Showing posts with label business woman. Show all posts
Showing posts with label business woman. Show all posts

Thursday, 16 October 2014

PHOTOSHOOT DI STUDIO BELLA AMMARA @thewhitehousemy


Bertempat di Seksyen 7, tingkat atas Butik Bella Ammara, shida dan business partner yang lain berpeluang shoot business profile di sini.
Studio ini salah satu cabang bisnes baru Bella Ammara.


Beza dengan studio lain, studio ni offer conceptual style. Lebih moden dan bersahaja. Di antara sebab shida dan business partner memilih The White House Studio ni. 

Kalau nak tahu, ni salah satu pengalaman baru untuk shida since start berniaga online. Sebelum ni tak pernah shoot dalam studio macam ni. Rasanya model-model je yang berpeluang pose-pose depan camera macam ni. Tapi bila berbisnes, banyak perkara baru yang dapat shida buat.


Betul kata orang, pengalaman tak boleh dinilai dengan wang ringgit. Ikhlas shida cakap, dunia bisnes dunia memang berwarna warni dan penuh kejutan.


Shida bersyukur sangat ditemukan dengan GLAM dan Fabulous Team. Bila ada support, ada tempat rujuk yang betul, semua benda jadi senang. Dulu, shida sendiri tak tahu nak berniaga online. 
Lagi-lagi cara nak iklan, nak urus bisnes online, mana nak pos mana nak layan pm customer.

Dengan kelas marketing PERCUMA setiap minggu hari jumaat, banyak ilmu shida dapat. Semua jadi mudah. Alhamdulillah, syukur.



Daripada BELUM TAHU sekarang SEMAKIN TAHU.
Berada di landasan yang betul akan merealisasikan impian.
InsyaAllah.


Yang penting teruskan usaha sehingga ke garisan penamat.




*teringin nak photoshoot outdoor pula. teet.

Thursday, 11 September 2014

MAJLIS AWARD SM/SSM SEPTEMBER 2014


Bertempat di Menara PGRM, mereka yang berjaya mencapai sales 60k dan 20k diraikan dengan gilang-gemilang. Dengan teamwork, magic will happen.
 

 
Seribu langkah itu bermula dengan SATU langkah.


Congratulation SSM Syamimi
 
  Congratulation SM Faiz

Congratulation SM Aimi
Berlainan impian tetapi SEMANGAT yang sama.


Bersama adik kesayangan shida dan juga business partner shida. 
Indahnya dalam bisnes ni, kita bekerjasama dan berkongsi ilmu.
Semoga impian kami menjadi kenyataan untuk keluarga kami.
Doakan kejayaan kami.







Nak tambah duit poket?
Contact shida
013-2529186


Wednesday, 3 September 2014

GLAM IFTAR 2014 JW MARRIOT KUALA LUMPUR



Alhamdulillah,  bulan Ramadhan dah berlalu, maaflah shida sibuk dengan appointment customer ada yang nak fitting korset Premium Beautiful ada yang nak tahu cara buat duit sambil online instagram dan facebook. Lambat sikit buat entry ni.


Rezeki Ramadhan lain macam sungguh.  Alhamdulillah.
Oh ye sempat juga shida attend Majlis Iftar dengan group tersayang shida GLAM dan FABULOUS TEAM. Temanya Arabic. Nak bagi happening saje la nak pakai bertema. Tapi shida memilih jubah dress light brown instead of hitam. Tak sempat nak shopping sebenarnya.  (*_*)'


Bersama kawan baik shida




Lepas buka puasa, sesi snap gambar pula. Glam lelaki melayan kami, dengan official photog. Memang happening and kelakar sangat masa nak snap picture ramai2 ni. Dengan gelagat anak-anak business partner yang lain. Meriah, syukur shida dapat hadir majlis ni. One of sweet memories.


Semoga shida dipanjangkan umur lagi, untuk hadir majlis dengan GLAM dan Fabulous Team. Dan terus aktif berbisnes online.

Wednesday, 30 July 2014

Wednesday, 9 July 2014

DIAMOND NIGHT 2014


Malam anugerah yang gilang-gemilang meraikan penerima Anugerah Tabung Kereta dan pencapaian pangkat Diamond. 


Alhamdulillah,  ramai business woman yang berjaya.
Ini membuktikan yang rajin dan terus berusaha akan berjaya. 


Enam bulan shida dalam business ini, 360° life shida bertukar. Alhamdulillah syukur. Semakin baik.


Tahniah DDM Liyana atas kejayaan.  


Bersama mereka mendaki puncak kejayaan. Bila kita ramai, semangat menjadi lebih kuat dan ilmu dikongsi bersama.


Jangan tak percaya ada antara mereka suri rumah dan anak 2, 3 dan 4. And more to come. ^_^


Malam ini meraikan,  satu hari nanti diraikan. 
Sebab itu, shida suka and enjoy dengan business ini.
Tak stress sebab semangat teamwork dalam Fabulous Team and GLAMpreneurs sangat kuat.



We earn, we enjoy, we love.

