Wednesday, 3 September 2014

PORING HOTSPRING, JAMBATAN GANTUNG, CANOPY WALK

Tak sangka, masa shida pergi ke Poring Hotspring dalam pukul 3 petang cam tu, ramai je orang rendam kaki kat kolam air panas. Ingatkan diorang macam shida juga, tak sanggup nak celup kaki dalam tengah waktu panas tu. 

Suasana yang aman damai tambah lagi udara pun rasa lebih segar, shida tekad nak naik jambatan gantung dalam tu. Memang kuatkan semangat habis-habisan. Selalu pesan kat diri sendiri, kena try sekarang nanti ntah bila nak ke sana lagi. 

 Maka, start la episod memanjat kitorang. Jangan paksa diri, naik perlahan-lahan, snap picture, minum air, layan bunyi serangga.
Siap ada pelawat lain bagi semangat kat kitorang. Almaklum la jarang bersukan. dush dush* T_T


Dah nampak pondok ni, terus hilang rasa letih naik tangga, rasa excited je.
Gayat juga la naik jambatan ni, dengan bergoyang-goyangnye dengan pokok-pokok kat bawah tu. 
Tapi on the same time excited! 
Sungguh pengalaman itu paling mahal sekali. Oh ye, dalam Kolam Air Panas Poring ni ada Taman Rama-rama juga, tapi masa shida pergi, tutup pula, under construction.
Bagi korang yang ada anak-anak kecil, memang best bawak dorang mandi sini, banyak kemudahan yang disediakan. Banyak aktiviti juga kalau datang secara berkumpulan.

Lagi best, kolam kanak-kanak ada 3.. puh, puas la dorang berendam.


Oh ye, shida GPS je tempat ni, mudah aje. Guna aplikasi WAZE.
Nak tahu lagi mana shida pergi di Sabah?
Boleh klik button TRAVEL kat header blog.

 Happy holiday!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
 Plan & Try! 


No comments: