Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Wednesday, 3 September 2014

PORING HOTSPRING, JAMBATAN GANTUNG, CANOPY WALK

Tak sangka, masa shida pergi ke Poring Hotspring dalam pukul 3 petang cam tu, ramai je orang rendam kaki kat kolam air panas. Ingatkan diorang macam shida juga, tak sanggup nak celup kaki dalam tengah waktu panas tu. 

Suasana yang aman damai tambah lagi udara pun rasa lebih segar, shida tekad nak naik jambatan gantung dalam tu. Memang kuatkan semangat habis-habisan. Selalu pesan kat diri sendiri, kena try sekarang nanti ntah bila nak ke sana lagi. 

 Maka, start la episod memanjat kitorang. Jangan paksa diri, naik perlahan-lahan, snap picture, minum air, layan bunyi serangga.
Siap ada pelawat lain bagi semangat kat kitorang. Almaklum la jarang bersukan. dush dush* T_T


Dah nampak pondok ni, terus hilang rasa letih naik tangga, rasa excited je.
Gayat juga la naik jambatan ni, dengan bergoyang-goyangnye dengan pokok-pokok kat bawah tu. 
Tapi on the same time excited! 
Sungguh pengalaman itu paling mahal sekali. Oh ye, dalam Kolam Air Panas Poring ni ada Taman Rama-rama juga, tapi masa shida pergi, tutup pula, under construction.
Bagi korang yang ada anak-anak kecil, memang best bawak dorang mandi sini, banyak kemudahan yang disediakan. Banyak aktiviti juga kalau datang secara berkumpulan.

Lagi best, kolam kanak-kanak ada 3.. puh, puas la dorang berendam.


Oh ye, shida GPS je tempat ni, mudah aje. Guna aplikasi WAZE.
Nak tahu lagi mana shida pergi di Sabah?
Boleh klik button TRAVEL kat header blog.

 Happy holiday!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
 Plan & Try! 


Sunday, 13 July 2014

LAMAN SENI SHAH ALAM [18 GAMBAR]

Minggu lepas, lepas exam, nak balik rumah terus takut buka puasa dalam kereta. Jadinya, berbuka la kite dengan classmate. Tetiba rasa sadis lak dalam hati, last meal rasanya dengan dorang. Sebak habaq hang.

Dah book meja, rasa macam awal sangat nak duduk kat meja, shida pun jalan2 kat belakang Jakel tu. Niat nak beli shawl 1 ke 2..Nanti raya tak pening dah..Tapi tak ada yang berkenan. Tak cukup masa nak round.

Tengah round2 tu ternampak la 1 signboard tulis LAMAN SENI SHAH ALAM.  
Apa lagi shida terus ke situ, selama ni tengok kat Instagram, bukan main best tempat ni. Tak sangka rupanya, lorong belakang kedai yang selama ni orang ingat busuk, menakutkan, gelap dah bertukar jadi tempat luahan seni. 



Shida salute betul dengan orang yang cetuskan idea buat Laman Seni kat lorong2 kedai ni. Terasa selamat and bersih je nak berjalan kat belakang kedai tu. Atleast, boleh elak lorong tu jadi busuk, tempat pembiakan nyamuk ke, lalat ke..



















Sebenarnya banyak lagi artwork, shida simpan sikit la ye, nak bagi korang suprise masa pergi sendiri nanti.
Lagi best pergi ramai2 boleh buat macam2 aksi.

.Have A Fun.









Monday, 26 May 2014

X MEN DAYS OF FUTURE PAST REVIEW

Disebabkan shida terperangkap dalam hujan. Tak fikir banyak, terus beli tiket X Men ni. Ikut nasib je. Memang tak banyak seat yang tinggal. Eh memang tak nak la. Terdongak kepala ni, nanti shida pula yang bertukar jadi Wolverine. Nasib baik tadi shida sorang je. Dapat la seat atas.



Memang filem yang originally dari komik ni, sentiasa 5 star, scene lawak banyak juga, memang enjoy and tak mengecewakan and lagi satu yang penting tak ada aksi 18sx. 
Just mata tak sedap pandang Mystique si biru tula.


Dalam banyak-banyak character, shida paling suka BLINK. Cool sangat. Boleh teleport ke mana-mana. Syoknya. Kalau dalam real life, shida boleh elak jem.


Shida perasan dalam XMen ni, ada yang kuasa dia macam dalam anime Bleach, macam Bishop ni. Memang cool habis gayanya.

Seriously, TAK rugi la tengok movie ni, tapi tengok kat cinema tau. Sound effect dia memang terbaik.

Lepas habis tengok movie XMen ni, shida terfikir, kalau la kita boleh patah balik ke masa lepas, apa yang shida nak ubah. Sememangnya sangat banyak. 


Yang paling utama, shida nak mula dari awal mengejar impian. Shida menyesal tak mula dari awal masuk dunia meniaga, sedangkan memang shida minat. Shida biarkan sikap nanti dulu dalam diri shida. Untuk korang yang dah tahu apa impian korang, start la dari sekarang. Sebab bila kita start, kita akan tahu cabaran sebenar dan tahap ketahanan mental kita di mana.

Jangan tunggu lagi. Masa yang lepas tak mungkin akan kembali. 
START NOW!

Friday, 28 December 2012

JAHITAN MANIK BUNGA SEMPERIT


Shida memang suka amik cuti panjang hujung tahun..macam cuti sekolah lak..macam tahun ni shida cuti 2minggu...silalah jeles dengan shida..hihi..


Cuti-cuti ni shida apelagi ambil kesempatan jahit manik la..hobi shida ni.. :)


Jahitan manik ni memang simple sangat and bagaikan langit dan bumi kalau nak bandingkan dengan
penjahit-penjahit manik kat luar sana..tapi bila kita jahit sendiri kepuasan tu lebih..

#sekarang ni banyak buku and blog pasal jahit manik, belajar dari situ pun boleh asalkan ada minat#

Thursday, 26 July 2012

HOBI MENJAHIT MANIK

    

Semalam dengan excitednye, shida ngan officemate drive gi kedai Karysma kat Bangi beli manik..memang rambang mata la nak pilih sebab kat kedai tu ada banyak pilihan..Nasib baik shida bawa perca kain baju raya, so tak la penin sangat..Meriah sangat sebab ramai customernya..shida sempat lagi minta ilmu dengan sorang akak ni..memang talkative orangnye, sebab tu shida berani tanya..malu juga..tapi nak try design baru, beranikan juga..Happynye!


Taraa..tengok shida borong manik..haha..bile susun camni rasa cam comel je dorang ni..tak sabar nak jahit..tunggu baju siap, siap la korang..haha..manik ni untuk 2 pasang baju, tapi biasanya mesti ada lebih, so boleh simpan untuk baju akan datang..kan untung tu..

Manik ada banyak shape and diameter die pun berbeza...so depend pada design la..kali ni shida beli yg pearl ngan shape bunga siap tu...sebab tak penah lagi try...

layan lagu cari mood jahit manik... ^_^

Oh ye ada orang tanya mahal tak kos jahit manik untuk 1baju...soalan ni susah nak jawab sebab depend pada design..Kalau design ala-ala diva meme la mahal sikit...diva kan..
tapi kalau design nye ala-ala manis manja gitu, murah la..

Lagi satu, shida minat manik ni start dari mak pastu adik perempuan...jadi meriah la ada geng...ala jahit untuk diri sendiri, rasa puas sangat..hasil kerja tangan sendiri..yang mane nak try tu, try je...jangan takut...cikgu google 24hour..hehe...

#Kedai Karysma tu dekat Bangi..Econsave belah kanan korang, susur jalan kiri, belok kiri dekat traffic light..kedai tu area2 situ la..round2 sikit (tak ingat lorongnye,tapi tau tempatnye) untuk korang yg duk kat area Putrajaya, Kajang, Bangi yg tak tau nak beli kat mane..tak de la jauh2 nak menapak gi Jalan Tar#