Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, 25 March 2015

BERBALOI KE PAKEJ HOLIDAY DI MATTA FAIR?

Ada yang  baru balik bercuti ke? Alhamdulillah, awal tahun shida betul-betul excited.  February shida  ke Langkawi dengan keluarga & Mac pula shida ke Tioman dengan bestfriends. Dua-dua holiday shida amik pakej kat Matta Fair bulan September tahun lepas.

Berbaloi ke? Kalau berbaloi tu mesti maksudnya JIMAT ke? 

Seriously  deep deep dari hati shida, teramat BERBALOI dan JIMAT lagi PUAS HATI. Ada pepatah buatan shida sendiri, tapi tak tahu la korang pernah dengar kat mana-mana kan.
 
"Murah Tak Semestinya Tak Bagus, 
Mahal Tak Semestinya Bagus"

Bagi shida apa yang kita pilih tu memenuhi keperluan. Macam pakej-pakej yang shida amik. Cukup la tempat tidur BERSIH, SELESA, ada AIRCOND, pakej snorkeling BERBALOI dan DEKAT dengan tempat-tempat menarik. Semua orang nak holiday dia PERFECT match dengan apa yang diidamkan. 

Dari pengalaman shida kat beberapa tempat ni, ada yang TERKURANG juga. Tapi, konsep bercuti bagi shida BONDING time and SELFIE time.

Adjust dan bersyukur dengan setiap kelebihan dan kekurangan. Pujuk pujuk hati dengan pemandangan indah dengan kelebihan-kelebihan yang ada. Mesti hati jadi sejuk. Lama-lama yang kurang tu mesti jadi LUPA.

Sunday, 24 August 2014

OPEN HOUSE 2014

Alhamdulillah, syukur.
Raya kali ini, bagi shida sangat bermakna walaupun shida tak balik kampung. Sebab tak sangka, lebih dari separuh jemputan datang open house shida. Dari kawan2 abah, sedara mara, kawan2 mak, kawan2 shida sendiri, adik perempuan and adik lelaki. Memang tetamu datang non stop dari pukul 2 petang tu.



Menu:

Rendang Daging 
Nasi Impit
Sambal bilis
Nasi Ayam
Laksa
Koktel
Tembikai
Sirap pandan


Menu open house semua mak shida yg masak. Abah lak orang kuat bab set up meja dengan ruang tamu. Dari malam jumaat tu dah 'berperang'.


The family
Yang menambahkan lagi rasa bermakna sebab ni first open house kat rumah baru. Suasana baru gitu. Sebak juga bila teringat rumah lama. Yela tempat membesar dari umur 3 tahun tau. 
The family
Mak abah shida happy sangat sebab ada yang sedara mara kebetulan ada hal kat KL, sempat la dorang singgah. Memang rezeki betul. Sungguh Allah itu Maha Penyayang. 


The family 
Happy sangat sampaikan kena masak lagi sekali lewat petang tu, group kawan2 adik - adik shida lak nak datang. Sekali ganda amount nya. Memang letih, tapi sangat2 berbaloi.

With lovely childhood friend
With sweetest married couple


With super sporting officemate

Open house atau rumah terbuka ni bertambah best bila dapat hidang masakan sendiri tau. Bila habis dimakan, hilang rasa lelah berkungfu di dapur perasaan shida..


First guest. Of course mygff.


With cuttest mommy to be.

With hottest mommy to be.

Terima kasih sahabat handa dan saudara mara, yang sudi datang open house shida. Terharu tau. Siap ada yang tersesat-sesat jalan. Semoga silaturrahim kita berkekalan hingga Jannah. InsyaAllah. 

Love you all back to back to the Moon,
Shahida Hassan. ♥♡♥♡

Tuesday, 29 October 2013

Angin Kuantan - Cherating (Part 2)




Ok macam shida janjikan masa  kat entry sebelum ni Entry lepas (klik di link itu ya)
Shida nak cerita pasal kedai makan yang best2 yang shida makan masa shida holiday kat sana..


Itu dia, kedai makan ni 2 tingkat, and masa shida datang, penuh 2-2 tingkat..siap ramai beratur menunggu..kedai ini start buka pukul 5..tak sangka kedai ni famous..sebab masa shida pergi sana tak research pasal makan sebab betul-betul pada GPS..



