Showing posts with label cantik. Show all posts
Showing posts with label cantik. Show all posts

Thursday, 11 September 2014

APA ITU CC CREAM

Apakah CC Cream? 



CC Cream lebih kurang sama seperti BB Cream tetapi ianya lebih memberi tumpuan pada pembetulan warna.

Apa yang dilakukan : Ringan daripada BB Cream, tujuan utama CC Cream adalah untuk membetulkan warna kulit warna yang berkaitan, seperti warna pucat atau kemerahan. Seperti BB Cream, ia mempunyai SPF serta nombor berbeza-beza mengikut jenama.

Bagaimana untuk menggunakan : Jika anda berjerawat, mempunyai kulit kusam, bintik hitam atau kemerahan berterusan maka CC Cream sesuai untuk anda.

Bagaimana ia berbeza : Gunakan CC Cream untuk membantu dengan menghilangkan kemerahan, jerawat, bintik hitam, warna pudar dan banyak lagi



Memperkenalkan produk baru dari Cozuma Series, selain
daripada BB cream compact powder.

COZUMA CC CREAM


   Mempunyai 10 Keajaiban & Kehebatan

1. Perlindungan UV Yang Optimum
2. Wajah Lebih Berseri
3. Anti Radang & Anti Oksidan
4. Pelembapan & Penghidratan Yang Berpanjangan
5. Kulit Cerah & Bersinar
6. Kulit Wajah Lebih Halus
7. Kedutan & Garis Halus
8. Kawalan Kulit Berminyak
9. Bedak Solekan & Pembetulan Kulit Asas
10. Menyembunyikan Cela









Berminat?

untuk order dan maklumat lanjut 
boleh contact shida
013-2529186


Sunday, 13 July 2014

LAMAN SENI SHAH ALAM [18 GAMBAR]

Minggu lepas, lepas exam, nak balik rumah terus takut buka puasa dalam kereta. Jadinya, berbuka la kite dengan classmate. Tetiba rasa sadis lak dalam hati, last meal rasanya dengan dorang. Sebak habaq hang.

Dah book meja, rasa macam awal sangat nak duduk kat meja, shida pun jalan2 kat belakang Jakel tu. Niat nak beli shawl 1 ke 2..Nanti raya tak pening dah..Tapi tak ada yang berkenan. Tak cukup masa nak round.

Tengah round2 tu ternampak la 1 signboard tulis LAMAN SENI SHAH ALAM.  
Apa lagi shida terus ke situ, selama ni tengok kat Instagram, bukan main best tempat ni. Tak sangka rupanya, lorong belakang kedai yang selama ni orang ingat busuk, menakutkan, gelap dah bertukar jadi tempat luahan seni. 



Shida salute betul dengan orang yang cetuskan idea buat Laman Seni kat lorong2 kedai ni. Terasa selamat and bersih je nak berjalan kat belakang kedai tu. Atleast, boleh elak lorong tu jadi busuk, tempat pembiakan nyamuk ke, lalat ke..



















Sebenarnya banyak lagi artwork, shida simpan sikit la ye, nak bagi korang suprise masa pergi sendiri nanti.
Lagi best pergi ramai2 boleh buat macam2 aksi.

.Have A Fun.









Monday, 11 November 2013

ZAHRA PURPLE BY SURISARADOTCOM BUTIK





Tq surisaradotcom!
Enjoy this dress!
Flowy and made me feel elegant!


Thank you to my best friend for give me the idea of hijab style on that day.
#syamimishabudin


Thursday, 15 August 2013

Contact Lens FreshKon



Bulan Syawal kali ni lebih banyak jemputan kenduri kahwin daripada jemputan rumah terbuka dari kawan-kawan shida..Nampak dah perubahan fasa kehidupan, Insyaallah shida akan attend kenduri2 diorang..Haruslah excited!

Sebab kan tu, shida tak sabar nak melaram nak snap picture banyak2 atas pelamin diorang..huhu..korang pun ada perasaan macam shida jugak kan..So, shida pergi borong mata dekat Focus Point..Sebelum ni shida lebih suka clear lens, yang transparent tu..Tapi terasa nak buat perubahan sikit..Baru terasa special sikit tahun ni..


Nampak macam banyak je kan..tapi disebabkan power mata shida kiri kanan beza nya banyak, so kena la beli asing2...untuk mata kanan and mata kiri..Harga normal sekotak rm60, tapi sebab buy 2 free 1, shida beli 4 free 2..pusing2 kira jadi sekotak rm40..pakai sampai tahun depan..huhu..dapat lens solution free lagi..tapi botol yang kanan sekali tu la..ok la tu kan..

Oh ye..Eye lotion yang kotak kiri sekali tu shida beli kat Watson, rasanya rm24..Eye lotion ni bagus untuk orang yang suka pakai lens..kira die bersihkan mata kita..kite celupkan mata dalam air tu..kelip2kan mata dalam air tu..elok buat seminggu sekali..Sayangilah mata anda..

sumber:google

Shida pilih Shimmering Grey, Brilliant Brown dengan Groovy Green..Ikutkan hati nak beli Sky Blue dengan Rominic Violet...ouhh tunggu next year saje lah...jangan ikutkan hati...

abaikan eyeliner yg comot itu.

Picture atas ni shida pakai Shimmering Grey, kawan2 and adik lelaki shida cakap nampak macam kebiru2biruan sikit..terus jatuh hati dekat warna ni..rasa ni warna wajib beli nanti.. ^_^

Tuesday, 25 September 2012

JUS KURUS



How are you guys? Sihat? Tak sihat? Cepat makan ubat..jangan bagi melarat..sebab nanti takut bahaya lain yg datang..bukan apa zaman sekarang ni banyak sangat penyakit yang pelik..ya ALLAH jauhkan la semuanye tu..


Oh ye..korang nak tau tak last week shida dengan semangat nya konon nak minum shake buah-buahan..try blend buah tomato + green apple + susu lowfat dutchlady tu..bunyi cam like a boss je kan..huhu..

tengok tomato tu..bukan main lagi die kan..

ok semangat nye shida nak buat jus ni untuk breakfast kat office masa tu..so kena la bangun awal sikit..pukul 5.30 pg cam tu shida blend and buat khidmat masyarakat sikit kejutkan jiran-jiran solat subuh awal aritu..haha..*sooory ea pakcik makcik*

sampai je office..shida simpan dulu kat peti ais kasi sejuk sikit then baru ade feel..

10 minit kemudian................

seteguk - eh peliknya..

dua teguk - ala kasarnye serat die..(shida tak guna blend buah tu konon sayang nak buang serat kot2 kat situ yg banyak khasiat die..

tiga teguk - ok fine! rasa die peeeelikkkk..#$%^&@!...mungkin sebab shida campurkan dengan tomato kot..rasa tomato yg lebih...

dah takde empat lima teguk dah..sebab shida minum sambil tahan nafas sebab sayang la nak buang..sambil dalam hati sumpah esok tak buat dah...hahaha..

ni la pengalaman shida masa nak start berdiet sihat..memang fun sangat2 sebab kita akan try macam2 cara nak pelbagaikan makanan kita..yg penting sihat dan berkhasiat..


# camne la orang korea siap leh produce tomato juice dalam botol lagi, jeles nye...lidah dorang lain sangat ngan shida ni ke? camne nak kulit cantik ni...aish aish.. #

Monday, 24 September 2012

JOM CANTIK DAN SIHAT DENGAN BERSENAM




Excited nak announce ni..lepas shida masuk gym selama 3 minggu and start jaga makan 2 minggu ni...hasilnya..berat shida dah turun 3kg...happy sangat..
ade orang perasan perubahan ni..cakap tang muka nampak kecil sikit...tapi shida tak nampak sangat la..tak pela..sabar itu tangga kejayaan..Even baru turun 3 kg shida nak share macam mane shida buat ea..ni untuk menambahkan semngat korang2 yang berdiet tu...jom kita jadi lebih sihat..

Tak makan nasi ke? 

Tak lah...shida still makan nasi just portion die shida kurangkan and lebih kan sayur...shida buat portion 3.2.1...

1. Nasi
2. lauk
3. Sayur

Shida try banyakkan minum air masak..kurangkan air manis..kecuali kalau makan kat kedai makan..ala iman ni tak berapa nak kuat la..haha..

Camne ngan breakfast eh?

Shida minum lowfat milk yang dutchlady tu..green apple..tu aje..tapi kadang-kadang derhaka dengan diet ni..shida makan roti..takpun bihun ke ketiau ke...haha..tapi in small size serving la..nak rasa je.. ^_^

Ade amik supplement ape2 tak..?

Buat masa ni shida tak de ambil ape2 supplement..akan datang tak tahu lagi...shida banyakkan makan buah2an...setiap hari at least 2 biji apple..kalau nak tau shida paling suka buah betik, tembikai..kalau hari2 makan pun no hal la..hihi..mungkin pakar kesihatan yang bertauliah atau tak akan cakap tak cukup...tapi as for starter shida try portion ni dulu..

Ade pergi slimming center tak?

Tak de la..shida ade join 1 gym dekat area sentul..dekat situ siap ada sauna sekali...orang cakap sauna elok untuk singkirkan toksin dalam badan..buat masa ni shida sauna 2kali seminggu..memang best sangat...tak pernah berpeluh-peluh sampai basah satu badan..suhu die 41c..mula-mula rasa pening sebab tak biasa..tapi dah masuk 2 minggu rasa sedap je badan..

Camne ade semangat eh?

Alhamdulillah sebab ade 1 member shida ni semangat nak tukar lifestyle yang lebih sihat...nama die mimi..die memng berdisiplin sejak die diet..memang teruja bila ngan die..dulu shida pernah gak nak diet...tapi selalu halfway..bila ade kawan ni rasa lebih semangat..sebab shida akan mengadu kat die bile semngat ni berkurang...same goes to her..so saling bagi semngat..

Ada cheat day tak?
Tak ade sebab shida tak diet ketat..so tiap2 hari ade je benda yg patutnya tak leh makan..shida makan..haha..jangan terpengaruh la eh..

Ok la korang nanti bila ada perubahan lagi shida citer lagi eh...doakan misi diet kali ni berjaya..aminnn... ^_^


#bila turun 6kg shida nak rebonding rambut la..huhu..baru bersemangat sikit...korang start minggu ni shida ade 3 kenduri kawen..ohoi..jangan semua ada ayam masak merah dah..masakan itu bisa mengugurkan air liur shida..haha..#



Thursday, 6 September 2012

Jatuh Cinta Dengan Tudung 3 Layer


Raya tahun ni..shida try pakai tudung 3 layer...oh..cam tak percaya lak..rasa cam sesuai dengan muka..sebelum ni shida berat hati nak try pakai tudung yang express tu...rasa bulat sangat muka ni..haha..yelaa muka ni bulat chubby comel ni kena la cari tudung yg bersesuaian..hahaha..kang tak hot..tak datin la shida nanti.. (oh ye..nape makin ramai panggil aku datin ni? adakah ade jodoh dengan mane2 dato...huhu)


gaya model muslimah tak?

di malam hari

raya pertama (2 layer)


Ok..korang yang mane rasa tak confident nak pakai tudung sarung ni....seriously...try dulu..lagi2 trend yg layer ni shida rasa kena sikit dengan jiwa shida ni..letak brooch dekat dada tu untuk beratkan tudung tu tak la terangkat masa ditiup angin sepoi2 bahasa + tambah glamour lagi..



#baru teringat..tak ada pic dengan en bf..penat je cari baju nak sedondon dengan die sampai 3 ari ulang alik jalan tar..T_T tapi belum snap pic dengan die puas2 lagi...(luahan jeles lepas tengok pic raya kawan2 dekat fb#












Tuesday, 4 September 2012

Projek Cantik + Sihat 1




Pengumuman..pengumuman...

Dengan ini, 

Saya  nak tukar lifestyle saya dengan lebih sihat lagi..

Ala ni pun nak citer..

Oh ye..sebab ape shida nak announce kat korang...

Sebab lepas baca dari website iluvislam.com 
pasal kesihatan and banyak dari team kevin zahri..

tak kenal? ala pi je google..shida kenal pun sebab start rasa nak jaga kesihatan..

Jom korang...sambil fit kan badan..leh jadi cantik menawan terus...
Tips yang pertama ialah..bagitau dengan kawan-kawan rapat pasal projek nak sihat + cantik korang...so nanti ada la motivasi2 untuk korang..bile korang cam kurang semangat atau derhaka dengan plan projek korang tu..kata-kata perlian dari dorang leh jadi motivasi kat korang..so akan kembali ke jalan yg lurus..aiceceh...

