Thursday 11 September 2014

CARA MENCUCI FEMININE PAD BIOSELEZA

Tahniah kepada korang yang dah membuat pilihan yang tepat!




Dah bertukar dari tuala wanita yang TIADA EXPIRED, 
TERDEDAH HABUK dan TIADA TEKNOLOGI 
ke BIOZELEZA FEMININE PAD.


Ok, entry ni shida nak share cara cuci, untuk wanita Islam memang kami cuci sebelum membuang tuala wanita untuk menjaga kebersihan dan rahsia wanita.


5 step saja:

1. Kenakan sedikit air di atas pad Bioseleza 
2.  Koyakkan lapisan atas
3. Halakan ke dalam bowl toilet dan flush.
4. Curahkan air, buang gel-gel pad Bioseleza tu
5.  Buang sarung pad Bioseleza.


Takut tersumbat?

Jangan risau, gel-gel tu akan hancur. Salah satu keistimewaan Bioseleza, gel ini diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan akan hancur bila terkena air.
 
Senang je kan, tak perlu pijak-pijak lagi pad nak bagi bersih, boleh JIMAT bil air dan bil elektrik dan masa.






Nak try Bioseleza Pad dan Bioseleza Pantiliner?
Nak special discount or bonus belian?
Macam mana tu?


Boleh contact shida,
013-2529186.



APA ITU CC CREAM

Apakah CC Cream? 



CC Cream lebih kurang sama seperti BB Cream tetapi ianya lebih memberi tumpuan pada pembetulan warna.

Apa yang dilakukan : Ringan daripada BB Cream, tujuan utama CC Cream adalah untuk membetulkan warna kulit warna yang berkaitan, seperti warna pucat atau kemerahan. Seperti BB Cream, ia mempunyai SPF serta nombor berbeza-beza mengikut jenama.

Bagaimana untuk menggunakan : Jika anda berjerawat, mempunyai kulit kusam, bintik hitam atau kemerahan berterusan maka CC Cream sesuai untuk anda.

Bagaimana ia berbeza : Gunakan CC Cream untuk membantu dengan menghilangkan kemerahan, jerawat, bintik hitam, warna pudar dan banyak lagi



Memperkenalkan produk baru dari Cozuma Series, selain
daripada BB cream compact powder.

COZUMA CC CREAM


   Mempunyai 10 Keajaiban & Kehebatan

1. Perlindungan UV Yang Optimum
2. Wajah Lebih Berseri
3. Anti Radang & Anti Oksidan
4. Pelembapan & Penghidratan Yang Berpanjangan
5. Kulit Cerah & Bersinar
6. Kulit Wajah Lebih Halus
7. Kedutan & Garis Halus
8. Kawalan Kulit Berminyak
9. Bedak Solekan & Pembetulan Kulit Asas
10. Menyembunyikan Cela









Berminat?

untuk order dan maklumat lanjut 
boleh contact shida
013-2529186


MAJLIS AWARD SM/SSM SEPTEMBER 2014


Bertempat di Menara PGRM, mereka yang berjaya mencapai sales 60k dan 20k diraikan dengan gilang-gemilang. Dengan teamwork, magic will happen.
 

 
Seribu langkah itu bermula dengan SATU langkah.


Congratulation SSM Syamimi
 
  Congratulation SM Faiz

Congratulation SM Aimi
Berlainan impian tetapi SEMANGAT yang sama.


Bersama adik kesayangan shida dan juga business partner shida. 
Indahnya dalam bisnes ni, kita bekerjasama dan berkongsi ilmu.
Semoga impian kami menjadi kenyataan untuk keluarga kami.
Doakan kejayaan kami.







Nak tambah duit poket?
Contact shida
013-2529186


Saturday 6 September 2014

JUAL 50 BOX MINERAL COFFEE DALAM SATU MINGGU

SHOCKING NEWS!

Untuk mereka yang masih ragu-ragu or tertanya-tanya dengan kemampuan diri sendiri. Stop downkan kebolehan diri sendiri. Belum cuba belum tahu. Belum belajar, belum berjaya.


Yatie, kakitangan syarikat Petronas dah ambil keputusan untuk buat bisnes fulltime. Berhenti kerja terus. Bayangkan dalam seminggu boleh jual 50 kotak, belum termasuk produk lain.  
Dari belum tahu dah jadi tahu, bila dah tahu, itulah pentingnya ilmu.

Sebelum ni shida sendiri pun ada rasa macam tu, lagi-lagi tak tahu cara nak jual beli online. Tapi sekarang, alhamdulillah dah mudah.


Mudah bila ada ilmu. Lagi-lagi zaman sekarang nak mulakan bisnes, ada mentor unuk ditanya, ada tempat nak belajar, tak perlu nak fikirkan nak cari stok kat mana, tak perlukan kedai pun.
Di Green Leaders Academy Malaysia ( GLAM ) semuanya tidak mustahil.

Ingin mulakan perniagaan?
Belum tahu caranya?




Let's meet up:
Shida 013-2529186 

Thursday 4 September 2014

KESILAPAN BIASA DALAM PENGGUNAAN TUALA WANITA

Kadang-kadang ilmu tentang penjagaan kebersihan diri di miss V kurang didedahkan mungkin atas faktor malu, tapi, zaman sekarang, wanita berhak dapat pendedahan begini supaya boleh kekal sihat dan kekal bertenaga.


Dulu, sebelum shida tahu pasal bakteria ni, selalu tunggu pad tu penuh baru nak tukar. Lagi-lagi kalau keluar jalan-jalan. Remeh nak tukar kat public toilet kononnya. Kalau tukar pun, ambil pad yang simpan dalam handbag siap-siap tu yang entah berapa lama dalam simpanan. Kalau perasan, pek pad tu pun bukan kedap udara. Hurm kenapa la selama ni tak terfikir yang habuk boleh masuk.
Sedihnya bila tak ada ilmu.
Bukan shida je, ada juga kawan macam tu. 
Nasib baik dah ada pendedahan macam ni.

Lepas ni akan lebih berhati-hati lagi. 
Biar miss V bersih dan sihat, penyakit pun susah datang.

KES FUNGUS DI MISS V
Ada kawan shida cerita, dia pernah gatal-gatal sampai tidur pun tak lena sebab rasa nak garu je. Kesian betul dia. Sampai ada kutil-kutil tumbuh kat area miss V tu. Lepas tu terpaksa jumpa doctor sebab tak tahan, doctor terus nasihat dia jaga kebersihan dan biarkan miss V sentiasa kering. Kalau keputihan keluar dia kena tukar underwear terus. Kata doctor ada fungus.
Terkejut shida dengar sebab tak pernah pula nampak dia tergaru-garu masa tu, rupanya dia menahan sakit kat depan kawan-kawan. Since shida perkenalkan pantiliner bioseleza ni, dia terus beli sebab dia dah pernah rasa seksanya bila kawasan tu gatal dan terpaksa tunjuk ke doctor, padahal dia belum pernah bersalin lagi.
Pantiliner box mengandungi:
 30 pcs x 6 pack pantiliner
Total = 180 pcs

Harga retail : RM138, ahli RM120
 ---------------------------------------------------------------------------------
Yuran ahli : RM50

konsep macam kad Aeon tu, tapi yang ni dapat bonus atas belian setiap bulan.

Macam mana tu?
Boleh contact shida untuk maklumat lanjut
013-2529186
Semoga semua wanita dapat kesedaran tentang penjagaan miss V dengan lebih terperinci lagi.

Wednesday 3 September 2014

GLAM IFTAR 2014 JW MARRIOT KUALA LUMPUR



Alhamdulillah,  bulan Ramadhan dah berlalu, maaflah shida sibuk dengan appointment customer ada yang nak fitting korset Premium Beautiful ada yang nak tahu cara buat duit sambil online instagram dan facebook. Lambat sikit buat entry ni.


Rezeki Ramadhan lain macam sungguh.  Alhamdulillah.
Oh ye sempat juga shida attend Majlis Iftar dengan group tersayang shida GLAM dan FABULOUS TEAM. Temanya Arabic. Nak bagi happening saje la nak pakai bertema. Tapi shida memilih jubah dress light brown instead of hitam. Tak sempat nak shopping sebenarnya.  (*_*)'


Bersama kawan baik shida




Lepas buka puasa, sesi snap gambar pula. Glam lelaki melayan kami, dengan official photog. Memang happening and kelakar sangat masa nak snap picture ramai2 ni. Dengan gelagat anak-anak business partner yang lain. Meriah, syukur shida dapat hadir majlis ni. One of sweet memories.


Semoga shida dipanjangkan umur lagi, untuk hadir majlis dengan GLAM dan Fabulous Team. Dan terus aktif berbisnes online.

PORING HOTSPRING, JAMBATAN GANTUNG, CANOPY WALK

Tak sangka, masa shida pergi ke Poring Hotspring dalam pukul 3 petang cam tu, ramai je orang rendam kaki kat kolam air panas. Ingatkan diorang macam shida juga, tak sanggup nak celup kaki dalam tengah waktu panas tu. 

Suasana yang aman damai tambah lagi udara pun rasa lebih segar, shida tekad nak naik jambatan gantung dalam tu. Memang kuatkan semangat habis-habisan. Selalu pesan kat diri sendiri, kena try sekarang nanti ntah bila nak ke sana lagi. 

 Maka, start la episod memanjat kitorang. Jangan paksa diri, naik perlahan-lahan, snap picture, minum air, layan bunyi serangga.
Siap ada pelawat lain bagi semangat kat kitorang. Almaklum la jarang bersukan. dush dush* T_T


Dah nampak pondok ni, terus hilang rasa letih naik tangga, rasa excited je.
Gayat juga la naik jambatan ni, dengan bergoyang-goyangnye dengan pokok-pokok kat bawah tu. 
Tapi on the same time excited! 
Sungguh pengalaman itu paling mahal sekali. Oh ye, dalam Kolam Air Panas Poring ni ada Taman Rama-rama juga, tapi masa shida pergi, tutup pula, under construction.
Bagi korang yang ada anak-anak kecil, memang best bawak dorang mandi sini, banyak kemudahan yang disediakan. Banyak aktiviti juga kalau datang secara berkumpulan.

Lagi best, kolam kanak-kanak ada 3.. puh, puas la dorang berendam.


Oh ye, shida GPS je tempat ni, mudah aje. Guna aplikasi WAZE.
Nak tahu lagi mana shida pergi di Sabah?
Boleh klik button TRAVEL kat header blog.

 Happy holiday!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
 Plan & Try! 


TESTIMONI BIOSELEZA

TAHUKAH ANDA?


Selama berbelas tahun, rupanya tuala wanita di pasaran yang tiap-tiap bulan pakai tu dibuat daripada recycle paper. And menggunakan ejen pemutih untuk putihkan paper tu.
Bayangkanlah, betapa kuatnya bahan peluntur tu.



Sebelum ni, pernah juga cari Expired Date kat plastic pad tu, tapi memang tak ada. So, dari dulu dah set mind, boleh simpan lama-lama sebab tak expired kononnya. Lagi-lagi bila ada pack combo, offer murah-murah, memang shida borong. Nak jimat. Tapi rupanya tak elok untuk body.


So shida buat keputusan untuk bertukar ke BioSeleza 
Tuala wanita berteknologi tinggi dan lebih selamat

 BIOSELEZA telah diiktiraf 
World Health Organization (WHO), 
sebab menepati piawaian tuala wanita yang selamat and yang penting ada expired date. 



Berikut testimoni pantiliner dan pad bioseleza yang terkini:






1 Mix box mengandungi:
30 pcs x 2 pack pantiliner
10 pcs x 2 pack pad siang
8 pcs x 2 pack pad malam 
8 pcs x 2 pack pad malam extra panjang

Harga retail : RM 131, ahli RM 114
----------------------------------------------------------------------------------

1 Daysafe box mengandungi:
10 pcs x 6 pack pad siang

Harga retail : RM 128, ahli RM111
 ---------------------------------------------------------------------------------

Pantiliner box mengandungi:
 30 pcs x 6 pack pantiliner

Harga retail : RM138, ahli RM120
 ---------------------------------------------------------------------------------
Yuran ahli : RM50

konsep macam kad Aeon tu, tapi yang ni dapat bonus atas belian setiap bulan.

Macam mana tu?
Boleh contact shida untuk maklumat lanjut
013-2529186





Tuesday 2 September 2014

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2014 - ABAH MASUK TV DAN SURATKHABAR LAGI


BAGAIMANA MERDEKA ANDA TAHUN INI?



Shida bersyukur sangat dibesarkan dalam family yang ada semangat patriotik. Jujur shida cakap, shida betul-betul kagum semangat patriotik dari abah shida.

SEBAB APA?

Sebelum ni, bila 31ogos excited sebab cuti je. Tapi since abah pakai baju macam ni, semangat terus berkobar-kobar.


 Tahun ni, satu family shida turun Dataran Merdeka, siap konvoi naik motor lagi. Best sangat sebab dah lama tak bawa motor. Sampai je, lepas park motor, wartawan dari Kosmo terus interview abah and snap-snap picture abah sekali dengan motor.

First time tengok moment macam ni. Bangga kite ni.

 Lepas pertunjukan tari menari kat depan tu, orang RTM datang interview abah, berbeza dengan tahun lepas, abah nampak gugup sikit dengan Ally Iskandar. Tahun ni cakap pun lebih panjang and confident. Caya la bah!


Sebelum balik, wartawan dari Metro rasanya interview abah. Nampak tak abah makin relax dengan wartawan. 




And shida perasan tak ramai yang berpakaian bendera macam abah, bagi shida orang yang pakai macam ni orang yang berkeyakinan tinggi dan semangat patriotik yang tinggi. Yang ada pun kanak-kanak, kira ok la tu, mak ayah dorang dah start pupuk semangat patriotik dari kecil lagi.

Semoga negara Malaysia terus maju, aman dan makmur.
Insha Allah.