Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Wednesday, 3 September 2014

PORING HOTSPRING, JAMBATAN GANTUNG, CANOPY WALK

Tak sangka, masa shida pergi ke Poring Hotspring dalam pukul 3 petang cam tu, ramai je orang rendam kaki kat kolam air panas. Ingatkan diorang macam shida juga, tak sanggup nak celup kaki dalam tengah waktu panas tu. 

Suasana yang aman damai tambah lagi udara pun rasa lebih segar, shida tekad nak naik jambatan gantung dalam tu. Memang kuatkan semangat habis-habisan. Selalu pesan kat diri sendiri, kena try sekarang nanti ntah bila nak ke sana lagi. 

 Maka, start la episod memanjat kitorang. Jangan paksa diri, naik perlahan-lahan, snap picture, minum air, layan bunyi serangga.
Siap ada pelawat lain bagi semangat kat kitorang. Almaklum la jarang bersukan. dush dush* T_T


Dah nampak pondok ni, terus hilang rasa letih naik tangga, rasa excited je.
Gayat juga la naik jambatan ni, dengan bergoyang-goyangnye dengan pokok-pokok kat bawah tu. 
Tapi on the same time excited! 
Sungguh pengalaman itu paling mahal sekali. Oh ye, dalam Kolam Air Panas Poring ni ada Taman Rama-rama juga, tapi masa shida pergi, tutup pula, under construction.
Bagi korang yang ada anak-anak kecil, memang best bawak dorang mandi sini, banyak kemudahan yang disediakan. Banyak aktiviti juga kalau datang secara berkumpulan.

Lagi best, kolam kanak-kanak ada 3.. puh, puas la dorang berendam.


Oh ye, shida GPS je tempat ni, mudah aje. Guna aplikasi WAZE.
Nak tahu lagi mana shida pergi di Sabah?
Boleh klik button TRAVEL kat header blog.

 Happy holiday!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
 Plan & Try! 


Tuesday, 2 September 2014

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2014 - ABAH MASUK TV DAN SURATKHABAR LAGI


BAGAIMANA MERDEKA ANDA TAHUN INI?



Shida bersyukur sangat dibesarkan dalam family yang ada semangat patriotik. Jujur shida cakap, shida betul-betul kagum semangat patriotik dari abah shida.

SEBAB APA?

Sebelum ni, bila 31ogos excited sebab cuti je. Tapi since abah pakai baju macam ni, semangat terus berkobar-kobar.


 Tahun ni, satu family shida turun Dataran Merdeka, siap konvoi naik motor lagi. Best sangat sebab dah lama tak bawa motor. Sampai je, lepas park motor, wartawan dari Kosmo terus interview abah and snap-snap picture abah sekali dengan motor.

First time tengok moment macam ni. Bangga kite ni.

 Lepas pertunjukan tari menari kat depan tu, orang RTM datang interview abah, berbeza dengan tahun lepas, abah nampak gugup sikit dengan Ally Iskandar. Tahun ni cakap pun lebih panjang and confident. Caya la bah!


Sebelum balik, wartawan dari Metro rasanya interview abah. Nampak tak abah makin relax dengan wartawan. 




And shida perasan tak ramai yang berpakaian bendera macam abah, bagi shida orang yang pakai macam ni orang yang berkeyakinan tinggi dan semangat patriotik yang tinggi. Yang ada pun kanak-kanak, kira ok la tu, mak ayah dorang dah start pupuk semangat patriotik dari kecil lagi.

Semoga negara Malaysia terus maju, aman dan makmur.
Insha Allah.

Thursday, 28 August 2014

KINABALU PARK SABAH, KAKI GUNUNG KINABALU

Sebab utama shida ke Sabah, selain makan, shida nak release tension. Nak lupakan sesak-sesak kat Kuala Lumpur. Jadinya, shida masukkan Kinabalu Park ni dalam itinerary must visit shida.

Tenang, aman, damai, nyaman and rasa bahagia je kat sana. Sampaikan, kitorang naik ke sana tutup aircond kereta. Sejuk! 

Kalau korang ada stamina, boleh la daki sampai ke Puncak Gunung Kinabalu. Tapi, shida takat kaki gunung aje..tak daya rasanya..Ada ternampak orang yang ambil upah bawa beg dengan tong gas. Memang real, tapi sayangnya, tak teringat langsung nak snap pic leka bersembang. T_T


Lepas tu, pergi ke pelantar melayan perasaan dengan angin yang tersangat sejuk. Subhanallah, cantik betul pemandangan. Dengan kabusnya.


Ok, selamat bercuti korang.



Luv luv,
ShahidaHassan

Happy holiday!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
 Plan & Try!

Sunday, 24 August 2014

OPEN HOUSE 2014

Alhamdulillah, syukur.
Raya kali ini, bagi shida sangat bermakna walaupun shida tak balik kampung. Sebab tak sangka, lebih dari separuh jemputan datang open house shida. Dari kawan2 abah, sedara mara, kawan2 mak, kawan2 shida sendiri, adik perempuan and adik lelaki. Memang tetamu datang non stop dari pukul 2 petang tu.



Menu:

Rendang Daging 
Nasi Impit
Sambal bilis
Nasi Ayam
Laksa
Koktel
Tembikai
Sirap pandan


Menu open house semua mak shida yg masak. Abah lak orang kuat bab set up meja dengan ruang tamu. Dari malam jumaat tu dah 'berperang'.


The family
Yang menambahkan lagi rasa bermakna sebab ni first open house kat rumah baru. Suasana baru gitu. Sebak juga bila teringat rumah lama. Yela tempat membesar dari umur 3 tahun tau. 
The family
Mak abah shida happy sangat sebab ada yang sedara mara kebetulan ada hal kat KL, sempat la dorang singgah. Memang rezeki betul. Sungguh Allah itu Maha Penyayang. 


The family 
Happy sangat sampaikan kena masak lagi sekali lewat petang tu, group kawan2 adik - adik shida lak nak datang. Sekali ganda amount nya. Memang letih, tapi sangat2 berbaloi.

With lovely childhood friend
With sweetest married couple


With super sporting officemate

Open house atau rumah terbuka ni bertambah best bila dapat hidang masakan sendiri tau. Bila habis dimakan, hilang rasa lelah berkungfu di dapur perasaan shida..


First guest. Of course mygff.


With cuttest mommy to be.

With hottest mommy to be.

Terima kasih sahabat handa dan saudara mara, yang sudi datang open house shida. Terharu tau. Siap ada yang tersesat-sesat jalan. Semoga silaturrahim kita berkekalan hingga Jannah. InsyaAllah. 

Love you all back to back to the Moon,
Shahida Hassan. ♥♡♥♡