#Let's change our lifestyle because first wealth is health#

Tuesday, 24 July 2012

TERINGIN NAK PAKAI CONTACT LENS WARNA

  
Ketinggalan zaman ke kalau buat post camni? huhu..bio la..sebenarnya shida selalu pakai yg fresh look je..ala yg transparent tu..tapi lately macam2 jenis lens yg macam2 colour macam2 design membuatkan hati ni membuak-buak nak try..tapi x tau colour ape yg sesuai..rasa cam chomel je sebab ala-ala korean girl..haha..bia la nak perasan sikit..bukan selalu kan2..so ingat raya ni nak pakai contact lens colour..ouhh meriah! haha..ape ni? puasa x sampai seminggu dah fikir nak raya..ish..ish..

Takpe planning first..$_$..dah terbayang ringgit yg akan terbang..dalam hati ni niatnye nak tukar frame cermin mata..tapi..rasa sayang lak sebab lum bengkok lum patah..ish macam mintak patah lak..eh tak la...saje nak tukar imej sebabnye frame ni dah almost 6 year..rasa boring lak bile tengok picture2..

Korang prefer contact lense colour ape ye? nak tau power lens shida kuat gak..so sebab tula mahal sikit..tak boleh la beli kat uptown ke downtown ke..sebab tu dengan bahagianya kena gi beli kat kedai dalam shopping mall tu..

Oh pening daku nak pilih colour..

Friday, 30 March 2012

8 TIPS JIMAT BELI MAKEUP DAN KEPERLUAN DIRI

Assalamualaikum readers and bloggers!
Nah bonus utk korang..tips shopping barang keperluan diri dan kecantikan..sekarang ni kos utk beli produk kecantikan n penjagaan diri lelaki dan perempuan sama mahalnye kan..kadang-kadang ter over bajet lak bile semuanye abis sekali gus..


Jom kite cek kalau boleh kite cut cost mane yg patut..


1. Free Sample 

Ambil sample kat kaunter-kaunter kecantikan cam yg ade kat Parkson or Jusco tu..lagi untung sample tu sebenarnye memang produk korang..

2. Kupon dan Kad Diskaun

Simpan kupon-kupon @ kad diskaun yg korang dapat dalam wallet @ handbag..so bile korang nak bayar leh la guna..tak la rugi kalau tersimpan je kat umah..lg best kalau korang rajin tengok web produk korang tu..sebab kadang-kadang dorang bg terhad bagi sape yg apply..

3. Promotion and Sales time!  

Masa tgh online fB ke twitter ke ce tengok web produk korang tu bile dorang buat sales..so catat dalam diary..then korang leh bajet duit utk beli masa sales..untung tau..contohnye Watson selalu buat sales..paling kurang pun 10%..

4. Alahan pada produk

Oh yea..masa beli ape jua jenis produk..pastikan ambil dulu trial pek dia..kalau sesuai dan tak timbulkan gatal-gatal ke..ruam ke..baru beli pek yg besar..kalau beli yg besar terus konon lagi jimat tetiba tak sesuai..kan rugi tu..

5. Ubat-ubatan dan farmasi

Selalunya farmasi bagi harga murah and selalu buat promosi..sape yg ambil extra vitamin lagi best kalau pergi beli kat farmasi..lagi selamat dan jimat..

6. Plan masa shopping

Kalau beli magazine cuba check kot-kot ada pasal pelancaran produk baru ke..leh la korang gi utk dapatkan gift dia..untung-untung kalau perfume punya launch ke..mesti dia buat offer yg giler-giler punya..

7. Shopping tetap Shopping
 
Perasaan tak Elianto selalu buat jualan gudang..ade banyak lagi produk yg selalu buat jualan gudang...ajak kawan-kawan gi beli..mesti masa korang bershopping tu lebih enjoy..Tak kesah la mana tempat yg korang shopping sebab shoping tetap shopping..hehe

8. Shopping bersama-sama

Jom menyelam sambil minum air..dengan ajak kawan-kawan or adik-adik korang masa gi shopping..untung-untung ade offer yg buy 1 free 1..so korang leh set ngan kawan-kawan korang..bestnye!



Selamat Bershopping korang...  ^_^