♥♥♥♥


Friday, 4 July 2014

RAIKAN KEJAYAAN CDM EFFAREEZA FOUNDER FABULOUS TEAM



Excited betul malam tu, mentor terdekat shida, Kak Effareeza dah capai pangkat paling tertinggi dalam business ni. 


Sebab utama shida memilih business ni, sebab ada mentor yang tak akan lepaskan tangan kita selagi belum berjaya. Macam kak Effa juga, mentor nya kak Hanis Haizi. Nah, buktinya, kak Effa dah pun sampai ke tahap ini.


Bila shida tengok kak Hanis dan kak Effa, shida terasa macam tengok cermin. Satu hari nanti,  pasti kejayaan digenggam. Bersyukur sangat dapat bertemu insan berdua ini.


Sesi potong kek!


 Geram dengan macaroons tu..


Sesi bergambar reramai dengan founder GLAMpreneur


Kak Hanis Haizi hadiahkan beg Prada! 
Biru pulak tuuu..
Suka sangat!


Seronok buat business macam ni, rasa dihargai dan disayangi. Duduk dalam kalangan orang positif, sentiasa buat shida bersemangat nak upgrade life bukan untuk diri sendiri je, tapi untuk family dan kawan2 yang lain.

InsyaAllah.


Wednesday, 11 June 2014

MAJLIS AWARD SM/ SSM JUN 2014

Alhamdulillah, satu lagi sweet memory dalam hati shida. Shida dapat award untuk pencapaian sales sehingga RM20,000. Berkat tunjuk ajar mentor shida CDM Hanis Haizi, CDM Effareeza dan business partner yang lain. Tanpa ilmu dan support mereka, belum tentu shida akan capai ke tahap ini.


Majlis gilang gemilang ditambah dengan persembahan tarian kpop dan sharing dari beberapa CDM (pangkat tertinggi) yang sangat berinspirasi. Bercerita susah senang sebelum berbisnes dan selepas.


Bila dengar sharing dari mereka, hati shida macam direntap, sungguh tinggi semangat diorang nak business partner berganding bahu berjaya. Ada yang bermula dari modal serendah RM50.
Buat dengan tekad dan tekun, akhirnya kejayaan digenggam.



Bersama mentor kesayangan dan disegani, Hanis Haizi, yang sangat bersemangat dan pemurah ilmu. Sentiasa beri semangat dan tunjuk ajar. Alhamdulillah, di lorongkan untuk bertemu dengan beliau. Selama ni tengok dalam tV, magazine dengan blog  je.

Bersama business partner yang menerima  award



Alhamdulillah, sejak shida buat business ni, terasa lively sikit, bukan apa selama shida kerja tak pernah ada event macam ni. Lagi lagi bila kita dah bekerja keras, dah berusaha, company hargai macam ni. Rasa bersemangat lagi, duit dapat, happy life pun dapat.

InsyaAllah, kejayaan pasti ku genggam.

Friday, 21 March 2014

MAJLIS AWARD SM/SSM MAC 2014

Tahniah!
All achiever sales RM20,000 - RM60,000
Mereka diraikan dengan majlis penuh gemilang minggu lepas..

Dengan ilmu berniaga online yang diberi PERCUMA di akademi setiap Jumaat, bertempat di TTDI, dimanfaatkan dengan sepenuhnya..sehingga berjaya ke tahap ini..


Kalau nak tahu, Green Leaders Academy Malaysia (GLAM)  adalah pioneer dalam bisnes online..bangga shida jadi salah seorang dari mereka..

Bukan setakat kelas percuma diberi di akademi, personal touch langsung dari bakal CDM Effa juga menambahkan lagi ilmu.



Mereka la antara mentor shida..setiap kali pergi kelas really motivated dengan sikap humble and willing to share ilmu kat shida..nak ikut bulat2 so then boleh jadi Mumpreneur and 6 figures income lady juga..Insyaallah..


Dengan mentor2 yang tak lokek ilmu and sentiasa pegang tangan, buat shida lebih yakin. 

Saturday, 1 February 2014

HANIS HAIZI DI MEDIA




Shida bangga jadi salah sorang protege Hanis Haizi..
Sangat bersemangat nak upgrade life bukan untuk diri sendiri je, tapi untuk business partner die semua..Memang nak jadi macam Hanis Haizi..

Orangnya sangat humble, kadang2 shida rasa tak percaya dapat jumpa dengannya setiap minggu, dengar kata2 motivasi pembakar semangat and rahsia kejayaan..



Di BELLA AWARDS


Cover page









Even instagram hanis haizi di snap untuk kandungan magazine..
shida betul betul admire gaya, cara ber bisnes, cara bawa diri, semangat yg ditunjukkan, tak pernah sombong, tak pernah lokek ilmu..

Satu ayat yg Hanis Haizi selalu tekankan kat kelas and menjadi penguat semangat shida sekarang..



"BUAT BETUL BETUL, 
BUAT SAMPAI JADI,
 BARU BOLEH PUAS HATI"

 
Ada siapa yg admire Hanis Haizi and nak jadi protege Hanis Haizi, boleh juga dengar motivasi and rahsia nak berjaya dari beliau..
Jom join shida ke kelas yg memang super fun and free,


Wassap/ Call/ Mesej

0132529186