Showing posts with label gajet. Show all posts
Showing posts with label gajet. Show all posts

Friday, 8 August 2014

TIPS PENJAGAAN POWERBANK


 Shida percaya majoriti pengguna smartphone sekarang ada powerbank. Lagi-lagi 24hours online internet, bateri phone mesti cepat habis.

Shida sendiri selang beberapa bulan beli smartphone beli powerbank, teringat masa bateri phone habis and terpaksa menapak cari center Samsung tumpang charge phone sebab nak call member. Panic betul masa tu. So, solutionnya beli terus powerbank siap brand Transformers lagi. Kuat le tu..masa tu 13000 watt rasa dah cukup dah. Alang-alang nak beli, beli yang cukup untuk charge 3 kali. 

boleh klik link ini tengok harga powerbank masa shida beli tahun lepas, berbeza dengan zaman sekarang.

Powerbank Transformer Yaobo

Ok, shida share 4 cara nak bagi powerbank tahan lama.


1. Jangan simpan powerbank anda dalam kereta. Ini kerana biasanya suhu dalam kereta akan mencecah 40 Celsius atau lebih tinggi apabila berjemur di bawah matahari dan suhu tinggi ni akan mengurangkan lifespan powerbank anda.

2. Jangan charge powerbank anda dengan menggunakan USB port dari laptop atau PC ataupun DVD Player. Ini adalah kerana output dari USB port alat-alat tersebut terlalu rendah dan anda kena ambil masa yang lebih panjang utk mengecas powerbank anda.

3. Jangan charge phone anda dgn powerbank dan simpan dlm bag. Ini disebabkan apabila anda charge phone anda dengan powerbank dalam bag, udara panas yang dikeluarkan daripada powerbank dan phone tidak dapat disingkirkan sebab udara dlm bag dalam keadaan tertutup. Selain tu, charge dalam bag akan menyebabkan cable2 terhimpit dan cable anda akan cepat rosak. Try charge dalam keadaan terbuka.

4. Jika nak charge powerbank anda dengan Car Charger, sila pastikan car charger anda jenis yang berkualiti. Low kualiti car charger biasa output current dia tak stable dan senang merosakkan circuit powerbank. Selalu menggunakan car charger yang low kualiti jugak salah satu battery phone anda cepat kembung.


So, shida harap setiap orang ada powerbank, lagi-lagi perempuan yang ulang alik pergi kerja or pergi kelas, keperluan di masa emergency.
Bersiap sedia sentiasa kan lebih bagus.
^_^


Sumber: email dari kenalan. 

Thursday, 27 February 2014

APA ITU MONOPOD

Lagi 2 hari shida nak fly ke negeri bawah bayu..rasa baru je lagi book tiket AA..mood nak kerja pun dah terbang..

Lagi nak dekat hari, banyak pula checklist holiday belum setel..tapi satu yang shida lega sangat..

MONOPOD in the House!!



Sekarang ni tengah famous GoPro dengan Monopod..

Kenapa shida lebih ke Monopod?

1. Jimat, sebab guna camera phone sedia ada, boleh guna timer utk shoot gambar..

2. Tak payah nak carry gajet banyak2..phone kan dah canggih..haha

3. Boleh cucuk power bank kalau bateri habis..

4. Mesra pengguna, katakanlah note2 shida ni habis bateri, boleh guna kat phone lain macam s3 ke..sebab pemegang camera tu boleh adjust..

5. Puas hati and berbaloi keluarkan duit beli phone tu..


Beza dengan GoPro, GoPro ada camera die sendiri and siap ada shutter..tapi, bagi shida, tak perlu la nak beli GoPro sebab function dia sama je kalau kita guna phone kite tu.. nama je lain..haha..bagi shida, kita kena bijak memilih and jangan sampai membazir..

ok korang, selamat berselfie.. ^_^

Saturday, 23 November 2013

OH MY GALAXY SAMSUNG NOTE II



Stress!

PUNCA STRESS?

Simcard problem.

SIMPTOM?
 
Tetiba hilang network..dia jadi emergency call..
bila dah emergency call tu kira orang hanta mesej and call tak dapat nak masuk..
yang hairan nya internet ok pula..
siap boleh ber insta, ber fb, ber we chat...
segala ber ber la..

