bangun pukul 4 pagi Korea. Masak breakfast and bekal (plan nak lunch kat sana). Alhamdulillah, sempat setel awal and dapat naik bus tak crowded sangat.
CARA KE TAEJONGDAE PARK :
Naik bus 66/88/101 sampai last station. Tunggu bas ni dekat Exit 10, Subway Busan Station.
*kat station bus tu akan list kan nombor bus yang akan lalu, check dulu sebelum tunggu kat situ.
Turun je dari bas nanti, belah kanan korang akan nampak coffee house ni, jalan je terus nanti sampai la kat Gate depan Taejongdae Park ni. Jalan je naik bukit sikit nanti sampai kat tempat train.
KENANGAN DISIMBAH AIR GARAM
Sebab kitorang sampai 1jam awal, ronda-ronda la sekitar coffee house situ, tapi 1 kedai je yang dah buka. Shida and kawan2 lastly decide la nak masuk kedai tu sebab kat luar tersangat la sejuk. Even dah pakai coat still sejuk tak tertahan.
Tanya ahjuma tu ada tak jual coffee sebab kedai dia banyak poster seafood je. Dia cakap tak ada, padahal kitorang nampak coffee maker kat situ. Dia tunjuk isyarat suruh order makanan dia kalau nak duduk dalam kedai dia. Disebabkan nak panas punya pasal, kitorang decide order 1 plate spicy squid, tapi ahjumma ni marah lak sebab kata tak cukup sebab kitorang 6 orang. Memang tak cukup kalau makan sebab lapar. Kitorang ni baru je breakfast, berat-berat lak tu. Nasi impit la, roti la.
Tetiba, ahjumma tu tunjuk isyarat kalau order 2 pinggan spicy squid baru dapat free coffee.
Fuiyooo, kitorang terus bengang la, tadi beriya la kitorang duk tanya ada ke tak coffee, katanya tak ada, tup-tup kalau order 2 pinggan baru ada. Eh nampak no ahjuma ni nak tipu. Kitorang terus cakap cancel. Tetiba ahjussi tu tunjuk isyarat suruh pergi dengan cakap Ka, Ka. (pergi dalam melayunye) *faham sesikit
Sampai je kitorang kat area depan kedai dia, terus disimbahnya air garam. Konon nak buang bad luck la. First customer, kitorang ni tak jadi order. Terkena sikit kat kawan shida. Perghh tak sangka dasyat macam ni ahjuma kat sini. Kira real la dalam drama korea tu.
Tapi bila ingat balik ni semua kenangan. Haha. Ok lepas tu terus naik atas ke arah tempat train. Rupanya situ ada group pakcik makcik yang umur 70 - 85 tahun sembang2 tunggu masa nak gi kutip sampah.Walhal tak nampak pun sampah. Rasanya dorang buat ni untuk senaman and aktiviti sekali. Ada 3-4 makcik dalam group ni, tapi tak datang dekat kitorang lepas communication problem. Dorang tak faham English sangat. Memang salute abis kat dorang, dah umur macam tu still kuat panjat bukit.
Ok, ni harga tiket naik train ni, nak masuk sini FREE je. Kalau nak exercise boleh la jalan kaki.
Tiket ni valid sehari, simpan elok-elok. Banyak check point kat situ. Contohnya, Galeri Choi Ji Woo untuk stop yang pertama. Then baru kat Yeongdo Lighthouse.
Choi Ji Woo ni cantik semulajadi shida rasa, lahir 1975, maksudnya tahun depan dia 40tahun. Ok jelous betul dengan lifestyle Korea yang suka berjalan and pakai mask. Agaknya itu petua awet muda dorang. Perlu follow ni. Lagi best nak rajin minum kolagen lepas ni. Bbplus oo bbplus. Mane kamu ni.
Kat sini ada coffee house juga tau. Kat sini, semua jadi coffee addict sebab sejuk-sejuk hirup air panas memang umphh. Rasa mengalir balik darah dalam badan ni. Sementara tunggu Danubi train nak ke Yeongdo Lighthouse, kita minum dulu sambil jamu mata dengan laut biru.
Masa turun tangga memang nikmat betul, tak rasa mengah ke ape. Dengan perasaan excited nak lunch kat tebing batu lagi. Masa kat sini ramai pakcik yang duk snap-snap gambar. Umur 70-80 rasanya. *sorry tak snap pic, lupa.
Gayat oh!
Masa kat sini jumpa 2 group dari Malaysia. Ramai rakyat Malaysia suka holiday kat Korea ha. Agak jealous sebab dia bawa family. Doakan shida boleh bawa family shida ke sini ye. TQIA korang.
SubhanaAllah, cantik betul pemandangan. Syukur, cuaca pun baik.
Selesai cuci mata, terus bergerak pulang sebab nak ke Gamcheon Cultural Village pula. Ala yang tempat Runningman trick Choi Jiwoo dalam game kuiz drama tu.
teaser*
ingat tak?
Jemput tengok ke next entry.
^_^
Happy holiday!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
We can Plan & Try!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
We can Plan & Try!
No comments:
Post a Comment