Friday 30 August 2013

ROADSHOW CLEAR DI ALAMANDA



Biasa la kan bila rehat tengahari jumaat, wanita-wanita kat office area putrajaya ni berusaha nak menjana ekonomi Malaysia..termasuk la shida sendiri..Misi hari ni nak cari heels ngan blusher..
Tengok tu, hebat kan wanita ni, masa rehat pun boleh shopping..
Korang pun kan-kan...
Teringin lak nak makan bento kat sushi king..selalunya makan sushi je..so kali ni nak try bento..

Mix bento + Yakult mix red guava

Jalan je ke sushi king, pop..ade la iglu yang comel kat depan kolam alamanda ni..
(ala lupa nak snap pic, sorry)
Ada la promosi Clear..ada macam2 aktiviti..disebabkan tak ramai orang..pelik la...
Alamanda lengang je..
Semua ada jamuan raya ke?
Rezeki shida la kali ni...
Diorang layan macam special guest...
Shida pergi dengan officemate shida,,




Ada pemeriksaan kulit kepala percuma sekali dengan nasihat dari pakar kulit kepala..
Unisex..lelaki and perempuan boleh pergi check...
Sebab kan shida pakai shawl, shida tengok jela kulit kepala orang...huhu




Pastu ada quick snap photo dengan botol Clear yang besar tu..tapi korang kena like page Clear Malaysia kat FB..Then baru la dapat picture kecil comel ni...


Ada refreshment drink lagi..panas-panas dapat 7up + lemon..clear terus tekak ni.. ^_^

Tq Clear dengan ole-ole yang 'sikit' ni..hihi..


Oh ye korang...ada contest ambil gambar dengan kreatif tau...
Grand prize: holiday kat korea..2orang tu...5 hari 4 malam..
Consolation prize : iPAD mini x 5 units

Camne nak join?
Like facebook Clear Malaysia
Upload pic dengan ICE Cool Element

Yang penting sekreatif yg boleh.. ^_^ Good luck..

Wednesday 28 August 2013

Power Bank Paling Power




Woot woot..
Power bank paling power? Mestilah power bank Transformer..
Transformer kan hebat..
Huhuhu..
Bukan la..
Gurau je..
Power bank ni memang dah lama shida cari..
Shida dah penat tunggu company2 handphone keluarkan phone yang tahan bateri
Sampai shida buat entry tak puas hati untuk Sams*ng, So*y, Ap*le and semua2 la..
Keluh - kesah pasal bateri fon
So, semalam pergi la Low Yat nak beli kabel USB, sebab dah hancur dah..
Dah 3 tahun pakai....

siap berplaster lagi..

Ok, pasal power bank Yoobao ni..(nama pelik kan,tapi ramai suggest brand ni,so dont bother)
Mula-mula tengok kedai yg shida selalu beli barang2 komputer rm179.
Over budget lak..
Call kawan adik shida..sembang punya sembang dapat rm100
Ok la rasa nak beli kat dia je..
Masa on the way ke parking..
Secara tak sengaja salesman tu duk promote
"Power Bank Transformer, 2years warranty"
Tengok-tengok rm99
Eeh murah rm1 la..
Try tawar menawar..
Dapat la rm80..
Beli terus..
Bila teringatkan nak gi holiday tak lama lagi..
Disebabkan gila insta and amik gamba..
Kena la pastikan fon ni sentiasa berkuasa..
Happy sangat..
^_^


*sometimes a little things has made you happy and no words can describe it. You just can feel in the inside.. Ok, i am not that weird.. (^_^) 

Tiket Wayang Free : Pawn Shop




Alhamdulillah rezeki! Even cerita seram pun seram lah..layan kan aje..dapat tengok 50% je cerita tu pun takpe..asalkan faham jalan cerita dia...haha..
Ye saya la orang yang tengok cerita seram-seram naik bulu roma ni, tutup muka separuh masa dalam wayang and akan jerit bila terkejut..
Tiap kali tengok cerita seram tak akan beli popcorn sebab tak pasal-pasal kang tercampak dekat orang depan..
Kes naya tu..

ok, nak get ready mental untuk movie ni..

Tuesday 27 August 2013

Komik Adaptasi Drama Korea





Adaptasi komik pun ada.. 
Peminat Runningman?
Guest yg paling banyak join..
Peminat CN Blue?
Vokalis band tu..
Jung Yong Hwa tu..
Kenal kan...
Komik drama korea pun adoo..
huhu..
Yang dari korean drama series..
Heartstring @ You've Fallen For Me tu..
Comel gile lukisan die..

Heroin dia..
Park Shin Hye..
Yg berlakon dalam You're Beautiful tu..
dengan En YongHwa ni jugak..
Dalam Runningman pun die ade jadi guest..
Episod Bond007 dengan Lee Seung Gi..
Ok..nanti korang google la eh..

Komik ni keluaran Gempakstarz...
Tak rugi beli sebab best and comel!
Cerita die pun dah tentu best..
Hehe..

