Thursday, 16 October 2014

PHOTOSHOOT DI STUDIO BELLA AMMARA @thewhitehousemy


Bertempat di Seksyen 7, tingkat atas Butik Bella Ammara, shida dan business partner yang lain berpeluang shoot business profile di sini.
Studio ini salah satu cabang bisnes baru Bella Ammara.


Beza dengan studio lain, studio ni offer conceptual style. Lebih moden dan bersahaja. Di antara sebab shida dan business partner memilih The White House Studio ni. 

Kalau nak tahu, ni salah satu pengalaman baru untuk shida since start berniaga online. Sebelum ni tak pernah shoot dalam studio macam ni. Rasanya model-model je yang berpeluang pose-pose depan camera macam ni. Tapi bila berbisnes, banyak perkara baru yang dapat shida buat.


Betul kata orang, pengalaman tak boleh dinilai dengan wang ringgit. Ikhlas shida cakap, dunia bisnes dunia memang berwarna warni dan penuh kejutan.


Shida bersyukur sangat ditemukan dengan GLAM dan Fabulous Team. Bila ada support, ada tempat rujuk yang betul, semua benda jadi senang. Dulu, shida sendiri tak tahu nak berniaga online. 
Lagi-lagi cara nak iklan, nak urus bisnes online, mana nak pos mana nak layan pm customer.

Dengan kelas marketing PERCUMA setiap minggu hari jumaat, banyak ilmu shida dapat. Semua jadi mudah. Alhamdulillah, syukur.



Daripada BELUM TAHU sekarang SEMAKIN TAHU.
Berada di landasan yang betul akan merealisasikan impian.
InsyaAllah.


Yang penting teruskan usaha sehingga ke garisan penamat.




*teringin nak photoshoot outdoor pula. teet.

No comments: