Thursday 29 November 2012

Wish Me Good Luck



Berdebar-debar rasanye hati ni..

oh ye..tahniah skuad harimau..! memang best tengok match semalam..
Tak tahu ke? Malaysia menang 4-1 dengan Laos untuk pertahankan piala AFF..dramatik juga perjalanan Malaysia dalam game ni..sebab first match dengan Singapore kalah..


Korang...sebenarnya, esok 30/11/2012 alhamdulillah..shida dipanggil interview dari PTPTN..eh nape korang seram sejuk ni dengar nama PTPTN...haaa...ngelat bayar loan ke..jangan la camtu..sian kat adik2 kita...kalau mampu bayar la lebih sikit..tolak gaji ke..apply ujrah....kalau belum mampu try bayar rm50 sebulan ke...at least nanti takde la banyak sangat tunggakan...last2 kita gak yang susah..


Alhamdulillah.. shida rasa bersyukur sangat sebab shida dapat panggilan interview..memang dah lama tunggu untuk gred 27..gred 27 ni untuk orang ada diploma dan ke atas..dah lama shida simpan diploma shida ni..

Sebenarnya..shida nervous sangat sebab dah lama tinggalkan bidang akaun..so, banyak terms2 die shida tak ingat...doakan shida berjaya ye...tq korang!InsyaAllah lepas interview ni shida share pengalaman shida ni..


#berusaha tangga kejayaan..usaha,tawakal,sabar dan redha..kalau dah memang rezeki kita...insyaALLAH#



Thursday 22 November 2012

Burger Steam di Putrajaya



Hi korang..dah makan? baik gi makan kang meleleh air liur tengok gambo makanan jap lagi..
sekarang ni heboh pasal burger bakar kan...honestly, shida lum rasa lagi..tak de kesempatan la..dah sampai tempat tapi tak tau nape seruan tu tak sampai lagi..

ok enough of speaking..

ni ha masa lunch aritu tak tau nak makan ape2..last gi tapau burger steam ni..

Presint 4, Putrajaya dekat kiosk kecil tepi jalan je..dekat depan Wisma Sumber Asli tu..


Nampak cam biasa je kan..tapi bila try..roti die puffy je...lembut..bijan die pun banyak..oh ye..roti bawah die bukan yang kosong cam roti biasa tu...roti bawah die sama dengan roti atas tu..
Daging die rasanya ada black pepper sikit still leh terima lagi sebab shida kurang sikit kalau banyak sangat rasa black pepper cam prosperity burger mcD tu...rasa fresh daging die..tebal lak tu..seriously berbaloi..tak berminyak pun..

and yang comelnye die bagi sekali dengan kerepek orang Malaysia tu...pengganti fries kot..

harga burger biasa- rm3.80
yang shida order aritu ade cheezy sauce - rm4

ape lagi..jom try!

Oh Ada Parking for Ladies Only



Kalau benda ni dah lama dah korang tau..jangan gelak kan shida eh..haha
Setelah sekian lama Tropicana City Mall tu ada..baru je shida sampai situ..pusing pusing nak cari parking ternampak la area yang khas untuk ladies.. senyum lebor la..terasa tuan puteri..


Tak sangka ada special treat untuk ladies..parking untuk ladies ni betul2 depan pintu masuk..
selamat la kaum wanita yang datang mall ni..kalau balik lewat sikit ke..or tengok wayang late night..tak la seram sangat nak gi kat kereta..selamat dari orang jahat lagi..

Tapi sedihnya...parking untuk ladies ni full..terpaksa la shida park jauh sikit..rasanya management Tropicana ni kena buat setiap tingkat parking...ade area ladies only ni...dekat2 dengan lif..kan kan..

#Ladies first..still relevan lagi#




Monday 19 November 2012

MONDAY COUPLE



Hai korang..shida baru lepas tengok RM ep 118 (adoi ngeri nye la hai Choi min soo tu)..tetibe teringatkan pasal monday couple sebab tema die ' I want to be Monday Couple too'

Jom hilangkan rindu Monday Couple.. :)



Siape minat Gary rasanya mesti minat Mondaycouple gak..huhu..best tengok diorang ni sama2..sebab masa awal2 episod dulu Jihyo pemalu lagi..belum garang lagi..memang sakan Gary kacau die..tapi masa die dah garang pun..Gary still kacau die sampai die speechless kadang2 tu..


 
Rasanya Gary layan Jihyo baik2 masa awal2 episod maybe nak bagi Jihyo kurang segan kot..sebab die sorang je gegurl dalam RM...gambar atas ni masa mula2 Gary kacau Jihyo..

 
Masa episod pergi Busan tu..yang dalam kapal tu..ade scene rebut hati gegurl..between Jihyo dengan Lizzy..Gary memang giler2 acting cool suprise kan Jihyo dengan cincin..haha..comel!



masa ni Gary patutnya kena remove tagname Jihyo tapi bagi chance kat Jihyo kalau Jihyo buat titanic pose dengan die..sebab jealous hari sebelum tu..Jihyo buat pose ni dengan Jongki..sekali kena jerit dengan Jongkok..memang lawak.. 

masa ni Siwon dengan Jongkok tegur dorang..sebab dorang nampak macam newlyweds (pengantin baru)..Gary asyik cakap tq2..haha..suka no die..



RM bertambah berseri dengan Mondaycouple ni..tapi jadi slow sikit lepas Jihyo announce couple sebenar die dalam real life..maybe tak nak fans RM confuse kot..tapi still Gary yang sporting tu ok je..ade gak die usik2 Jihyo pasal dorang clash lepas tu..haha..

#tapi memang la nampak cam sepadan je..sebab Gary Mr Calmness..Jihyo..The Ace..saling melengkapi..eceh-eceh#



Thursday 15 November 2012

Kisah Si Penggunting Rambut



Salam Maal Hijrah semua...!

Semoga hidup kita semakin baik..

Target2 dulu dah dicapai..

Menjadi insan yang lebih hebat..

Semakin bertambah iman kita..

Insyaallah..















Kisah ni shida share dari rakan Fb..bagus kisah ni..
Kisah Si Penggunting Rambut

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Antara pengajaran penting:

Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun.

Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. “Aslim, taslam”. Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluq yang menghuni bersama manusia akan selamat.

Peringatan:

Ini hanyalah perumpamaan sahaja. Kisah sebegini baik untuk disampaikan untuk mengajak manusia berfikir dan merenung. Namun, perumpamaan ini tidaklah tepat dengan ALLAH. Kerana ALLAH itu adalah Tuhan yang tiada suatu pun yang sama denganNYA.

Semoga ada manfaat padanya, insyaALLAH.

Perkongsian dari ~ shbt Al-idir Nakigawa Nagasari
- Jazakallah hukhairan.. ( Crdt: pain sama)

Kang Gary (Leesang)




Kang Gary - Lolol - Calmness Gary - Gary from Jamsil

hahaha...siapa yang minat tengok variety show RunningMan (RM) mesti tau nickname2 ni..ada banyak lagi la..

masa intro ahli RM..haha asyik usik Gary je


Sekarang ni shida tengah addict dengar lagu  The Woman Who Can't Break Up, The Man Who Can't Leave by Leessang ft Jung Min..

macam tak percaya je die ni rapper


masa episod awal2 dulu selalu ade game snap photo dalam masa 5 saat..yang lawaknye muka Gary selalu ada..siap ade galeri Gary lagi..

muka nak tenang je
 
winner ceremony
tak tau la macam mane die leh buat muka tenang masa lompat

yeah! berjaya pertahankan takhta photo king


Gary..pemalu ngan gegurl..tapi last2 die la yg selalu buat loveline kat Jihyo..tu yg ada Monday Couple tu..
Yg bestnye even banyak guest perempuan Gary still loveline kat Jihyo..tak macam Haha..semuanye nak jadi last love forever..

terus hilang focus gary ni..haha


Shida post pasal Gary ni dulu sebab Gary no1 dalam carta runningman dalam hati saya..huhu..

#on youtube tengok Gary rap..memang cam orang lain..huuu#




Monday 12 November 2012

Review Moview : Cold War




Shida bagi 4 star untuk movie ni..



50% aksi 50% bercakap..haha..tapi bagi orang yang suka tengok citer berfikir and tahan dengan conflict ok la..tak rasa rugi macam shida ni...lagipun title die terang2 dah cakap cold war..so ada kena ngena ngan psikologi sikit..

tapi..

kalau yang suka aksi 90% shida tak recommend kan lah..

oh ye..filem ni ala-ala Police Story 4 la..why eh? tak best la kalau shida bagitau kan..ikut hati memang nak bagitau je..hehe..



scene ni cam lawak sebab dorang cakap serentak..even masa ni tengah masa serius..

Line dalam filem ni yang paling shida ingat..
'extreme situation need extreme decision, believe in your own thought' by Mr Andy Lau, masa die bagi nasihat kat Aaron Kwok..naik bulu reroma oooh..

Lagi satu line die ' the biggest enemies in any organization is the person in it'..macam ada hint siapa dalang konflik masa tu..


Dari line-line filem ni shida rasa korang leh bayangkan memang suspend citer ni..sebab orang jahat die cam teror lebih dari polis tu..


Kenapa shida tak bagi 5 star sebabnye masa ending die..macam nak bagitau...TO BE CONTINUE...


aarghhh fed up ooh..

ape2pun sebab lakonan dorang best and action die nampak lain sikit dari biasa..shida rasa berbaloi la dengan tiket RM11 tu..haha..


#tetibe nampak ade filem korea lak kat wayang...tak sangka lak..Soar Into To The Sun...Rain dengan Se Kyung berlakon..nantilah nak tengok..huhu#