Nah sekali kena la menunggu, ikutkan banyak kedai kat situ..tapi sebab kedai ni ramainya lain macam, hati ni tertarik-tarik nak makan situ juga..ada la berdiri 15 minit tunggu table kosong..

Layanan pekerja-pekerja kedai ni shida bagi 5star
Laju and mesra..
Tak sia-sia tunggu lama..

AWAS!
untuk korang yang belum makan lagi, jaga-jaga dengan gambar di bawah ye..
^_^

Ketam Stim

Lala masam manis

Kerapu Sweet2 Sour

Sotong Tepung

Ikan Merah Bakar Petai
Udang Goreng Kunyit

Harga memang berpatutan, lagipun ikan,ketam,udang semua ni kita pilih sendiri..
Jadinya boleh bajet kan untuk makan family kita..
Rasa masakan dia pula
memang 5 star!

Last day holiday ni, 
shida siap bungkus sotong goreng tepung dia
kunyah dalam kereta masa perjalanan balik kL
tak sempat nak tunggu
orang ramai..

Cherating, Kuantan, Tanjung Lumpur, Sungai Lembing
Semoga kita bertemu lagi.

Friday, 4 January 2013

Doakan yang terbaik



3 Jan 2013..satu-satunya adik lelaki shida berangkat lah die ke kem PLKN di Sarawak..Untung orang Malaysia ni..pergi kem just 3 bulan kalau kat korea tu..meraung la..3 tahun tu.. Kalau 3 bulan ni boleh la rasa cam pergi holiday.. kan kan..lagi-lagi tempat yang tak pernah pergi..dapat lak naik flight..untung kan..
(nak pergi tapi tak terpilih, orang cakap kalau kita nak tu yang tak dapat tu..iye ke?)


Kali pertama shida dapat tengok suasana kat tempat berkumpul untuk pelatih-pelatih PLKN ni..pusat berkumpul  ni di Mindef berdekatan dengan WangsaWalk Mall...ramai sangat..and yang kelakar beg adik shida paling kecil..yela nanti dapat baju seluar tajaan kerajaan..huhu..untung la..dapat baju celoreng2..



Shida doakan adik shida and adik-adik yang dapat PLKN or yang tengah tunggu sesi yang lain all the best, good luck and rebutlah peluang untuk menjadi insan yang lebih hebat, cemerlang and terbilang..hopefully adik-adik ni lebih jelas lagi cabaran masa dewasa..sebab nak survive masa akan datang perlukan jati diri yang kuat..


Kat sana, pihak Mindef ada wat pameran tentang kezaliman Israel dan nasib saudara Islam kita di Palestin..Menakutkan bila tengok konspirasi Israel tu..Senarai barangan dari negara yang zalim ni pun buat shida terkejut..banyak sangat..and semuanya memang boleh dikatakan setiap isi rumah guna salah satu produk diorang ni.. (kalau susah nak berhenti guna produk diorang, try tukar slow2..at least ada usaha)



#yang best pasal PLKN ni yang shida rasa..and jealous sangat sebab dapat buat aktiviti lasak..bestnya...!#

Friday, 28 December 2012

Angin Kuantan - Cherating (Part 1)



Sihat tak? Shida baru je lepas lelah balik dari kuantan..oh ye..memang rezeki shida..dapat jalan2 kat sana tanpa tersekat dek banjir..hari pertama shida sampai cherating hari nampak cerah je..masuk hari kedua hujan renyai2..tapi still leh enjoy lagi..and bonus nye..banyak gak la picture yang di snap bersama dengan payung..

Hari 1

Window shopping di Berjaya Megamall (lupa nak snap pic akibat tengok barang-barang die) pastu petang sikit gerak ke Cherating..lepak kat chalet..mandi kolam puas-puas..  :)

 memang pilih chalet yang ada kolam seluas alam..memang puas la..

 Hari 2

  
Masuk percuma aje just digalakkan untuk beri sumbangan..tak jauh dari pantai Cherating..dalam 3km rasanye..shida depend pada GPS aje..tekan pastu ikut je jalan..kat sini boleh tengok penyu dari kecil sampai la ke besar nye..






Naik Kuantan Cruise..dapat tengok kampung nelayan dekat area Tanjung Lumpur dan Tanjung Api, kawasan buaya berehat ( takde rezeki nak tengok buaya berjemur hari tu sebab hari tak panas terik)..
Kat kampung nelayan tu..ada macam2 jenis bot nelayan..ada besar ada kecil..ada yang dari Vietnam (bot Vietnam cantik lain betul dari Msia) dari Terengganu..Kelantan..




