Monday, 29 December 2014

BAJET TRIP JEJU - SEONGSAN IICHULBONG PEAK



Lepas makan seafood yang super lazat tadi, gerak ke sini. SubhanaAllah, lagi sekali macam tak percaya dah sampai kat sini. Siapa yang tengok cerita Queen In Hyun's Man mesti rasa teruja. Sebab banyak kali scene kat sini.
Ni antara scene dalam cerita ni. Tapi nak kata lenggang macam ni memang tipu. Masa shida pergi penuh dengan umat manusia. Nak snap pic kat batu ni pun jenuh tunggu. Ada yang jenis tak queue, tu yang melambatkan lagi. Sabo jela.

Sebabkan nak holiday malas nak panjat-panjat tangga, lagi-lagi lepas makan. Shida just mingle-mingle kat area entrance je. Nak masuk tak silap shida 3,000 won. Tak berapa ingat sebab tengok kat kaunter sekali imbas.
Sampai takat ni jela kitorang round kat Iichulbong ni. Nasib kawan-kawan jenis seia sekata. 

Destinasi seterusnya Air Terjun! 
Kat Jeju ni banyak air terjun, Sara akan bawa salah satu yang cantik dan akan lalu persisiran pantai Jeju. Nanti nampak port Jeju. Memang cantik. Persisiran pantai dia jenis berbatu-batu, so tak ada orang mandi and picnic kat situ. Shida dapat tengok masa sunset. Memang terpegun tengok pemandangan.

*Tak dapat snap pic pemandangan sebab tengok dari dalam van je. Seriously, kalau korang pergi Jeju try pergi area persisiran pantai. SubhanaAllah, Maha Suci Allah.

TUJUH [7] SOALAN LAZIM PREMIUM BEAUTIFUL KORSET

1. Adakah pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan seseorang?

Tidak. Ia menggalakkan peredaran darah & kadar metabolisme badan. 
Malah, pemakaian berterusan dapat menghasilkan bentuk badan yang diidamkan. 
1 hari hanya 8 jam. (tak sedar pun kalau pakai masa hari bekerja, kira masa office hour je)


2. Kenapa ada sesetengah orang pakai Premium Beautiful rasa gatal-gatal atau kulit kemerahan?


Kalau ada rasa macam ni, ini dipanggil proses detoksifikasi tengah berlaku disebabkan oleh toksin berasid yang dikeluarkan melalui peluh dan ini hanya sifat sementara. 

Tips atasi masalah ini:

Cuci Premium Beautiful lebih kerap (hari-hari), selalunya 2 hari sekali. Untuk permulaan basuh hari-hari. 

Minum air putih yang cukup setiap hari.

3. Boleh tak pakai Long Girdle sahaja? (Seluar)

Kalau pakai Long Girdle sahaja, pengalihan lemak jadi tak sekata dan pembentukan badan jadi tidak seperti yang diidamkan. Bayangkan pakai Long Girdle, lemak dari punggung terbonjol kat bahagian perut atas. Kalau pakai 1 set, Waist Nipper akan alihkan lemak ke bahagian dada dan bentukkan pinggang pemakai.

4. Bila masa yang sesuai pakai Premium Beautiful masa berpantang?

Bersalin Normal : Selepas 7 - 10 hari
Bersalin Operate : Selepas 10 - 14 hari

Tapi, dinasihatkan pakai secara berperingkat mengikut tahap kesihatan dan keselesaan pemakai. Masa terbaik bagi wanita bersalin untuk KURUSkan badan ialah dalam masa ENAM bulan. Kalau pakai awal lagi cepat dapat hasil yang diidamkan. 
Bukan saja dapatkan bentuk badan asal, malah dapat kembalikan organ dalaman dan rahim ke tempat asal.

5. Berapa lama kita akan dapat hasil lepas pakai Premium Beautiful?

Biasanya, kita akan dapat lihat pembentukan badan dengan SERTA MERTA, tapi ini hanya sementara.
Untuk kekalkan bentuk badan begitu, pemakai kena pakai secara konsisten selama 1-6 bulan.




6. Apa yang dimaksudkan jaminan servis percuma sepanjang hayat / Lifetime Warranty?

Kalau ada kerosakan seperti cangkuk tercabut, pemakai boleh hantar Premium Beautiful untuk servis di mana-mana stokis secara percuma pada bila-bila masa sahaja. Anda dinasihatkan membeli Premium Beautiful dengan wakil sah dan aktif untuk memudahkan urusan anda pada masa hadapan. 
Kebiasaanya kerosakan kecil ini berlaku dalam tempoh 5 tahun pemakaian, sungguhpun begitu bergantung pada cara kendalian pemakai. 
 
7. Kalau pakai Premium Beautiful, badan rasa panas tak?

Premium Beautiful dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik AKWATEK AKWADYNE yang bersifat semulajadi seperti fiber, nilon dan tetron yang mempunyai kuasa serapan yang baik dan alih udara. 

Ini membuatkan pemakai lebih selesa dan tak panas. Boleh pakai untuk aktiviti bersukan dan riadah. Kalau pengantin pakai untuk photoshoot pun selesa.






Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan lain dan free fitting boleh hubungi shida terus di 013-252 9186.

BAJET TRIP JEJU - LUNCH SEAFOOD JEJU TERBAIK

Sebelum ke Iichulbong, singgah restaurant seafood, satu arah je. Memang dugaan nak makan, masa tu berderet bas nak masuk ke Iichulbong, dalam 15 minit juga tunggu dalam van. Sara duk hirup coffee dia sampai ke titisan akhir. 
Mee ni dibuat daripada ubi kentang. Sara cakap perempuan Korea makan mee ni masa diet. Dorang tak makan nasi. Sebab low calories. Serius sedap. Rasa macam tomyam pun ada. Tapi pedas-pedas manis. Lain la rasa dengan masakan kita.

Masa yang ditunggu, abalone kusayang. Geram tengok gemuk-gemuk abalone nya. Yang penting fresh rasanya.
Masak depan mata. Masa tunggu dia masak, tak terkira la telan air liur. Dengan baunye. Rasanya masa travel ke Korea, makan kat Jeju paling best. Even kat Busan, kitorang makan seafood juga. Tapi masakan Jeju rasa lebih kena dengan tekak Melayu ni.
Udang kulit keras. Memang kesabaran tinggi nak kopek kulit beliau.

Cakap pasal ikan bakar ni, sebenarnya ikan ni belum terbalik lagi, bila sampai atas meja, kita yang akan terbalikkan. And terdengar bunyi gemersik yang paling merdu sekali dengar dia masak belah dalam. Bila tanya macam mana nak masak ikan ni. Macam tak percaya dorang tak guna rempah apa-apa pun. Garam sikit je untuk naikkan rasa. Shida rasa faktor fresh buat ikan ni super sedap.


Korang pernah makan Pajeon kat Dubu Dubu tak? Rasa super sedap kan. Tapi bila rasa Pajeon kat Jeju ni. Ok terus terfikir, apa yang aku makan kat Dubu Dubu tu. Nape lain sangat. Serius sedap sampai rasa nak order bungkus bawak balik Malaysia.

 Ni bachan @ side dish yang diberi. Kimchi dia memang terbaik. And lagi sekali, shida tertanya. Apa yang shida makan selama ni kat Dubu Dubu. Bukan DubuDubu tu tak sedap, just ada beza sikit. Mungkin faktor cuaca dan suasana agaknya. Haha.

Muka bahagia dan lega masa makan. Hee. Next destination, kita nak pergi air terjun! Yeay. And yang paling kelakar sekali, Sara kata first time die overtime sepanjang dia jadi tourist guide and semua gegirl. Dia rasa happy and rasa cam dia pun tengah holiday tu yang dia ok je nak overtime. Syukur, boleh la kitorang round sampai malam. Highly reccomend, Yeha Tour untuk korang.


Have fun korang!

Work hard, Plan Hard, Play Hard.

Sunday, 28 December 2014

BAJET TRIP JEJU - PEMANDANGAN JEJU ELECTRONIC WINDMILL DAN SEONGSAN IICHULBONG PARK

Untuk lunch, shida request kat tour guide, Sara, kitorang nak makan seafood. Jeju memang pemes dengan seafood. Dalam perjalanan, sembang-sembang dengan Sara pasal drama Korea yang shoot kat sini. Terkeluar pasal IRIS. Sara terus tambah excited kat kitorang nak lalu jalan yang nampak kincir angin elektronik macam dalam drama tu. 

Nak pergi dekat tak boleh sebab management tak bagi. So, tengok dari jauh pun ok je. Yang penting feeling tengok depan-depan. SubhanaAllah. Breathtaking view.
 
 Selesai snap gambar dekat windmill, shida teruskan perjalanan. Perut dah nyanyi lagu rock dah tapi hati nak amik gambar kat next stop. Rasa rugi kalau tak snap. Memang hilang 20% perasaan lapar.

Ha tu dia, mula-mula masing-masing tak nak turun dari van sebab dah super lapar. Tengok roti pun dah tak lalu. Tapi bila nampak scenery ni, semua turun snap-snap. Siap melompat lagi. 
Kalau nak riding kuda kat tepi pantai feeling-feeling angin sepoi-sepoi, kat sini ada. Tapi tak sure berapa charge dia. Sebab masa ni shida dah tak ada fefeeling angin. Perut dah minta diisi dengan seafood Jeju.
Yang kat belakang tula Seongsan Iichulbong Park, UNESCO Triple Crown dan di listkan New 7 Wonders of Nature. Syukur, tak sangka dapat tengok depan-depan. 

Masa kat Busan, terserempak dengan orang Malaysia yang naik Iichulbong ni, kat atas sana dah winter. Memang excited sangat rasa. Tapi nak hiking kat sana 5jam naik, 4jam turun. Perlukan masa seharian. So tak ada rezeki di situ. Memang tak sangka langsung yang atas tu dah winter. Kalau tahu, maybe spend masa lebih sikit kat Jeju and bawa pakaian yang sesuai.

Ni ha bukti mood gambar still ada even perut lagu rock. Hehe.

