Monday, 29 December 2014

BAJET TRIP JEJU - LUNCH SEAFOOD JEJU TERBAIK

Sebelum ke Iichulbong, singgah restaurant seafood, satu arah je. Memang dugaan nak makan, masa tu berderet bas nak masuk ke Iichulbong, dalam 15 minit juga tunggu dalam van. Sara duk hirup coffee dia sampai ke titisan akhir. 
Mee ni dibuat daripada ubi kentang. Sara cakap perempuan Korea makan mee ni masa diet. Dorang tak makan nasi. Sebab low calories. Serius sedap. Rasa macam tomyam pun ada. Tapi pedas-pedas manis. Lain la rasa dengan masakan kita.

Masa yang ditunggu, abalone kusayang. Geram tengok gemuk-gemuk abalone nya. Yang penting fresh rasanya.
Masak depan mata. Masa tunggu dia masak, tak terkira la telan air liur. Dengan baunye. Rasanya masa travel ke Korea, makan kat Jeju paling best. Even kat Busan, kitorang makan seafood juga. Tapi masakan Jeju rasa lebih kena dengan tekak Melayu ni.
Udang kulit keras. Memang kesabaran tinggi nak kopek kulit beliau.

Cakap pasal ikan bakar ni, sebenarnya ikan ni belum terbalik lagi, bila sampai atas meja, kita yang akan terbalikkan. And terdengar bunyi gemersik yang paling merdu sekali dengar dia masak belah dalam. Bila tanya macam mana nak masak ikan ni. Macam tak percaya dorang tak guna rempah apa-apa pun. Garam sikit je untuk naikkan rasa. Shida rasa faktor fresh buat ikan ni super sedap.


Korang pernah makan Pajeon kat Dubu Dubu tak? Rasa super sedap kan. Tapi bila rasa Pajeon kat Jeju ni. Ok terus terfikir, apa yang aku makan kat Dubu Dubu tu. Nape lain sangat. Serius sedap sampai rasa nak order bungkus bawak balik Malaysia.

 Ni bachan @ side dish yang diberi. Kimchi dia memang terbaik. And lagi sekali, shida tertanya. Apa yang shida makan selama ni kat Dubu Dubu. Bukan DubuDubu tu tak sedap, just ada beza sikit. Mungkin faktor cuaca dan suasana agaknya. Haha.

Muka bahagia dan lega masa makan. Hee. Next destination, kita nak pergi air terjun! Yeay. And yang paling kelakar sekali, Sara kata first time die overtime sepanjang dia jadi tourist guide and semua gegirl. Dia rasa happy and rasa cam dia pun tengah holiday tu yang dia ok je nak overtime. Syukur, boleh la kitorang round sampai malam. Highly reccomend, Yeha Tour untuk korang.


Have fun korang!

Work hard, Plan Hard, Play Hard.

Sunday, 28 December 2014

BAJET TRIP JEJU - PEMANDANGAN JEJU ELECTRONIC WINDMILL DAN SEONGSAN IICHULBONG PARK

Untuk lunch, shida request kat tour guide, Sara, kitorang nak makan seafood. Jeju memang pemes dengan seafood. Dalam perjalanan, sembang-sembang dengan Sara pasal drama Korea yang shoot kat sini. Terkeluar pasal IRIS. Sara terus tambah excited kat kitorang nak lalu jalan yang nampak kincir angin elektronik macam dalam drama tu. 

Nak pergi dekat tak boleh sebab management tak bagi. So, tengok dari jauh pun ok je. Yang penting feeling tengok depan-depan. SubhanaAllah. Breathtaking view.
 
 Selesai snap gambar dekat windmill, shida teruskan perjalanan. Perut dah nyanyi lagu rock dah tapi hati nak amik gambar kat next stop. Rasa rugi kalau tak snap. Memang hilang 20% perasaan lapar.

