Wednesday 30 July 2014

TRAVELOG SHAHIDA HASSAN

MALAYSIA

SABAH

PULAU PERHENTIAN

KUALA LUMPUR - BESUT 

SNORKELING TIME 


CHERATING


MUZIUM SG. LEMBING, KUANTAN CRUISE, JETI SHAHBANDAR, PUSAT KONSERVASI PENYU


KUALA SELANGOR

CENDOL BAKAR DRIVE THRU 

MELAKA

PADANG PASIR MELAKA, PANTAI KLEBANG 

 SINGAPORE



KOREA


BUSAN

JEJU ISLAND
 

SEOUL

THAILAND

      DAY 2













Sebarang pertanyaan feel free email je kat shida, shahidahassan88@gmail.com 
@ fast reply di whatsapp 0132529186.  
Saje share pengalaman. 

CELEBRATION CROWN DIAMOND MANAGER EFFAREEZA


My first time editing video di GLAM. Video ini special untuk CDM Effareeza, founder Fabulous Team.





Sunday 13 July 2014

LAMAN SENI SHAH ALAM [18 GAMBAR]

Minggu lepas, lepas exam, nak balik rumah terus takut buka puasa dalam kereta. Jadinya, berbuka la kite dengan classmate. Tetiba rasa sadis lak dalam hati, last meal rasanya dengan dorang. Sebak habaq hang.

Dah book meja, rasa macam awal sangat nak duduk kat meja, shida pun jalan2 kat belakang Jakel tu. Niat nak beli shawl 1 ke 2..Nanti raya tak pening dah..Tapi tak ada yang berkenan. Tak cukup masa nak round.

Tengah round2 tu ternampak la 1 signboard tulis LAMAN SENI SHAH ALAM.  
Apa lagi shida terus ke situ, selama ni tengok kat Instagram, bukan main best tempat ni. Tak sangka rupanya, lorong belakang kedai yang selama ni orang ingat busuk, menakutkan, gelap dah bertukar jadi tempat luahan seni. 



Shida salute betul dengan orang yang cetuskan idea buat Laman Seni kat lorong2 kedai ni. Terasa selamat and bersih je nak berjalan kat belakang kedai tu. Atleast, boleh elak lorong tu jadi busuk, tempat pembiakan nyamuk ke, lalat ke..



















Sebenarnya banyak lagi artwork, shida simpan sikit la ye, nak bagi korang suprise masa pergi sendiri nanti.
Lagi best pergi ramai2 boleh buat macam2 aksi.

.Have A Fun.









Wednesday 9 July 2014

KISAH GADIS SOLAT DI AWAL WAKTU

Tazkirah ☀☁
"Ouch!"

Kakiku terpijak kaca.

Perlahan-lahan cuba buang serpihan kaca di tapak kaki.
Kecil saja. Tapi berdarah juga.

Aku terhincut-hincut ke ruang tamu.
 
"Kau okay ke?" Kawan tanya. Ambil berat betul.

"Entah. Kaca tu tak belajar sekolah agama kot. Duk tengah-tengah jalan sampai dipijak aku yang sangat hensem ini."

Aku menjawab malas sambil mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Aku teringat satu kisah benar yang diceritakan padaku oleh pelajar USIM. Dia ceritakan mengenai kawannya yang satu universiti dengannya.

Kau nak dengar?"

Aku mengangguk sambil membulatkan mata macam Heliza Helmi.

"Suatu hari, pelajar perempuan ni memandu keretanya merentasi lebuhraya. Siang hari.

Entah macam mana, tengah-tengah drive tu tiba-tiba berlaku sesuatu. Hilang kawalan.

Kemalangan. Keretanya berpusing-pusing terbalik atas jalan. Remuk hancur keretanya.

Kenderaan-kenderaan lain memberhentikan kereta. Dari luaran, memang dah tak ada harapan dengan keadaan kereta yang sebegitu dahsyat. Sangka orang ramai yang lalu-lalang di situ, pemandu pasti dah meninggal dunia tersepit.

Tiba-tiba, kelihatan seorang gadis keluar dari kereta. Terhuyung-hayang. Masya-Allah, tiada sebarang kecederaan langsung!

Kereta barai, tuan tidak apa-apa. Lantas kawannya yang lalu di tempat kejadian memberhentikan kereta dan menolong beliau."

Kawanku mengusap-usap janggut helai jagungnya berkali-kali sambil menyambung,

"Dalam perjalanan, kawannya bertanya si gadis sebenarnya apa yang terjadi. Si gadis tu pun blur. Ingat-ingat lupa. Semua berlaku sekelip mata. Si gadis adalah seorang hafizah yang hafal 30 juz al-Quran.

Pada pagi kejadian, dia kata dia terlewat bangun untuk solat Subuh. Tapi, dia qadha (ganti) solat tu walaupun terbangun agak lewat.

Mungkin kerana terlewat itulah, Allah uji dengan kejadian sebegini. Menurutnya, ini bukan kali pertama berlaku kejadian-kejadian sedemikian. Bila dia buat sedikit kesilapan, Allah terus berikan musibah dan ujian sebagai kaffarah dosa.

Bila Allah sayang seseorang hamba-Nya, Dia akan jaga orang itu, Dia akan duga, Dia akan cuba sisihkan dosa-dosa hamba-Nya itu sehinggalah hamba itu bersih dari dosa. Sebab apa?