Petang sikit..pergi muzium..Jarak dari Kuantan dalam 40km..oh ye muzium ni buka sampai 5petang ye..muzium ni berkisarkan pelombongan...menarik sangat sebab dapat tengok macam2 jenis batuan diorang kutip..pastu mesin2 amik bijih timah and suasana dalam terowong tu..seram pun ada..


Muzium Sg Lembing ni banyak pamerkan barangan antik..abah ngan mak shida memang excited la dapat tengok zaman moyang2 diorang...kat sana boleh tengok tapak lombong..tapi tengah renovate lak masa shida datang...diorang macam buat taman je..boleh la berkelah2 nanti..

Hari 3

Hari tu rupanya Kuantan banjir..tapi petang sikit dah reda..patut la jem teruk...nasib baik check out dalam tengahari..jadinya tak tersangkut dengan banjir..Alhamdulillah..

Pusing-pusing nak cari Galeri Tenun Pahang..dekat GPS cakap dah sampai..tapi tak nampak pun bangunan nya..dengan semangat pergi la singgah pusat info pelancongan sebelah dengan Kompleks Teruntum..


Rupa-rupanya Galeri Tenun Pahang tu dalam Kompleks Teruntum tu..die galeri jualan sekali..siapa yang minat kain tenun boleh la masuk..


Pahang Art Museum @ Muzium Seni Pahang (signboard banyak) ni tengah renovate and yang sedih sikit pameran kartunis LaT baru je habis..siapa nak pergi muzium seni ni better check jadual pameran die dulu...Muzium ni dekat je dengan Masjid Negeri..
 
Masjid Biru

Dalam perjalanan pergi Teluk Cempedak..singgah Taman Gelora..macam taman tasik la kalau kat KL..tapi die tepi laut..memang style la..tapi masa shida pergi..memang laut tengah bergelora la..first time tengok ombak tinggi2 depan mata..


Depan Taman Gelora ada kem Askar Wataniah..shida and family sempat la berposing depan kem tu...


Angin yang tersangat la kuat kat Teluk Cempedak..first time rasa angin sekuat ni..Maha Suci Allah..Kalau ikutkan plan nak jalan kat siar kaki kat situ..tapi sebab angin yang kuat..tak jadi la..tengok laut dari jauh aje..ombak pun kuat..pengalaman baru..


Ha nanti kalau jalan-jalan kat sana jangan terkejut pulak tengok banyak patung harimau..patung tu untuk takutkan kera-kera..oh shida pun terkejut juga sebab patung-patung harimau tu besar macam saiz sebenar je..Lepas tu jalan-jalan cari cenderahati..and dinner kat Tanjung Lumpur..pastu gerak balik..terasa rindu KL..


#lepas ni shida update pasal chalet kat cherating and kedai makan seafood yang terhebat dekat kuantan#

Monday, 3 September 2012

Merdeka 55 : Abah Masuk Tv3 & Paper


Famous abahku..masuk tv3 di interview ally iskandar masa sambutan merdeka di dataran hari tu..Semangat abah merdeka kali ni..Bertalu-talu mesej dengan call dari kawan-kawan and sedara mara sebab tanya betul ke abah masuk tv..Ni la yang dikatakan abah yang famous anak dapat nama..haha..

Semangat merdeka abah kali ni sampai jahit baju, seluar and songkok dengan bendera..Oh rugi ally iskandar x tahu yang abah transform motor keluaran Malaysia dengan bendera juga...mesti dia excited nak tanya lagi..

abah dalam paper berita harian

wassap pic dari kawan (di snap masa di interview dengan en ally iskandar)


tema merdeka 55 : janji ditepati



abah dengan krissnya

#jom hargai kemerdekaan ni dengan menjadi belia yg berkualiti..insyaAllah..#(oh yea gambar abah dalam metro tak sempat nak copy la..)  ^_^ PROUD OF U ABAH!

Friday, 27 July 2012

Hero Pertama ku

          

Alhamdulillah dah masuk 7 Ramadhan, kesihatan bertambah baik..Hope korang pun sama..Hari ni Jumaat pertama untuk Ramadhan kali ni..

Entry kali ni cam syahdu sikit...sebab kan kenangan semalam..

