Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts
Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts

Wednesday, 3 September 2014

PORING HOTSPRING, JAMBATAN GANTUNG, CANOPY WALK

Tak sangka, masa shida pergi ke Poring Hotspring dalam pukul 3 petang cam tu, ramai je orang rendam kaki kat kolam air panas. Ingatkan diorang macam shida juga, tak sanggup nak celup kaki dalam tengah waktu panas tu. 

Suasana yang aman damai tambah lagi udara pun rasa lebih segar, shida tekad nak naik jambatan gantung dalam tu. Memang kuatkan semangat habis-habisan. Selalu pesan kat diri sendiri, kena try sekarang nanti ntah bila nak ke sana lagi. 

 Maka, start la episod memanjat kitorang. Jangan paksa diri, naik perlahan-lahan, snap picture, minum air, layan bunyi serangga.
Siap ada pelawat lain bagi semangat kat kitorang. Almaklum la jarang bersukan. dush dush* T_T


Dah nampak pondok ni, terus hilang rasa letih naik tangga, rasa excited je.
Gayat juga la naik jambatan ni, dengan bergoyang-goyangnye dengan pokok-pokok kat bawah tu. 
Tapi on the same time excited! 
Sungguh pengalaman itu paling mahal sekali. Oh ye, dalam Kolam Air Panas Poring ni ada Taman Rama-rama juga, tapi masa shida pergi, tutup pula, under construction.
Bagi korang yang ada anak-anak kecil, memang best bawak dorang mandi sini, banyak kemudahan yang disediakan. Banyak aktiviti juga kalau datang secara berkumpulan.

Lagi best, kolam kanak-kanak ada 3.. puh, puas la dorang berendam.


Oh ye, shida GPS je tempat ni, mudah aje. Guna aplikasi WAZE.
Nak tahu lagi mana shida pergi di Sabah?
Boleh klik button TRAVEL kat header blog.

 Happy holiday!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
 Plan & Try! 


Thursday, 28 August 2014

KINABALU PARK SABAH, KAKI GUNUNG KINABALU

Sebab utama shida ke Sabah, selain makan, shida nak release tension. Nak lupakan sesak-sesak kat Kuala Lumpur. Jadinya, shida masukkan Kinabalu Park ni dalam itinerary must visit shida.

Tenang, aman, damai, nyaman and rasa bahagia je kat sana. Sampaikan, kitorang naik ke sana tutup aircond kereta. Sejuk! 

Kalau korang ada stamina, boleh la daki sampai ke Puncak Gunung Kinabalu. Tapi, shida takat kaki gunung aje..tak daya rasanya..Ada ternampak orang yang ambil upah bawa beg dengan tong gas. Memang real, tapi sayangnya, tak teringat langsung nak snap pic leka bersembang. T_T


Lepas tu, pergi ke pelantar melayan perasaan dengan angin yang tersangat sejuk. Subhanallah, cantik betul pemandangan. Dengan kabusnya.


Ok, selamat bercuti korang.



Luv luv,
ShahidaHassan

Happy holiday!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
 Plan & Try!

Monday, 25 August 2014

RUMAH TERBALIK SABAH

 Mood bercuti?
Shida sentiasa!
Rindunya pada Sabah! 

Bila teringat masa bercuti di Sabah, shida still rasa amazing dengan kreativiti founder Rumah Terbalik Sabah termasuk juga kegigihan orang nak siapkan rumah tu.



Rumah terbalik Sabah terletak betul-betul sebelah Restaurant Mango yang shida sampai hari ini terliur dengan sagu mangga dia. boleh baca di entri ni, Sagu Mangga Sabah


Tahukah anda?

Berat barang-barang dalam rumah terbalik jadi DUA KALI GANDA dengan berat sebenar sebab lawan graviti.



Oh ye, bagus juga pihak tourism Sabah tak bagi ambil gambar dalam rumah tu sebab nak simpan sebagai misteri untuk para pelancong yang lain. So, shida ambil gambar kat persekitaran aje. Nanti korang experience sendiri ya.

 
Ada yang tanya shida kat fb, susah tak nak berjalan kat Sabah. Bagi shida sangat mudah dengan kemudahan GPS sekarang ni. 
Shida guna application Waze je. 
Just sewa kereta, then jalan je ke mana kita nak. Masa pun lebih flexible compare kita ambil dengan travel agent. 


- Luv luv-
shidahassan
 

  Happy holiday!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
 Plan & Try!

Tuesday, 22 April 2014

SAGU MANGGA SABAH

Ya allah tak sangka ramai bertanya2 lepas shida post entry ni


Pm and whatsapp shida pasal Sabah and minta citer lagi kedai2 makan and so on..Dengan rendah hati shida, tq sangat2 sudi singah blog shida ni..


ok kali ni shida share pasal kedai makan yg paling best and berbaloi bagi shida sepanjang shida kat Sabah..


Restaurant Mango
JALAN JALAN CARI MAKAN pernah shoot kat sini..
Makanan die sedap and superb sedap


Atas ni kira makanan wajib rasa kalau ke Sabah,
Sorry shida tak ingat nama tapi ada gambar dalam buku menu nanti..


Sagu mangga dia sangat2 terbaik, elok lak masa shida pergi tu cuaca panas. Try imagine, panas2 letih2 drive sejam, dapat Sagu Mangga yang sejuk ni..manis tak manis sangat..ada nata de coco lagi..hee..sorry buat korang teringin..








Selamat menjamu selera semua.
Datang dengan perut kosong tau..
Boleh rasa semuanya..
Lagi untung datang group yg ramai boleh rasa sorang sikit..
^_^


Kalau nak tanya direct kat shida pun boleh
013- 2529186

Happy holiday!

Tuesday, 25 March 2014

SABAH LOK KAWI WILDLIFE

Tak tahu la..kalau holiday mesti nak pergi zoo,
Even dah tau dah haiwan tu camne..
Tapi percayalah, exciting dia lain tau..


Alhamdulillah cuaca pun elok cerah je sepanjang holiday shida..


Sebab kan shida nak save energy, shida naik train..tambah rm2..


Masa shida datang ni, gajah bunyi tak henti2..meriah lak rasa..


Adik beradik yang makan daging macam pak belang semua tidur..yang aktif beruang and monyet2 la...lagi2 monyet hidung besar tu..


Mula2 ingatkan tak de orang, sebab shida pergi hari jumaat..rupanya ramai pelancong kat Sabah ni..seronok la..hehe..


Nak kata zoo untuk budak2 je tak juga, tengok tu, visitor2 ni tak bawa budak kecik pun..
tula shida cakap, bila holiday,  pergi zoo feel die lain..nanti korang try la..hee

Ok, happy holiday uolss..

SABAH TEA GARDEN

Sebenarnya,  Sabah Tea Garden ni tak termasuk dalam planning pun, tak tahu pun Sabah ada keluarkan teh sendiri.
Masa sepanjang perjalanan ke Fish Spa tu, nampak ade signboard ke Tea Garden.
So kitorang decide nak pergi pagi esoknya..


Suasana yang aman and ada sedikit macam kat Cameron, just cuaca tak sesejuk Cameron..


Shida recommend kat korang ke sini untuk rasa teh sabah or lunch kat sini..baru berbaloi..

SABAH KUNDASANG PINE RESORT

Orang kata kalau ke Kundasang tak sah kalau tak singgah Pine Resort untuk bergambar. So sebelum shida ke Sabah Tea Garden, singgah posing kat situ jap..


Cuaca pun elok je, panas terik rapi tak berpeluh pun.
Kundasang sejuk..best!


Header page shida tu, kat pine resort la..macam kat Rio de Janeiro kan..tak pun macam kat Korea masa Runningman episod Choi Ji Woon datang tu..


Korang masuk je dalam resort, dia open to public..
ambil gambar je pon..heee.. 

Sunday, 23 March 2014

SNORKELING DI PULAU MAMUTIK, PULAU MANUKAN, PULAU SAPI

Subhanallah,  Maha Suci Allah
Cantik betul pemandangan di setiap pulau
Terpegun shida..



Pagi tu shida naik bot kat Jesselton Point lepas arrange bayaran untuk bot 3 pulau and dengan sewa jacket keselamatan


Kalau nak ke sini, shida sarankan beli makanan siap2 and jangan lupa bawa air mineral ye.


Sewa siap2 safety jacket dari jeti, jimat sijit dari kita nak sewa di setiap pulau.


Snorkeling kat sini memang best2, lagi kat pulau mamutik..coral dengan ikan die gemuk2 and cantik2..

Happy holiday korang!