Sebab Allah nak masukkan dia dalam Syurga juga macam mana pun." 😊       

Aku bersila berlaga lutut dengan lutut kawanku. Tatap muka kawanku penuh perhatian dengar cerita.

"Pengajaran dari cerita ini. Kau terpijak kaca, pasti sebab Allah suruh kau ingat kembali pada Dia.

Pasti ada saat kau terlupakan Dia.

Sekarang, setelah dengar cerita aku, kau mulai ingat tak pada-Nya?"

Aku tunduk tengok kain pelekat kawanku.

"Aku solat Asar pukul 6.59 petang tadi. Aku sengaja lewatkan sebab aku nak tengok facebook aku. Aku suka tengok orang likes."

Kawanku menepuk-nepuk bahuku.

"Jangan ulang lagi. Jangan sampai Allah enggan beri hidayah lagi. Bila Allah tak nak peduli kau lagi, hati yang gelap tu takkan mampu bercahaya lagi. Itulah ibu segala bala. Bila di dunia Allah tak simpati, di akhirat Allah pandang muka kau pun tak sudi. Apatah lagi Syurga nak Dia beri." ..

Aku tunduk mengalah.

Malu semalu. Malunya ..

DIAMOND NIGHT 2014


Malam anugerah yang gilang-gemilang meraikan penerima Anugerah Tabung Kereta dan pencapaian pangkat Diamond. 


Alhamdulillah,  ramai business woman yang berjaya.
Ini membuktikan yang rajin dan terus berusaha akan berjaya. 


Enam bulan shida dalam business ini, 360° life shida bertukar. Alhamdulillah syukur. Semakin baik.


Tahniah DDM Liyana atas kejayaan.  


Bersama mereka mendaki puncak kejayaan. Bila kita ramai, semangat menjadi lebih kuat dan ilmu dikongsi bersama.


Jangan tak percaya ada antara mereka suri rumah dan anak 2, 3 dan 4. And more to come. ^_^


Malam ini meraikan,  satu hari nanti diraikan. 
Sebab itu, shida suka and enjoy dengan business ini.
Tak stress sebab semangat teamwork dalam Fabulous Team and GLAMpreneurs sangat kuat.



We earn, we enjoy, we love.

♥♥♥♥


Friday 4 July 2014

RAIKAN KEJAYAAN CDM EFFAREEZA FOUNDER FABULOUS TEAM



Excited betul malam tu, mentor terdekat shida, Kak Effareeza dah capai pangkat paling tertinggi dalam business ni. 


Sebab utama shida memilih business ni, sebab ada mentor yang tak akan lepaskan tangan kita selagi belum berjaya. Macam kak Effa juga, mentor nya kak Hanis Haizi. Nah, buktinya, kak Effa dah pun sampai ke tahap ini.


Bila shida tengok kak Hanis dan kak Effa, shida terasa macam tengok cermin. Satu hari nanti,  pasti kejayaan digenggam. Bersyukur sangat dapat bertemu insan berdua ini.


Sesi potong kek!


 Geram dengan macaroons tu..


Sesi bergambar reramai dengan founder GLAMpreneur


Kak Hanis Haizi hadiahkan beg Prada! 
Biru pulak tuuu..
Suka sangat!


Seronok buat business macam ni, rasa dihargai dan disayangi. Duduk dalam kalangan orang positif, sentiasa buat shida bersemangat nak upgrade life bukan untuk diri sendiri je, tapi untuk family dan kawan2 yang lain.

InsyaAllah.


Wednesday 2 July 2014

TESTIMONI MINERAL COFFEE

Siapa belum try Mineral Coffee ni? 

Best tau. Shida yang tak boleh minum kopi sebelum ni sebab takut pening kepala pun boleh minum. Tak pening kepala pun. Lagi bertambah cergas tau.

Ok, shida nak share testimoni dari mereka yang dah mencuba. 

Testimoni : Rasa kenyang & bertenaga


Testimoni : Segar sepanjang di office (customer ni shift kerja ikut masa USA, kiranya, kerja malam dari 9 malam ke 7 pagi)


Testimoni : Kekal bertenaga sepanjang hari


Testimoni : Turun berat badan 


Testimoni : Segar & bertenaga sepanjang berpuasa


Testimoni : Mudah buang air besar



Alhamdulillah, ramai yang dah bertukar ke kopi ini.
Minum untuk sihat dan cergas. 

Jom kita ber MINERAL COFFEE

Tuesday 1 July 2014

HAYATILAH TERJEMAHAN DOA SELEPAS TERAWIH YANG SANGAT SYAHDU


Perkongsian dari seorang sahabat;
Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu.
Selepas solat Witir, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.


Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;

MUNAJAT RAMADHAN…
Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya Alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kepadaMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat padaMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yang megalir dalam diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh membawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pada setiap keringat yang mngalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami...kau gantikanlah dengan keampunan yg membawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm orang2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya Azizz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada di kalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yg halal lagi dberkati. dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat denganMu..sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang….
Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Janganlah kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yg akan datang…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh degan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi…kurniakanlah kepada kami syurgaMu yg maha luas nikmatnya…


Wallahua'alam.
Perkongsian dari sahabat dalam group Whatsapp.
Semoga ibadah kita diterimaNya di bulan 1000 bulan ini. Ramadhan Almubarak.