So shida tak fikir panjang just restart je fon..
maybe dia jem sebab hampir 18 jam duk godek godek dia..
sekali dua..bila restart dia terus ada network..
tapi makin lama makin teruk lak..
Nak kena restart banyak kali baru ok..

Shida pun google la ape problem Note 2 selalu jadi..
terasa nak nangis bila tak jumpa problem macam shida ni
ada yang lebih kurang je..

So shida pun nekad pergi balik kat kedai tempat shida beli Note.
orang tu suruh hantar warranty..sebab still ada lagi..
siap nak pegang fon shida 2 minggu..
berat hati shida nak bagi sebab fon sekarang ni dah macam oxygen..
tak keruan nanti..
so orang jual tu suruh try dengan simcard lain dulu..
mane la tau..

so shida off simcard Umobile shida masuk simcard lain..
sehari shida cuba..
tengok..
Note 2 shida ok je dengan simcard tu..

SOLUTION?

Tapi dalam hati ni berdebar la juga..
Shida pun pergi center Umobile di Timesquare..
Minta TUKAR SIMCARD..
Alhamdulillah,
FREE OF CHARGE!
lepas tu boleh guna terus..

Terus tukar simcard dekat situ..

PERUBAHAN?

Yeay!
Internet terus laju..
Line bar terus penuh..
Rasa macam pakai fon baru pulak..
haha..
nak tergelak rasa bila fikir balik dah nak sebulan internet macam siput..
tapi boleh sabar je.. 


PERASAAN?

Semakin jatuh hati and sayang kat Note 2 itu..
(*^_^*)







Wednesday, 23 October 2013

Smash Monster, Game Baru?



Siapa pakai android sini?
Siapa? Siapa?
Smartphone korang mesti ada game Candy Crush kan kan..
Sampai ada yang ketagih and ketepikan kerja-kerja lain..
Budak 2 tahun pun dah pandai main Candy Crush tu..
Yang dah jadi mak ayah budak lagi power siap cheat lagi nak bagi banyak nyawa..
Tak dinafikan shida pun pernah terjebak..
Tapi lama-lama jadi boring..
Sebab malas nak fikir strategi masa main..
Bagi shida Candy Crush tu mencabar tapi bila orang start main cheat..
Benda tu dah jadi TRY and ERROR game..
Sebab tu la jadi ketagih, nak kejar level..
Rasanya lagi best kalau main secara THINK before TOUCH and win SMART..
Tapi lain orang lain cara kan..
No hurt feeling ya.
Ni pendapat shida..
Ok la shida tak nak bebel pasal Candy Crush..ni ha nak tunjuk Game kat Android yang tengah meletup-letup ni..



Agaknye orang akan addict ke? Level beratus-ratus..shida main game ni masa tengah jem..memang best..layan je kan jem tu..try la..huhu..


Siapa pernah main game Zombie and Plant tu? Cara main Monster Smash ni lebih kurang dengan game tu..just Monster Smash ni kita kena pukul dia sebelum dia makan baby dalam game ni..


Makan budak....makan budak....agaknya monster ni bunyinya camtu la kot..(versi bahasa melayu)


 Nampak cam ganas je monster ni..walaupun kebanyakannye monster mata satu..sound effect dia comel-comel..Setiap kali habis level dia akan bagi telur monster untuk kita bela..bagi makan minum..ok korang boleh la 'petting' diorang ni..and tak mengada-ngada macam game POU tu.. ^_^



Selamat mencuba!
and
Have a fun!

Wednesday, 28 August 2013

Power Bank Paling Power




Woot woot..
Power bank paling power? Mestilah power bank Transformer..
Transformer kan hebat..
Huhuhu..
Bukan la..
Gurau je..
Power bank ni memang dah lama shida cari..
Shida dah penat tunggu company2 handphone keluarkan phone yang tahan bateri
Sampai shida buat entry tak puas hati untuk Sams*ng, So*y, Ap*le and semua2 la..
Keluh - kesah pasal bateri fon
So, semalam pergi la Low Yat nak beli kabel USB, sebab dah hancur dah..
Dah 3 tahun pakai....

siap berplaster lagi..

Ok, pasal power bank Yoobao ni..(nama pelik kan,tapi ramai suggest brand ni,so dont bother)
Mula-mula tengok kedai yg shida selalu beli barang2 komputer rm179.
Over budget lak..
Call kawan adik shida..sembang punya sembang dapat rm100
Ok la rasa nak beli kat dia je..
Masa on the way ke parking..
Secara tak sengaja salesman tu duk promote
"Power Bank Transformer, 2years warranty"
Tengok-tengok rm99
Eeh murah rm1 la..
Try tawar menawar..
Dapat la rm80..
Beli terus..
Bila teringatkan nak gi holiday tak lama lagi..
Disebabkan gila insta and amik gamba..
Kena la pastikan fon ni sentiasa berkuasa..
Happy sangat..
^_^


*sometimes a little things has made you happy and no words can describe it. You just can feel in the inside.. Ok, i am not that weird.. (^_^) 

Tuesday, 23 July 2013

Apa Pun Tak Boleh



Dengar2 September ni Encik Samsung tu duk sibuk nak keluar Note III bagai..
Ura2 lak size die je yang besar sikit dari Note II..
Yang lain semua lebih kurang..
Terasa nak tu ade...
Tapi kenapa diorang tak  improve kan hayat bateri ye..
Kan lagi bagus..ni online sikit bateri cepat je weak..
Tak kan nak gelap kan fon ribu2 tu sepanjang masa kan..
Stress!!!
Beli fon dah memang mahal..beribu habis..
Lepas tu nak kena beli Power Bank lagi..
Kena cas lagi...
Kan bagus kalau diorang buat RnD pasal bateri dulu..
Sekarang semua orang nak mesej mesti thru Fb la..Wechat la..Wasup la..
Semua tu kena online..
Ni la antara sebab shida tak tukar2 fon Experia Ten shida yang dari 2011 tu sampai la hari ni..
Bayangkan fon tahun 2011 function semua still sama dengan fon 2013 except Xperia Ten ni tak ada flash...
Semua software, Line ke..Camera 360 ke..Sugar Crush la..semua ni leh je install..
So..
Sebab tu kalau tukar pun sama je..just size die berubah..Rugi je..
So shida tekad, selagi company2 fon ni tak keluarkan fon yg bateri die sekuat Nokia 3310 dulu2 tu..
Shida tak akan tukar fon..
Stress!!!

So,
Korang2 yang suka pakai fon sekejap tuka sekejap tuka tu..
Tukar lak sebab nak follow trend..
Please....
Jangan la membazir ye..
Jangan jadi mangsa gajet..
Simpan pergi holiday lagi bagus..
Nak lagi power simpan buat pergi Mekah..
Fikir habis2 dulu..
Jangan cepat terpengaruh..

Sama-sama kita beringat..
^_^
 
 
 


Friday, 23 March 2012

CARA JIMAT BATERI LAPTOP

Kelas dah nak start la...aritu shida gi ofic bendahari nak claim yuran ternampak la student2 full time bz kat discussion room ngan lappy nye ngan buku nye..tapi tengok plug kat situ tak banyak..terfikir gak cane dorang nak discuss lama2..normally bateri lappy tahan 2 jam je kan..hurmm dorang sambung nanti kot...cam tak best je kan kalau kerja separuh jalan...sebab..bateri lappy abis...

So shida ngan semangatnye nak share tips n trick bagi bateri lappy tahan lama...

1. Kurangkan brightness lappy..

2. Off Mp3 @ Video lagi-lagi yg play dari external hardisk..

3. Adjust power option kat control panel kepada 5minit untuk hibernate @sleep reminder ke 7minit..so korang sempat save ape patut sebelum die kong.

4. Disablekan WiFi kalau guna broadband..sebab system yg detect wifi tu guna bateri kuat..

5. Tutup mane-mane folder yg tak guna..cam kalau tengah guna Word tutup la folder pendrive la ape la kan sebab system-system yg korang buka tu makan bateri..

6. Elak dari guna peralatan tambahan cam speaker, lampu  kecik, cas fon lak time2 tu..lagi la cepat abis bateri..

7. Lagi hebat korang ade spare bateri kedua.. ^_^