Siapa minat Winter Sonata?
Sila jeles sebab shida snap pic kat tempat first kiss dorang.
Mesti korang excited nak ke Nami Island kan. Baru shida tahu rupanya diorang shoot drama kat sini. Sebab shida kurang layan melodrama, lebih pada comedy romantic je.
Comel tak? Geram betul tengok baby kat sana. Yang ni teddy bear, ada yang harimau la, zirafah la. Sesuai dengan suhu kat sana. Jadi cute je. Kat sana shida asyik cakap 'kiopta' maksudnya cute.
Senyum-senyum parents baby kat sana.
CARA KE NAMI ISLAND
Take subway at Cheongu
Change line at Wangsimni (Jungang Line)
Change line at Mangu (ITX/Kyeongchun Line)
Get off at Gapyeong Station, Line 3
*korang jangan risau, guna je apps subway tu, masukkan je depart and arrival korang. Follow je apps tu. Since shida pun banyak bergantung kat apps tu. Apps tu offline,jadinya jangan takut sesat ke ape, just alert masa nak tukar line. Kalau nak double confirm tanya je orang tepi-tepi. Hehe.
Keluar je dari Exit 3 ni korang akan jumpa Tourist Information Center. Kalau korang sampai awal, macam tak ada orang tapi please pergi je beratur kat situ. Macam shida dah terlewat sikit kena tunggu bas pukul 11am. Shida advise korang, keluar awal catch bus pertama. Rugi masa beratur nanti.
Tour bus ni harga 5,000 won. Datang setiap sejam. Start pukul 9am. Last bus pukul 6pm.
Bus tour ni akan pusing:
Gapyeong Station - Nami Island - Petite France
*simpan tiket bus tour tu, valid untuk sehari.
Nanti dia akan turunkan kat jeti, naik ferry ha. Bayar 8,000 won.
Masa beratur nak masuk ke jeti panjang dia, boleh buat kita putus asa nak beratur. Panjang teramat. Nak dekat sejam juga beratur. Nak buat camne itinerary shida, Nami Island hari sabtu. Redha kan jela. Tapi kalau nak cepat boleh naik zipwire, tapi harga dia 38,000 won. Oh tak sanggup masing-masing. Sebab tak tahu ada zipwire kat sini. Tiada dalam bajet. Hehe. Tapi sejam tu tak terasa pun. Sibuk snap pic and sembang.
ni bukan zipwire, ni bungee jump. Runningman pernah datang shoot kat sini. Episode yang Jaesuk, Sukjin dengan guest main badminton kat atas ni. |
Dari pengalaman shida, shida recommend korang pergi dulu Petite France sebab dia tutup pukul 6pm. Kat Petite France korang spend time 2 jam paling lama pun. Banyak scenery dengan snap picture spot Runningman dengan drama-drama korea. Lepas tu baru masuk Nami Island.
Kalau masuk Nami dulu jadi macam shida, kena datang sini 2 kali. Sebab shida memang nak sangat masuk Petite France tu. Esoknya shida dengan adik shida (sebab kitorang RM addicted) kitorang skip shopping time. Kawan-kawan shida yang lain pergi Myeondong shopping and set appointmet kat Plaza M (ambil gambar pakai baju traditional Korea/hanbok) dapat la appointment pukul 2pm. And ada tragedy lagi, nanti shida cerita kat entry pakai hanbok tu ok.
LUNCH DI NAMI ISLAND
Jangan risau, kat Nami Island ada banyak makanan halal. Agaknya dorang dah terbiasa dengan tourist Islam. Siap megah terkibar bendera Malaysia kat Nami Island. Bangga rasa di hati.
So shida pilih Asian Food mana la tahu jumpa nasi goreng kat sini. Ada kawan shida dah rindu masakan melayu. Hehe. Shida ok lagi, still nak makanan korea. So shida order bibimbap.
Serious sedap!
And kimchi dia kali ni raddish kimchi.
Syukur dapat rasa, sebab kat Jeju hari tu rasa yang kobis panjang.
Selesai makan, pusing-pusing tengok scenery. Kat Nami ni, even ramai orang tak rasa sesak pun, maybe cuaca sejuk kot. Tak rasa rimas. And terjumpa group pakcik makcik tengah main game.
Sama macam nak masuk Nami, kena beratur nak sejam, balik pun sama nak sejam kitorang beratur. Ramai betul. Tapi shida tengok ramai local tourist dari foreigner. Yela korea kan besar. Yang jauh-jauh tu mesti teringin.
Kitorang tak sedar masa berlalu sebab dapat sembang dengan ahjussi yang boleh speaking. Dia cakap kitorang orang kaya, sebab muda-muda dah holiday kat luar negara. Kitorang gelak jela and dalam hati berdoa jadi kaya betul-betul. Tapi yang penting kaya dengan pengalaman kalau bukan dengan duit sekalipun. Kalau dua-dua lagi la nak kan. hehe.
Kitorang tak sedar masa berlalu sebab dapat sembang dengan ahjussi yang boleh speaking. Dia cakap kitorang orang kaya, sebab muda-muda dah holiday kat luar negara. Kitorang gelak jela and dalam hati berdoa jadi kaya betul-betul. Tapi yang penting kaya dengan pengalaman kalau bukan dengan duit sekalipun. Kalau dua-dua lagi la nak kan. hehe.
Balik, shida ikut jalan yang sama, naik ferry ke jeti, dari jeti naik bus ke Gapyeong Station, lepas tu naik subway terus je Hongdae Market & Hello Kitty Cafe.
No comments:
Post a Comment