Sunday 1 January 2017

BAJET TRIP PHUKET KRABI - DAY 3


Awal pagi tu dalam pukul 8.30 pagi (masa Thailand), agent travel jemput kitorang kat hotel. Kalau nak round kat Thai ni lagi mudah kita amik pakej je sebab tambah tolak kos sewa motor or naik teksi lebih kurang sama je. Macam biasa breakfast sendirian berhad. Pagi tu megi, roti, kopi dan serunding peneman setia.

 Shida amik pakej yang sekali dengan minibus transfer maksudnya dia akan ambil dan hantar balik kita ke hotel. Kan senang. Pakej yang shida amik ni dengan lunch sekali. So kalau kita nak pergi just bawa jajan jela untuk kunyah2 dalam feri nanti.
 Lunch die buffet, and yang best nye ayam drumstick goreng tu, shida tapau bawak balik hotel. Tapawe bawak bekal sandwich dah kosong kita manfaatkan. Hihi.

Snorkeling Time!

Dulu Phiphi Island ni antara pulau yang cantik kat Thailand, orang tu la cakap, tapi lepas tsunami, coral dan ikan banyak mati. Memang pun, bila shida snorkeling situ, memang tak banyak ikan nye. So kitorang decide lebih pada mandi manda dan posing. Tapi untuk yang first time snorkeling, shida rasa ok lagi. Maybe sebab shida pernah snorkeling di Pulau Perhentian terasa la besa view dia.



Shida gerak balik ke hotel dalam 4 petang dan terus bersiap nak pergi ke Siam Niramsit. Stage show and dinner sekali. Shida amik pakej kat aunty depan hotel shida tu je. Shida pergi dengan adik shida je sebab kawan2 lain nak shopping. Siapa yang kenal shida, dari dulu lagi kalau travel lebih lagi nak experience dari shopping. Hehe



 Ikut je list aktiviti ni, alhamdulillah merasa shida semua.


 Alhamdulillah menu yang tak pernah jumpa pun shida dapat rasa. Yeay. Dijamin halal pula tu. Memang highly recommend tempat ni. Rasa layanan vvvvip sangat.
 Nervous juga amik gambar dengan gajah. Tak biasa kan. Bukan sebab takut. Haha. Lepas tu terus ke hall stage show dia. Best! Audio, costume, lightning. Berbeza sangat dengan kat Universal Studio Singapore. 
Rupanya stage show ni world class sebab stage die siap boleh buat ada sungai. Amazing sangat. Semua ni terakam dalam hati shida jela sebab kamera tak boleh bawak masuk hall. Hihi.
 



Total belanja - 
* Phiphi Island - 1,000 bhat (lunch+transport+snorkeling gear)
* Siam Niramsit - 1,400 bhat  (dinner+transport+tiket)