Siapa sayang abah/ayah/daddy/papa/baba macam2 lagi la panggilan untuk insan yg menjadi hero pertama kita ni? I bet semua orang sayang sangat2 kan..

oH ye..semalam shida pergi bazar dekat Chow kit..meriah cam biasa and agak sesak sikit..apa yang syahdu nye ek? sejak dah ada kereta sendiri shida jarang naik motor dengan abah..tapi semalam beriya-iya shida nak naik motor ngan abah..bestnya..

Dulu kecik-kecik ke mane2 naik motor dengan abah..bile dah darjah 4-6 cam tu belajar press2 minyak..masa tu rasa hebat sangat la..haha..lagi2 lepas balik dari sek agama..

Alhamdulillah..dapat lagi naik motor dengan abah..best! masa naik tu cam biasa abah kena sengetkan sikit motor untuk shida naik..tinggi sangat la motor tu untuk orang yg pakai baju kurung..haha..dari kecik sama je..haha..tapi berat shida jela yg dah berubah..nasib baik abah shida ni kuat.. :)

#sedang kita mengejar masa hadapan, jangan lupa mak abah kite sedang meniti usia, hargailah mereka..Ya Allah panjangkan la umur mak abahku..jangan la Kau menghukum mereka di atas sebab dosa ku..Mereka telah cukup mendidikku, hanya aku yg leka dan alpa..temukanlah ku dengan mak abahku secepatnya di akhirat kelak..amin#

Monday, 23 July 2012

Nikmat Ramadhan Tanpa Sedar


  

Sihat tak korang? Dah masuk 3 hari kita berpuasa..Seronok sangat bulan puasa..Banyak nikmat yang kita dapat..Orang berebut-rebut membuat amal menjaga lidah dan segala perbuatan untuk melaksanakan rukun Islam ketiga ni..
Kadang-kadang kita rasa nikmat beribadah dan nikmat bersedekah saje tapi pendapat shida..
ade lagi satu nikmat yang shida dapat..

Dalam bulan Ramadhan ni..shida dapat berbuka puasa berhidang dengan family..masa bukan bulan puasa, jarang dapat makan berhimpun dengan semua ahli keluarga serentak..Ikatan hubungan dengan family macam air yang dicincang tak kan putus..
Korang macam mane? Sama tak? Yela...masa berbuka puasa dan sahur sama..jadinya time makan tu sama..kalau tak ade yang lapar ade yang kenyang..tak dapat la makan sama-sama..

Lagi..tanpa sedar kita mengamalkan sunnah Rasulullah dengan makan buah kumar, buah yang banyak khasiat..Masa bulan biasa jarang kita nak makan buah ni, sebulan sekali pun belum tentu..walhal kite tau khasiat die..

Tak lewat gi kerja lagi..yeay! sebab lepas sahur terus bersiap2 nak gi kerja..rasa tenang je..tak la berlumba-lumba bekerja punch card...Hari ni shida drive semua orang cam relax je..best!

Yang best lagi..udara kat Malaysia ni dah bersih sikit..sebab mane2 pergi masa siang2 tiada lagi bau2an r*kok..Korang yg mane smoking tu..guna la kesempatan bulan mulia ni stop smoking..kan bahaya untuk kesihatan..bukandiri korang je..kitorang yg lain ni? haish..(nasihat)

Sebenarnya banyak lagi nikmat yg kita dapat just tak boleh nak bebel panjang2 lagi sebab dah penat nak taip..huhu..ok..selamat berpuasa..jaga nafsu masa gi bazar k..haha..(remind diri sendiri sebenarnya ni..)





Monday, 12 March 2012

Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2012

sumber:hokangtao.com

Assalamualaikum korang!!
Teruja tak tengok picture kat atas nih...?
Sy teruja sangat sebab lagi beberapa hari je lagi pesta ni akan start..
Disebabkan office dekat dengan tapak pesta..keterujaan ni bertambah-tambah..

Antara negara yg join fiesta ni France, Belgium, Thailand, Poland, Belanda, India, AS, New Zealand and banyak lagi..Lebih dari 25 belon akan dinaikkan..

Specialnya tahun ni ade Night Glow utk acara penutup (17 Mac)..Malam tu nanti belon panas akan dinaikkan diiringi cahaya + bunyi and pertunjukkan bunga api..Wah terujanye! (tak pernah tengiok yg malam nye lagi)

Ade pameran basikal ngan street touch rugby sekali..


mood: Nak snap picture banyak2.. ^_^