Ha tu dia, mula-mula masing-masing tak nak turun dari van sebab dah super lapar. Tengok roti pun dah tak lalu. Tapi bila nampak scenery ni, semua turun snap-snap. Siap melompat lagi. 
Kalau nak riding kuda kat tepi pantai feeling-feeling angin sepoi-sepoi, kat sini ada. Tapi tak sure berapa charge dia. Sebab masa ni shida dah tak ada fefeeling angin. Perut dah minta diisi dengan seafood Jeju.
Yang kat belakang tula Seongsan Iichulbong Park, UNESCO Triple Crown dan di listkan New 7 Wonders of Nature. Syukur, tak sangka dapat tengok depan-depan. 

Masa kat Busan, terserempak dengan orang Malaysia yang naik Iichulbong ni, kat atas sana dah winter. Memang excited sangat rasa. Tapi nak hiking kat sana 5jam naik, 4jam turun. Perlukan masa seharian. So tak ada rezeki di situ. Memang tak sangka langsung yang atas tu dah winter. Kalau tahu, maybe spend masa lebih sikit kat Jeju and bawa pakaian yang sesuai.

Ni ha bukti mood gambar still ada even perut lagu rock. Hehe.

Ok jom pergi makan!


Work hard, Plan hard, Eat Hard

BAJET TRIP JEJU - MINIATURE THEME PARK

Ok masa untuk menjelajah dunia dalam 1 tempat. Miniature Park. Bangunan di serata dunia dikumpul kat sini. Ada juga bangunan yang shida tak tahu pun.
  Nampak macam panas terik kan, tapi percaya la, shida sejuk masa ni. Rasa nyaman even jalan banyak. Mana la shida tak jatuh hati kat autumn.


Masuk dalam Miniature ni semua jadi kanak-kanak rebina. Naik benda ni rasa macam kaki kena massage je. Memasing ambil turn. Rasanya kalau bawa anak kecik kat sini mesti spend masa lagi lama.
 
 Kat dalam miniature ni ada Mirror Maze lebih kurang trick eyes. Sebab dah masuk kat sini, shida dengan kawan2 decide skip trick eye museum. Sebab kami lebih suka outdoor. Nak rasa suasana kat Jeju puas-puas katanya.
 
 Alhamdulillah, selesai round kat sini dalam 2 jam. Yang paling best dapat snap depan mini Eiffel. Destinasi idaman shida lepas Korea. InsyaAllah satu hari nanti.


Tiket : 9,000 won termasuk Mirror Maze



Ok selamat bercuti korang. 
 
Work Hard, Plan Hard, Play Hard.

Wednesday, 24 December 2014

BAJET TRIP JEJU - SILVER GRASS LAND

Sepanjang jalan dari guesthouse ke tempat melawat area Jeju ni, shida ada nampak pokok yang orang Korea cakap Silver Grass ni. Nampak macam lalang biasa je, rupanya pokok ni special and ada kat Jeju je. Korea siap buat tapak pemeliharaan campur dengan kawah gunung berapi yang dah lama tak aktif.

 Pokok tumbuh kat tapak bekas kawah gunung berapi ni. Nyaman betul suasana kat sini. Tapi daun tak berapa nak oren lagi masa ni. Mungkin jauh ke dalam kot.


Pemandangan kat sini memang breathtaking, rasa tenang je. SubhanAllah. Kalau nak picnic kat sini memang sesuai sangat.

 Ada drama scene kat sini, tapi shida tak pasti cerita apa. Tak tengok sangat melodrama lebih suka romantic comedy. Hee.


Shida semakin jatuh cinta kat musim luruh. Sampai berangan nak travel satu dunia masa musim luruh je. 
Mana la tahu dimurahkan rezeki lagi.


Memang datang ke Jeju, menikmati nature. Shida spend dalam 2jam juga kat sini. And yang best masa nak balik tu kitorang siap nyanyi lagu group A Pink - No No No tu. Tergelak-gelak tour guide kitorang. Memang bila travel oversea, kita jadi happy sampai nyanyi ramai-ramai yeh. Ok nanti next trip nak tengok camne memang automatic sebab happy ke ape. Haha. Ok till next entry.


Tiket : 6,000 won





Thursday, 4 December 2014

BAJET TRIP JEJU ISLAND - MAZE LAND



Destinasi pertama kat Jeju Island, mesti la destinasi game Runningman! 