Ok jom pergi makan!


Work hard, Plan hard, Eat Hard

BAJET TRIP JEJU - MINIATURE THEME PARK

Ok masa untuk menjelajah dunia dalam 1 tempat. Miniature Park. Bangunan di serata dunia dikumpul kat sini. Ada juga bangunan yang shida tak tahu pun.
  Nampak macam panas terik kan, tapi percaya la, shida sejuk masa ni. Rasa nyaman even jalan banyak. Mana la shida tak jatuh hati kat autumn.


Masuk dalam Miniature ni semua jadi kanak-kanak rebina. Naik benda ni rasa macam kaki kena massage je. Memasing ambil turn. Rasanya kalau bawa anak kecik kat sini mesti spend masa lagi lama.
 
 Kat dalam miniature ni ada Mirror Maze lebih kurang trick eyes. Sebab dah masuk kat sini, shida dengan kawan2 decide skip trick eye museum. Sebab kami lebih suka outdoor. Nak rasa suasana kat Jeju puas-puas katanya.
 
 Alhamdulillah, selesai round kat sini dalam 2 jam. Yang paling best dapat snap depan mini Eiffel. Destinasi idaman shida lepas Korea. InsyaAllah satu hari nanti.


Tiket : 9,000 won termasuk Mirror Maze



Ok selamat bercuti korang. 
 
Work Hard, Plan Hard, Play Hard.

Wednesday, 24 December 2014

BAJET TRIP JEJU - SILVER GRASS LAND

Sepanjang jalan dari guesthouse ke tempat melawat area Jeju ni, shida ada nampak pokok yang orang Korea cakap Silver Grass ni. Nampak macam lalang biasa je, rupanya pokok ni special and ada kat Jeju je. Korea siap buat tapak pemeliharaan campur dengan kawah gunung berapi yang dah lama tak aktif.

 Pokok tumbuh kat tapak bekas kawah gunung berapi ni. Nyaman betul suasana kat sini. Tapi daun tak berapa nak oren lagi masa ni. Mungkin jauh ke dalam kot.


Pemandangan kat sini memang breathtaking, rasa tenang je. SubhanAllah. Kalau nak picnic kat sini memang sesuai sangat.

 Ada drama scene kat sini, tapi shida tak pasti cerita apa. Tak tengok sangat melodrama lebih suka romantic comedy. Hee.


Shida semakin jatuh cinta kat musim luruh. Sampai berangan nak travel satu dunia masa musim luruh je. 
Mana la tahu dimurahkan rezeki lagi.


Memang datang ke Jeju, menikmati nature. Shida spend dalam 2jam juga kat sini. And yang best masa nak balik tu kitorang siap nyanyi lagu group A Pink - No No No tu. Tergelak-gelak tour guide kitorang. Memang bila travel oversea, kita jadi happy sampai nyanyi ramai-ramai yeh. Ok nanti next trip nak tengok camne memang automatic sebab happy ke ape. Haha. Ok till next entry.


Tiket : 6,000 won





Thursday, 4 December 2014

BAJET TRIP JEJU ISLAND - MAZE LAND



Destinasi pertama kat Jeju Island, mesti la destinasi game Runningman! 

Mesti la excited, shida ni die hard fan RM, kalau leh semua tempat diorang pergi shida nak pergi. Bagi shida RM ni ada hidden motivational setiap kali shida tengok. Bukan setakat release tension aje tu yang macam excited sangat ke Korea.
 
  Travel kat Jeju Island ni, shida tak research cara jalan dia sebab dah booking siap-siap English tour guide dari Yeha Tour, sebab kat Jeju tak ada subway, kena naik bus and taxi. So nak jimat masa dan lebih flexible shida hire tour guide. 

*ni link ke Yeha Tour, shida pilih private tour, itinerary flexible, boleh discuss dengan tour guide. Oh macam mana shida hire?
Follow je step kat laman web tu, just yang leceh, kena bayar siap-siap by credit card.

Maze ni ada 2 laluan. Ada yang long course and short course. Of course kitorang pilih short course. Tu pun bebelit jalan, betul-betul ikut map. Baru faham kenapa Gary blur masa baca map.






Whinstone maze - short course


Kat penghujung jalan nanti ada Wishing Bell. Tanda kita dah khatam maze kat situ.


Best sangat cara nak bagi bell ni bunyi. Lagi-lagi travel dengan kawan2 yang sporting. Orang kiri kanan pun tak kenal. Layan kan la. Shoot video macam pro. Buat la apepun. Yang penting enjoy and experience. Try tau. 

 
Maze and Puzzle Gallery
Kalau korang ada banyak masa, boleh spend time main apapun jenis puzzle kat dalam gallery ni.



Ada 2 lagi galeri, lebih pada sejarah dan eye trick. 
Just enjoy the feelings.


Selesai cuci mata di Maze Land terus gerak ke Oksee 
( Jeju Silver Grass), and seriously shida jatuh hati dengan musim luruh. Autumn in my heart. Alhamdulillah, ada rezeki nak autumn di negara lain pula. InsyaAllah.



Ticket on Nov 2014 : 9,000 won