Sebab Saya Suka Komik



Siapa peminat komik? Manga? 
Ya, anda adalah geng saya..
Stress?
Yup, komik penawarnya..
Bosan?
Yup, baca komik sambil dengar mp3..
Sangat awesome and daebak!
Motivasi?
Under 18 by Zint ada..
Meremang bulu roma wo..
Mood down?
Lawak kampus by Keith ada..
Feeling lovey dovey tetiba?
ade komik komedi romantik... 
Awesome!


always feel under 18

feeling dovey?

Nak tau 1 secret? Shida kalau stress, tak sedar berapa banyak komik shida beli dalam sebulan..macam kali ni..9 komik untuk bulan ni..stress kan ape? biasa la jiwa remaja ni kan..hehe..macam-macam nak fikir untuk masa depan.. ^_^

Dalam satu komik Under 18, Diari Sivik Yosi, ada quote..meremang sikit la bulu roma masa baca diari ni..Best!

"KITA SENDIRI TENTUKAN KEBAHAGIAN KITA"


*move forward! fighting!


WEDDING ADA DAN NASREEN



Dalam mood raya lagi? Syawal shida kali ni penuh betul dengan jemputan makan..dari siang ke malam..duk makan aje..alhamdulillah..rezeki dari Yang Esa..kali ni shida attend wedding kawan sekolah teknik shida...Alhamdulillah sampai dah jodohnya, shida doakan mereka bahagia sehingga akhir hayat dan dipanjangkan jodoh sampai syurga..

Majlis berlangsung di laman tepi tasik titiwangsa, 2 orang bff shida teruja sebab diorang cakap ni dream wedding dorang..shida doakan impian diorang tercapai..amin ya Rabb..dream wedding shida? shida lebih suka dalam dewan..haha..motif? sebab ada aircond! Malaysia kan all the time summer season.. ^_^




Rasa cam baru je lagi habis sekolah, tapi sekarang jumpa dengan exschoolmate, semua dah ada life masing-masing..rasanya since habis form5 baru la kitorang jumpa ni ha..Ada yang dah ada anak-anak yang comel, ada yang tunggu tarikh nak naik pelamin, ada yang baru nak cari calon, ada yang baru je habis study...haha..cepat betul masa berlalu..tapi seriously, tak rasa pun umur ni dah naik dengan banyak..rasa macam tetiba je...

cupcake red velvet die..aum!
the food.
Dah bayangkan, lepas raya shida kena kawal balik makan...sebab boleh dikatakan semua hidangan shida nak rasa..haha..rezeki jangan ditolak kan..


Cloth.
Ye saya ni pecinta KWC. Kenanga Wholesale City...Dress ni memang terus berjahit bersama..sangat senang..tak payah nak cari baju lain..maksud shida yang mustard colour tu..

Shawl.
Jalan TAR.

Thursday 15 August 2013

Aidilfitri Anak KL



Untung la korang yang ada kampung nak balik kan...
Ai bunyi macam shida ni tak ada kampung je kan...
Ada, kampung mak abah la..
Tapi shida memang dari kecil memang tak pernah rasa malam raya kat kampung, biasanya petang raya takpun raya kedua baru balik kampung..jadinya bila dah besar sikit ni, langkah dah panjang...tak duk umah dah malam raya..huhu..
Nasib baik la ada kawan yang senasib, jadinya lepas raya umah memasing, kitorang pun round2 kl..stop kat dataran merdeka, nak snap pic dengan baju kurung..bila lagi kan..



Sebenarnya ramai je senasib kitorang ni..sebab masa lepak dataran ramai je orang melayu..tapi tak ramai yang pakai baju kurung..aura raya kurang sikit..tapi takpela, yang penting di hati ade rasa.. ^_^

Contact Lens FreshKon



Bulan Syawal kali ni lebih banyak jemputan kenduri kahwin daripada jemputan rumah terbuka dari kawan-kawan shida..Nampak dah perubahan fasa kehidupan, Insyaallah shida akan attend kenduri2 diorang..Haruslah excited!

Sebab kan tu, shida tak sabar nak melaram nak snap picture banyak2 atas pelamin diorang..huhu..korang pun ada perasaan macam shida jugak kan..So, shida pergi borong mata dekat Focus Point..Sebelum ni shida lebih suka clear lens, yang transparent tu..Tapi terasa nak buat perubahan sikit..Baru terasa special sikit tahun ni..


Nampak macam banyak je kan..tapi disebabkan power mata shida kiri kanan beza nya banyak, so kena la beli asing2...untuk mata kanan and mata kiri..Harga normal sekotak rm60, tapi sebab buy 2 free 1, shida beli 4 free 2..pusing2 kira jadi sekotak rm40..pakai sampai tahun depan..huhu..dapat lens solution free lagi..tapi botol yang kanan sekali tu la..ok la tu kan..