Mesti la excited, shida ni die hard fan RM, kalau leh semua tempat diorang pergi shida nak pergi. Bagi shida RM ni ada hidden motivational setiap kali shida tengok. Bukan setakat release tension aje tu yang macam excited sangat ke Korea.
 
  Travel kat Jeju Island ni, shida tak research cara jalan dia sebab dah booking siap-siap English tour guide dari Yeha Tour, sebab kat Jeju tak ada subway, kena naik bus and taxi. So nak jimat masa dan lebih flexible shida hire tour guide. 

*ni link ke Yeha Tour, shida pilih private tour, itinerary flexible, boleh discuss dengan tour guide. Oh macam mana shida hire?
Follow je step kat laman web tu, just yang leceh, kena bayar siap-siap by credit card.

Maze ni ada 2 laluan. Ada yang long course and short course. Of course kitorang pilih short course. Tu pun bebelit jalan, betul-betul ikut map. Baru faham kenapa Gary blur masa baca map.






Whinstone maze - short course


Kat penghujung jalan nanti ada Wishing Bell. Tanda kita dah khatam maze kat situ.


Best sangat cara nak bagi bell ni bunyi. Lagi-lagi travel dengan kawan2 yang sporting. Orang kiri kanan pun tak kenal. Layan kan la. Shoot video macam pro. Buat la apepun. Yang penting enjoy and experience. Try tau. 

 
Maze and Puzzle Gallery
Kalau korang ada banyak masa, boleh spend time main apapun jenis puzzle kat dalam gallery ni.



Ada 2 lagi galeri, lebih pada sejarah dan eye trick. 
Just enjoy the feelings.


Selesai cuci mata di Maze Land terus gerak ke Oksee 
( Jeju Silver Grass), and seriously shida jatuh hati dengan musim luruh. Autumn in my heart. Alhamdulillah, ada rezeki nak autumn di negara lain pula. InsyaAllah.



Ticket on Nov 2014 : 9,000 won



Wednesday, 26 November 2014

BAJET TRIP BUSAN - GAMCHEON CULTURAL VILLAGE


Habis ber photoshoot kat Taejongdae Park, kitorang pun gerak naik bus balik ke stesen subway. Nak ke Gamcheon Cultural Village pula. Cabaran betul naik bus kecik tu. Kemain laju driver tu bawak, kalau tak pegang besi kuad-kuad, confirm tergolek ke belakang.
Jalan dia berliku-liku lebih kurang macam naik Bukit Fraser.
 *disarankan naik taxi kalau korang bawa family.

Akhirnya sampai, stesen yang terakhir, bus akan berhenti depan kedai serbaneka (convenient store).


Basically yang datang ke sini, teruja dengan episod Runningman dengan Choi Ji Woo tu. And ada lagi variety show yang shooting kat sini. Pandai diorang promote negara diorang kan. Masa tengok dalam TV nampak good good je. Tu yang ramai nak ke Busan sekarang ni. Lagi-lagi AA dah fly direct ke sana.


Shida betul-betul puji semangat penduduk-penduduk rumah kat sini, semangat cantikkan kawasan perumahan sampai la kerajaan Korea isytihar area ni jadi pusat pelancongan dah.


Shida sarankan korang pergi Gamcheon ni siang-siang and masa musim sejuk-sejuk. View lagi cantik. Yang sejuk tu sebab kawasan ni berbukit, nak berjalan confirm berpeluh. Tapi macam shida pergi masa autumn, sejuk je. Rasa damai je.

CARA KE GAMCHEON CULTURAL VILLAGE


Nak masuk sini, FREE je. Map dia je 2000 won. Lebih kurang RM6. Tapi shida tak beli pun map dia, sebab nanti ada papan kayu bentuk ikan tunjuk arah. So, just follow papan tu. 


Nanti akan jumpa balik pintu depan tu, lagi selamat beli map la..hehe..sebab nanti tak terlepas check point. Depend pada style korang, jenis nak rasa suasana or nak pergi setiap spot. 
Just enjoy ok. Feel the time.