Sumber: Magazine NONA
Perut
adalah salah satu bahagian tubuh yang sering 'diserang' oleh lemak,
hingga dari hari ke hari menjadi semakin boroi. Individu yang gemuk atau
kurus turut mengalami masalah perut boroi walaupun bahagian badan lain
kelihatan langsing.
Amalan
diet dan bersenam dengan disiplin perlu dilakukan untuk memiliki
tubuh menawan. Namun cara begini mengambil masa untuk menampakkan hasil
seperti yang diingini. Menggunakan korset boleh dijadikan sebagai satu
penyelesaian segera untuk mengatasi perut buncit. Namun seandainya salah pilih atau keliru cara
memakainya, pasti bentuk tubuh anda tidak kelihatan menawan.
6 Perkara Wajib Tahu Sebelum Membeli Korset
1.
Jangan memaksa membeli korset satu ke dua nombor lebih kecil dari
ukuran tubuh anda yang sebenar. Ia akan membuat anda berasa sesak nafas
dan setiap pergerakan terasa melemaskan. Disebabkan tekanan di bahagian
yang salah, kemungkinan lemak di bahagian perut 'berpindah' ke bahagian
lain misalnya tersembul di bahagian ketiak.
2.
Pilih korset dari fabrik yang mudah lentur (elastik), pengaliran udara
yang baik dan menyerap peluh. Dengan begitu pori-pori kulit masih mampu
bernafas dan otot perut dapat melentur mengikut gerakan tubuh.
3. Setiap orang mempunyai bentuk tubuh yang berbeza. Ada yang langsing tapi berdada besar, ada pula yang gemuk tapi payudaranya kecil. Kerana itu, usah terpedaya dengan rekaan korset yang cantik namun tidak berfungsi dengan baik. Pilih pola (cutting) yang sesuai dengan bentuk tubuh anda.
3. Setiap orang mempunyai bentuk tubuh yang berbeza. Ada yang langsing tapi berdada besar, ada pula yang gemuk tapi payudaranya kecil. Kerana itu, usah terpedaya dengan rekaan korset yang cantik namun tidak berfungsi dengan baik. Pilih pola (cutting) yang sesuai dengan bentuk tubuh anda.
4. Lakukan perawatan yang betul. Mencuci dengan mesin basuh boleh menyebabkan korset meregang dan kehilangan pola dasarnya. Cukup sekadar dicuci dengan tangan menggunakan sabun cecair (seeloknya gunakan sabun yang khusus untuk delicate fabrics) tanpa menggunakan fabrik pelembut. Elakkan memerah dan cukup sekadar digantung untuk dianginkan. Hindari daripada dijemur secara langsung di bawah sinaran terik matahari.
5. Anda harus tahu cara pemakaian korset yang betul. Sebagai contoh, sebelum korset ditarik ke bahagian perut, perut harus 'diangkat' sebelum korset disarung sepenuhnya.
6. Elakkan memakai korset ketika tidur agar tidak mengganggu metabolisma tubuh dan tidur akan nyenyak tanpa gangguan. Namun dipasaran sekarang sudah dijual korset yang sudah teruji secara klinikal yang selesa untuk dipakai dan mempercepatkan pembentukan tubuh seperti yang diingini.
Sebab tu kita kena pilih korset yang betul dan sesuai dengan bentuk badan. Pilihan yang paling tepat sekali dengan memilih Premium Beautiful Korset sebab dah 20 tahun dah semua ciri-ciri kat atas ni ada pada korset ni..malah ejen akan mengukur saiz anda terlebih dahulu untuk mendapatkan korset yang sesuai dengan badan anda..Korset ni juga siap ada kuasa regangan 360 darjah, so takde masalah untuk bergerak..
Nak free fitting and feel the fabric
Jom set appointment dengan shida
Mesej/Whatsapp/Call:
013-2529186
No comments:
Post a Comment