Oh ye..Eye lotion yang kotak kiri sekali tu shida beli kat Watson, rasanya rm24..Eye lotion ni bagus untuk orang yang suka pakai lens..kira die bersihkan mata kita..kite celupkan mata dalam air tu..kelip2kan mata dalam air tu..elok buat seminggu sekali..Sayangilah mata anda..

sumber:google

Shida pilih Shimmering Grey, Brilliant Brown dengan Groovy Green..Ikutkan hati nak beli Sky Blue dengan Rominic Violet...ouhh tunggu next year saje lah...jangan ikutkan hati...

abaikan eyeliner yg comot itu.

Picture atas ni shida pakai Shimmering Grey, kawan2 and adik lelaki shida cakap nampak macam kebiru2biruan sikit..terus jatuh hati dekat warna ni..rasa ni warna wajib beli nanti.. ^_^

Thursday 1 August 2013

Iftar: Kaw'D Burger Bakar Ampang





2004 till 2013 and will keep continue...~~~~~

kami.

Excited betul bukak pose kali ni sebab sorang kawan shida yang dah hampir setahun tak ketemu...aish dalam setahun ni banyak betul benda dah jadi..die pun dah semakin slim dah shida tengok..tapi yang kelakar nye dah la balik dari Austria nun ha..hari2 makan western, balik Mesia pun makan western lagi,,
Layan kan jela..sebab cik mimi kite tu dah tolong booking kan..tak kan nak bising lak kan..nanti buka pose tepi jalan lak..

bersama mat saleh autria.
RM35 sorang, rasanya sangat berbaloi2 sebab leh makan sampai kedai tutup..memang dah nak tutup dah kedai tu baru kitorang chow..sebab tunggu sorang lagi menteri tak sampai2..last2 gerak gi ampang avenue..

western
semua nye sedap sangat lagi2 daging die..ha siap ada daging ayam belanda..liat2 manis dagingnya..puding roti die pun mengancam..just pasta die macam.tawar sikit maybe bulan puasa diorang tak dapat nak rasa kot...belum sepakar mak2 kita masak kat dapur..tak payah nak rasa garam bagai tapi still tiptop sampai anak-anak die makan bertambah2..yummmy..!

pau gambar dr cik mimi. try la pergi blog die.banyak info kesihatan and ada peluang tambah income.



Klik link blog cik mimi kite ni disini
Korang pernah tak ada kawan yang lama tak jumpa..tapi bila jumpa rasa macam baru semalam je keluar dari asrama..serius..ni la kawan2 shida dari sekolah teknik..and tak sangka sangat leh lak rapat macam ni sekali sedangkan kat sekolah dulu mane ade nak lepak sama2..tula..semua ketentuan di tangan ALLAH..

insyaallah kita sahabat sampai akhir hayat. tua kerepot pun kita akan gelak sampai kejang perot k!


#syukur atas limpah nikmat dari Mu Ya Allah, Kau kurniakan nikmat persahabatan bersama mereka sehingga hari ini#

Sport Spring Sayang!



Amboi, raya kali ni shida rasa macam raya sakan pun ada..Even tak drive pun kereta tu balik kampung tapi still buat perubahan sikit kat Gally2 (nama kereta shida tu, comelkan)...
Shida pergi lowerd kan Gally2 tu kat area Bandar Tun Hussien Onn setelah puas survey harga dalam 3-4 kedai..dapat la kedai ni sebab upah die tak mahal sangat..compare kedai lain..kawan shida yang tolong..
Alhamdulillah impian jadi kenyataan.. ^_^

Yang merah tu spring baru..tengok perbezaan die..yang belah kiri sekali tu untuk tayar depan..berbeza kan..


Tersenyum lebar shida sepanjang diorang proses Gally2 ni..hampir sejam juga nak buat die..tapi tak terasa sangat pun...masa ni baru shida faham beza absorber dengan adjustable..so untuk first ni shida tak tukar adjustable sebab kereta shida ni jarang sangat naik ramai2..so tak yah nak adjustable sangat..


Absorber dengan adjustable ni macam rumah untuk spring tu..kalau adjustable die akan adjust kan tinggi kereta automatik ikut pada berat kereta...contohnya..kalau ramai naik, die akan setting kereta jangan bagi lowerd sangat so tak la body kereta tersagat dekat tayar..so tayar tak la rosak..kalau absorber die tak akan berubah..tersagat pun tersagat la...

Kalau kereta korang selalu bawa barang banyak2 and selalu ramai penumpang, better tukar dari absorber ke adjustable..


Tula hasilnya lepas shida tukar spring..jarak tayar dengan body muat 3 jari shida, sebelum ni satu tapak tangan lelaki boleh masuk. (tapak tangan girl kan kecil comel)..lepas shida tukar spring memang terasa lain sangat..rasa bertambah laju dengan ringan je..kat corner pun tak goyang sangat..
Alhamdulillah, gembira tak terkata rasanye.. ^_^

 #doakan shida tak asyik sampai terbawa laju ye  :p#