Friday, 8 August 2014

TIPS PENJAGAAN POWERBANK


 Shida percaya majoriti pengguna smartphone sekarang ada powerbank. Lagi-lagi 24hours online internet, bateri phone mesti cepat habis.

Shida sendiri selang beberapa bulan beli smartphone beli powerbank, teringat masa bateri phone habis and terpaksa menapak cari center Samsung tumpang charge phone sebab nak call member. Panic betul masa tu. So, solutionnya beli terus powerbank siap brand Transformers lagi. Kuat le tu..masa tu 13000 watt rasa dah cukup dah. Alang-alang nak beli, beli yang cukup untuk charge 3 kali. 

boleh klik link ini tengok harga powerbank masa shida beli tahun lepas, berbeza dengan zaman sekarang.

Powerbank Transformer Yaobo

Ok, shida share 4 cara nak bagi powerbank tahan lama.


1. Jangan simpan powerbank anda dalam kereta. Ini kerana biasanya suhu dalam kereta akan mencecah 40 Celsius atau lebih tinggi apabila berjemur di bawah matahari dan suhu tinggi ni akan mengurangkan lifespan powerbank anda.

2. Jangan charge powerbank anda dengan menggunakan USB port dari laptop atau PC ataupun DVD Player. Ini adalah kerana output dari USB port alat-alat tersebut terlalu rendah dan anda kena ambil masa yang lebih panjang utk mengecas powerbank anda.

3. Jangan charge phone anda dgn powerbank dan simpan dlm bag. Ini disebabkan apabila anda charge phone anda dengan powerbank dalam bag, udara panas yang dikeluarkan daripada powerbank dan phone tidak dapat disingkirkan sebab udara dlm bag dalam keadaan tertutup. Selain tu, charge dalam bag akan menyebabkan cable2 terhimpit dan cable anda akan cepat rosak. Try charge dalam keadaan terbuka.

4. Jika nak charge powerbank anda dengan Car Charger, sila pastikan car charger anda jenis yang berkualiti. Low kualiti car charger biasa output current dia tak stable dan senang merosakkan circuit powerbank. Selalu menggunakan car charger yang low kualiti jugak salah satu battery phone anda cepat kembung.


So, shida harap setiap orang ada powerbank, lagi-lagi perempuan yang ulang alik pergi kerja or pergi kelas, keperluan di masa emergency.
Bersiap sedia sentiasa kan lebih bagus.
^_^


Sumber: email dari kenalan. 

No comments: