Thursday, 2 January 2014
UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE DAY 2
Lepas kami breakfast di hotel, travel agent jemput kat hotel and kami di bawa ke office agent untuk collect tiket masuk USS, voucher makan, voucher gift dan isi white card lagi sekali..
Masa tengah sibuk-sibuk isi white card, ada 1 rombongan family dalam 14 orang ni gempar, tiket masuk USS diorang hilang..kakak yg pegang tiket tu ke hulu hilir cari..kesian dia..tapi dalam hati rasa geram juga..sebab jadi lambat..patutnya pukul 8 dah bertolak..
Setengah jam juga proses cari mencari, still tak jumpa..Lastly akak tu decide tak jadi pergi USS..Ish time tu kesian betul kat diorang..dengar loghat macam dari belah utara..kesian tengok budak-budak tu masa bas tinggalkan diorang..
Dalam 15 minit perjalanan kami nak pergi ke border..kakak tu call driver bas, minta U-turn sebab dah jumpa tiket masuk USS tu..masa tu perasaan suka campur geram..sebab dah pukul 9 still kat JB lagi..Hati kita dah berkobar-kobar..
Lastly, pihak travel agent melanjutkan masa balik dari pukul 7 ke pukul 8.30 malam..
Hooreeyy!
Terubat jiwa kita ni kan..
Tengok akak tu dengan family dia pun senyum lebih lebar dari biasa..
Selalu tengok orang ambil gambar kat globe besar ni..alhamdulillah kali ni shida pula..ramai betul orang masa ni..musim cuti sekolah..best juga pergi masa cuti sekolah..meriah sikit..setengah orang tak suka sebab ramai..tapi shida rasa happening bila ramai camni..hee
Bila masuk je USS terus shida ambil map and jadual showtime sebab nak arrange masa berjalan..boleh main rollercoster, masuk 3D rides, tengok live show dengan jumpa character movie..
Rezeki shida, masuk je terus geng Madagascar buat sesi photograph..and bestnya..ada orang tolong amnil pic..orang USS tu sendiri and visitors semua beratur..ok rasa teratur je hidup ni bila tak rebut-rebut..best!
Macam mana la agaknya perasaan orang dalam costume ni..sesi ni ada 2 jam..mesti lenguh-lenguh je badan nak tampung berat kepala..rasa nak je bagi BVSM kat dia ni..bagi bertenaga sikit..
Lepas sesi ambil gambar..terus naik rides kat situ..mendebarkan juga and best story line dia..opss shida tak nak cerita nanti tak suspend la..
Then kami naik rollercoster kat tempat Shrek..yippie..uish lajunya la hai..nampak cam kecil je..menjerit hilang suara juga la..
Tips! korang masa nak jalan dalam USS tu..follow and susun time untuk jumpa character2 ni..baru best! and rides dalam tu sentiasa on..so utamkakan live show and jumpa character dulu..
Then terus pergi Jurassic Park..ok masa ni nervous sekali..sebab nampak semua yang naik rides tu semuanya basah lencun..rasa excited tu ada plus dengan takut..sebab tak mau basah..nak main banyak tempat lagi..
Tips! Beli raincoat siap-siap..boleh dapat kat watson ke guardian ke..dalam rm3@rm4..tapi kalau lupa, kat dalam tu ada jual..$4..so kalau convert dalam rm10
Tips! Buka kasut korang sebab kompem akan basah..
Petang-petang cam tu hujan turun. Tak apa lah. Nasib baik USS ni banyak game indoor..yang roller coaster besar tu under maintenance.. so kat Jurassic Park dengan Shrek je yg outdoor rides..
Bila hujan, perut pun keroncong, kami decide makan makanan yg berat..sebabkan lidah melayu kami mahu nasi..haha..so pergi la area The Mummy cari makan...
Kami makan nasi beriyani..eh memang sedap and berbaloi sangat makan kat sini...air mangga dia superb..kuah dal dia memang terbaik..
Lepas tu main roller coaster kat Mummy, memang seram and dasyat..ok tapi terasa nak nak lagi je..hihi..
Ok ride yang ditunggu tunggu..Transformer! cing cing..sampai dua kali naik..memang puas hati and best sangat..rasa macam betul2 cakap dengan Prime..hihi..
Dapat tengok live show kat monster rock..best and kelakarsangat2..even diorang speaking..aish laju sangat2 diorang cakap tapi ada la juga yang faham..gelak terkekek kekek juga la..hee..
Tips! Show ni ada 3 kali je..rasanya 12pm 3pm 5pm..kena manage time betul2..rugi kalau tak tengok live show tau..
Then sampai la malam kitorang pusing2 USS tu,,rasanya kitorang ni last customer sebab ada sesi malam pula..sesi malam untuk tiket lain..ok juga datang malam..tapi indoor games je tak silap shida..
Then pukul 8 lebih bus sampai..yeay..lepas tu semua tidur dalam bus and malasnya perasaan naik turun bus kat imigresen..tapi tabahkan jua..sampai hotel ngap maggi cup..heee..
Psstt..masa dalam USS tu shida langsung tak ingat pasal kerja, study and hal-hal lain la..sebab asyik fikir pasal nak naik rides mane lepas ni..hee..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment