Thursday, 26 December 2013

MARINA BAY SINGAPORE

Alhamdulillah, akhirnya awal bulan 12, menjadi perancangan holiday kami bertujuh. Lepas macam-macam dugaan, ada yang tak dapat cuti ada yang demam 2 hari sebelum tarikh..shida pun last minit study jalan untuk masuk singapore..sebab kami tak ambil pakej tour singapore..just ambil untuk masuk USS..


 
Pagi tu kami ambil bus di Terminal Bandar Tasik Selatan. Berkejaran kami ke bus sebab shida terlambat sikit..jalan area rumah tutup, jadinya kena u-turn jauh sikit..Yang lawaknya, orang Transnasional announce nama kami bertujuh, satu terminal dengar..tergelak-gelak kami sambil berlari ke bus..




Sampai di Terminal Larkin dalam pukul 2..Kami naik teksi ke Hotel Grand Sentosa (RM18)..check in, bersihkan diri dan isi white form...White form ni untuk kegunaan di Imigresen Singapore..White form ni boleh minta kat hotel yang korang tinggal..Isi siap2 kat hotel, so kat imigresen nanti tak payah buang masa..



Sebelum kami masuk Singapore, kami singgah makan dulu..isi tenaga untuk berjalan jauh..sebab misi kami nak naik bus masuk Singapore..masa ni shida dah start nervous sebab masing-masing setuju nak main redah je..padahal masa tu dah pukul 5..masa tu terfikir pukul berapa nak sampai hotel balik..



Dari hotel, kami naik bas ke CIQ atau JB Sentral..(RM1.30) perjalanan dalam 15 minit..alhamdulilah pakcik driver bus sangat mesra..dia cerita cara naik bus nak masuk Singapore and jalan ke Imigresen..Senang je, ikut je orang ramai jalan sebab majoriti kat situ jalan ke arah imigresen..

TIPS! 
Double check Passport + White Card + Pen Hitam/Biru + Duit Singapore
Bila turun dari Imigresen Malaysia, shida naik bus CausewayLink label C1 untuk ke Imigresen Singapore..(RM2.60) 

TIPS!
Simpan tiket untuk kegunaan masa turun di Imigresen Singapore..

Turun dari Imigresen Singapore, shida naik bus CausewayLink label C2 sebab nak ke Queen Street..Sebab nak naik MRT dari situ nak ke Marina Bay. 

Nak naik MRT, kita kena beli kad dia..$12..boleh beli kad kaunter stesen MRT..

Alhamdulilah, masa ni akak kat kaunter tu orang melayu, haish memang mencurah2 la soalan shida kat akak tu..yela takut sesat..hari dah nak malam masa tu...takut takut berani je..sebab bertujuh..nekad jela...

TIPS!
Rajin bertanya and ambil gambar peta MRT kat sana sebab MRT dia berbelit and banyak stop point..fahamkan map, pastu kita boleh jimat masa dengan tukar2 train..


EZ Link - Ala-ala Touch N Go..boleh digunakan untuk MRT dan bus

Shida naik dari stesen Bugis, so kena tukar 3 kali train untuk ke Marina Bay..
Yang hotel mewah kat Singapore tu and shopping mall ala-ala Pavilion tu..
Jimat masa and train dia on time..so jadi cepat..

BUGIS - RAFFLES PLACE - MARINA BAY - BAYFRONT





Malam tu ada pertunjukan laser kat kolam depan shopping mall..ada persembahan muzik jazz sekali..meriah suasana kat situ..rasanya KLCC boleh tiru aktiviti macam ni..havoc havoc sikit..

Sambil menunggu show laser start, shida and kawan2 saja pusing2 shopping mall ni..ikutkan macam shopping mall biasa just rasa macam jalan dalam Pavilion tak pun The Gardens..



Ok sempat cuci mata kat Chanel..Teringat koleksi mentor shida..kak hanis haizi..bulat mata shida tengok..cantik2 gorgeous2 je..hilang lelah menapak dari hotel ke situ..phewww..nanti shida nak grab juga bag tu..yakin boleh! yeah!



Terowong bawah MRT tu sepanjang jalan dia cermin..bila bertujuh ni..apa lagi seronok lak snap ramai-ramai...orang yang lalu lalang pun bagi peluang kat kami untuk snap pic..serius macam tak percaya je diorang leh tunggu..best!



Dalam pukul 9 macam tu kami bergerak balik ke hotel..Tak rasa nak makan pun sebab happy sangat agaknye and takut kat border nanti jem..Lepas sampai dekat Queen Street tu ada uncle tu offer naik van seorang $8 balik ke hotel..apa lagi kami pun setuju..sebab kaki dah lenguh sangat nak turun naik bus..
at least masa pergi kami dah save cost dah..tak takut sebab uncle tu Malaysian..dalam van masing2 cakap lega dapat naik van..almaklum lah masing-masing jarang exercise..


Sampai je depan hotel, automatik perut nyanyi lagu rock..minta diisi..ape lagi rembat Dominos..dari siang dah nampak kedai nya seberang jalan je..Alhamdulillah, rezeki kami..shida happy sangat sebab kalau diikutkan senang je rupanya nak masuk Singapore ni..so kami pun tukar plan, hari ketiga tak jadi pergi JPO sebab semua nak masuk Singapore lagi sekali..hore!




Total cost :

Teksi dari Terminal Larkin = RM 18 ( Share 4 orang, so jadi RM 4.50/seorang )
Bus ke JB Central             = RM 1.30
Bus ke Queen Street         = RM 2.60
Kad MRT                         = $ 12
Van Sewa ke Hotel           = $ 8


No comments: