Monday 30 March 2015

BAJET TRIP KOREA - HELLO KITTY CAFE DAN HONGDAE MARKET

Balik daripada Nami Island, shida terus ke Hongdae Market and tujuan utama nak relax-relax dekat Hello Kitty Cafe. Tapi rupanya last order dia amik pukul 10pm. Walhal cafe close 11pm. T_T
Tak merasa la shida waffle Hello Kitty, cuci mata dengan deco cafe ni jela.

Antara corak-corak Hello Kitty dalam mug. Geram tengok!
 
Ada jual barang-barang Hello Kitty juga. 
Lepas relax-relax, kitorang decide nak round Hongdae Market ni sampai 10.40pm, so boleh catch last subway nanti. Last subway pukul 11pm.
Hongdae Market ni agak sesak sebab ramai betul student korea. Maybe sebab dekat dengan Hongik University. So barang-barang kat sini, affordable. Dia ala-ala uptown pun ada. 
 Dapat merasa Churros panas-panas kat sini. Terubat hati ni, sebab churros ni lagi sedap dari Everland. Maybe sebab lebih fresh, dia uli disitu, masak terus kat situ.

CARA KE HONGDAE MARKET & HELLO KITTY CAFE

#Take subway from Jamsil Station. (sebab shida dari Everland)
#Get off at Hongik University Station, Line 2, Exit 9.
#Jalan straight, jumpa satu simpang. Lintas jalan tu dan terus belok kiri. Straight lagi sampai jumpa Tony Moly. Belok kanan kat simpang tepi Tony Moly. Jalan je straight sampai jumpa Watsons sebelah kiri.
Pastu terus akan nampak bangunan pink! 
Yeayy sampai la kat Hello Kity Cafe.
And situ la Hongdae Market, banyak kedai-kedai tepi-tepi tu.

Happy holiday korang!

Thursday 26 March 2015

KORSET PENGANTIN - PREMIUM BEAUTIFUL TERBUKTI PALING SELESA


Tahniah korang yang bakal menempuhi hidup baru, shida ucapkan semoga majlis berjalan lancar dan menempuhi alam rumah tangga dengan bahagia.

Selalunya masa nak kahwin, perempuan la paling sibuk nak DIET and siapkan barang-barang untuk hari istimewa nanti.

Memang berat badan turun tapi ada masalah pula badan TAK ADA SHAPE. Itu kalau diet menjadi, bukan diet yoyo. Kalau berat tak turun, dah jadi 2 masalah. 

BERAT BADAN + BADAN TAK ADA SHAPE

Bukan maksud nak pakai baju pengantin ketat-ketat, honestly, kebanyakan customer nak pakai korset sebab tak nak nampak LEMAK terbonjol-bonjol. Lagi-lagi masa duduk kat pelamin.
Dengan Premium Beautiful, shida akan ukur badan korang terus, untuk dapatkan size yang TEPAT. Bila ukuran tepat, korang akan rasa NGAM terus ke badan.

"Tak ketat Tak longgar"

Dengan Premium Beautiful, korang akan dapat 3 piece macam dalam gambar kat bawah ni yang akan KEMASKAN lagi badan korang.
 Badan akan SHAPE dengan size yang tepat dan 
cara pemakaian yang betul.


APA YANG KORANG AKAN DAPAT?

1. Pembakaran kalori/lemak secara tak sedar - sebab korset ni ada Far Infrared. Apa itu infrared? Klik link di bawah.
2. Jaminan warranty seumur hidup - kalau cangkuk tercabut, FREE je nak ganti.
3. FREE Consultation terus dari shida - whatsapp 24/7
4. Period lebih teratur
5. Pemakaian berterusan, korang boleh TURUN BERAT BADAN dan KEKALKAN bentuk badan yang korang nak.
6. Postur badan yang betul, duduk tegak dan ELAK sakit pinggang.
7. Lemak di peha dan lengan akan hilang, effect dari Infra Red.

8. Tahap KEYAKINAN akan meningkat. Bukan masa atas pelamin je. Masa pergi kerja, masa attend dinner, masa nak pakai cantik-cantik.

9. JIMAT duit, korset ni boleh pakai masa berpantang juga.

10. Banyak lagi kelebihan yang nak dicerita, bila pakai rasa tak nak buka, biasa shida dengar dari customer. Korang rasa la sendiri nanti yeh.

ADA BAYARAN ANSURAN???
Ya, betul. Korang boleh pilih 12 bulan/ 18 bulan/ 24 bulan/ 36 bulan. Bayaran ansuran bulanan bergantung pada size dan pilihan tempoh bayaran.
Maklumat lanjut, boleh contact shida terus ke 013-252 9186 

Terima kasih sudi baca entry ini.

Wednesday 25 March 2015

BERBALOI KE PAKEJ HOLIDAY DI MATTA FAIR?

Ada yang  baru balik bercuti ke? Alhamdulillah, awal tahun shida betul-betul excited.  February shida  ke Langkawi dengan keluarga & Mac pula shida ke Tioman dengan bestfriends. Dua-dua holiday shida amik pakej kat Matta Fair bulan September tahun lepas.

Berbaloi ke? Kalau berbaloi tu mesti maksudnya JIMAT ke? 

Seriously  deep deep dari hati shida, teramat BERBALOI dan JIMAT lagi PUAS HATI. Ada pepatah buatan shida sendiri, tapi tak tahu la korang pernah dengar kat mana-mana kan.
 
"Murah Tak Semestinya Tak Bagus, 
Mahal Tak Semestinya Bagus"

Bagi shida apa yang kita pilih tu memenuhi keperluan. Macam pakej-pakej yang shida amik. Cukup la tempat tidur BERSIH, SELESA, ada AIRCOND, pakej snorkeling BERBALOI dan DEKAT dengan tempat-tempat menarik. Semua orang nak holiday dia PERFECT match dengan apa yang diidamkan. 

Dari pengalaman shida kat beberapa tempat ni, ada yang TERKURANG juga. Tapi, konsep bercuti bagi shida BONDING time and SELFIE time.

Adjust dan bersyukur dengan setiap kelebihan dan kekurangan. Pujuk pujuk hati dengan pemandangan indah dengan kelebihan-kelebihan yang ada. Mesti hati jadi sejuk. Lama-lama yang kurang tu mesti jadi LUPA.

BAJET TRIP KOREA - NAMI ISLAND

Siapa minat Winter Sonata? 
Sila jeles sebab shida snap pic kat tempat first kiss dorang.
Mesti korang excited nak ke Nami Island kan. Baru shida tahu rupanya diorang shoot drama kat sini. Sebab shida kurang layan melodrama, lebih pada comedy romantic je.

Comel tak? Geram betul tengok baby kat sana. Yang ni teddy bear, ada yang harimau la, zirafah la. Sesuai dengan suhu kat sana. Jadi cute je. Kat sana shida asyik cakap 'kiopta' maksudnya cute.
Senyum-senyum parents baby kat sana.
CARA KE NAMI ISLAND

Take subway at Cheongu 
Change line at Wangsimni (Jungang Line)
Change line at Mangu (ITX/Kyeongchun Line)
Get off at Gapyeong Station, Line 3

*korang jangan risau, guna je apps subway tu, masukkan je depart and arrival korang. Follow je apps tu. Since shida pun banyak bergantung kat apps tu. Apps tu offline,jadinya jangan takut sesat ke ape, just alert masa nak tukar line. Kalau nak double confirm tanya je orang tepi-tepi. Hehe.
Keluar je dari Exit 3 ni korang akan jumpa Tourist Information Center. Kalau korang sampai awal, macam tak ada orang tapi please pergi je beratur kat situ. Macam shida dah terlewat sikit kena tunggu bas pukul 11am. Shida advise korang, keluar awal catch bus pertama. Rugi masa beratur nanti. 
Tour bus ni harga 5,000 won. Datang setiap sejam. Start pukul 9am. Last bus pukul 6pm.
Bus tour ni akan pusing:
Gapyeong Station - Nami Island - Petite France 
*simpan tiket bus tour tu, valid untuk sehari.

 Nanti dia akan turunkan kat jeti, naik ferry ha. Bayar 8,000 won.
Masa beratur nak masuk ke jeti panjang dia, boleh buat kita putus asa nak beratur. Panjang teramat. Nak dekat sejam juga beratur. Nak buat camne itinerary shida, Nami Island hari sabtu. Redha kan jela. Tapi kalau nak cepat boleh naik zipwire, tapi harga dia 38,000 won. Oh tak sanggup masing-masing. Sebab tak tahu ada zipwire kat sini. Tiada dalam bajet. Hehe. Tapi sejam tu tak terasa pun. Sibuk snap pic and sembang.
ni bukan zipwire, ni bungee jump. Runningman pernah datang shoot kat sini. Episode yang Jaesuk, Sukjin dengan guest main badminton kat atas ni.

Dari pengalaman shida, shida recommend korang pergi dulu Petite France sebab dia tutup pukul 6pm. Kat Petite France korang spend time 2 jam paling lama pun. Banyak scenery dengan snap picture spot Runningman dengan drama-drama korea. Lepas tu baru masuk Nami Island.
Kalau masuk Nami dulu jadi macam shida, kena datang sini 2 kali. Sebab shida memang nak sangat masuk Petite France tu. Esoknya shida dengan adik shida (sebab kitorang RM addicted) kitorang skip shopping time. Kawan-kawan shida yang lain pergi Myeondong shopping and set appointmet kat Plaza M (ambil gambar pakai baju traditional Korea/hanbok) dapat la appointment pukul 2pm. And ada tragedy lagi, nanti shida cerita kat entry pakai hanbok tu ok.
  LUNCH DI NAMI ISLAND
Jangan risau, kat Nami Island ada banyak makanan halal. Agaknya dorang dah terbiasa dengan tourist Islam. Siap megah terkibar bendera Malaysia kat Nami Island. Bangga rasa di hati.
  So shida pilih Asian Food mana la tahu jumpa nasi goreng kat sini. Ada kawan shida dah rindu masakan melayu. Hehe. Shida ok lagi, still nak makanan korea. So shida order bibimbap.
 Serious sedap!
And kimchi dia kali ni raddish kimchi.
Syukur dapat rasa, sebab kat Jeju hari tu rasa yang kobis panjang.
Selesai makan, pusing-pusing tengok scenery. Kat Nami ni, even ramai orang tak rasa sesak pun, maybe cuaca sejuk kot. Tak rasa rimas. And terjumpa group pakcik makcik tengah main game.
 Sama macam nak masuk Nami, kena beratur nak sejam, balik pun sama nak sejam kitorang beratur. Ramai betul. Tapi shida tengok ramai local tourist dari foreigner. Yela korea kan besar. Yang jauh-jauh tu mesti teringin. 
Kitorang tak sedar masa berlalu sebab dapat sembang dengan ahjussi yang boleh speaking. Dia cakap kitorang orang kaya, sebab muda-muda dah holiday kat luar negara. Kitorang gelak jela and dalam hati berdoa jadi kaya betul-betul. Tapi yang penting kaya dengan pengalaman kalau bukan dengan duit sekalipun. Kalau dua-dua lagi la nak kan. hehe.
 Balik, shida ikut jalan yang sama, naik ferry ke jeti, dari jeti naik bus ke Gapyeong Station, lepas tu naik subway terus je Hongdae Market & Hello Kitty Cafe.

Monday 23 March 2015

BAJET TRIP KOREA - EVERLAND THEME PARK


Gembira jadi double triple bila dapat diskaun nak masuk Everland ni. Harga asal 42,000 won, lepas shida tunjuk kad discount dapat harga 37,000 won. Jimat 5,000 won. Lepas la beli churos nanti. 
Oh ye, kad discount tu boleh print kat laman web Everland terus.

CARA NAK KE EVERLAND THEME PARK

- Take subway at Cheonggu Station (boleh refer dekat apps) 
- Change line 2 at Wangsimni 
- Get off at Jamsil Station
*masa kat Jamsil station ni dia akan exit dalam shopping mall Lotte Mall, jadinya kena keluar dari mall tu untuk ke bus stop. Jangan risau kat sini ramai yang boleh speaking. 
Seingat shida cari yang tulis Exit no3. Sebab naik atas, tengok belah kiri korang nanti terus nampak bus stop. Bus stop dia panjang sebab banyak bas berhenti kat situ. 

- Lepas tu naik bus no 5700 ni. 
Yang shida bulatkan tu station Everland. Lebih kurang dalam 40 minit perjalanan. 
Then, naik shuttle bus yang disediakan dari Everland sendiri. FREE! Masa shida sampai tu semua serbu toilet dulu pastu beli susu pisang kat 7E kat situ. Best tak ramai orang sangat, maybe shida pergi hari Jumaat bukan weekend. 

Kalau biasa tengok variety show or korean drama, dah biasa tengok kartun dorang macam Pororo ni. Pororo ni famous level Upin Ipin la kat Malaysia. Lagi-lagi Haha dalam Runningman memfamouskan lagi Pororo. 


Shida super excited kat sini sebab nak sangat naik Roller coaster yg dalam Runningman tu. 
T Express. Sebab - It has world's steepest wooden roller coaster record (77 degrees, 2009) dari Wikipedia.

Dari jauh memang nampak seram sangat. Tapi dah set dalam diri jangan sia-siakan peluang yang maybe once in a lifetime ni.

Mula-mula kawan2 shida semua tak nak except 2orang yang dah hilang dulu (dorang jalan dulu, malas nak snap picture)
So shida pujuk adik shida teman, berpisah la shida dengan lagi 2 orang kawan shida tu. Nasib baik adik shida nak teman. So dah fikir dah nak pujuk dia beriya-iya nanti. 
Nak dekat sejam juga shida beratur, petang tu ramai student Korea, foreigner tak la ramai mane. Dapat la tengok aksi-aksi comel romatic macam dalam drama korea tu.


Seriously, kalau korang ke sini. Wajib naik roller coaster ni, naik masa malam. Baru rare. 
And enjoy semua ride atau experience dari untuk kanak-kanak ke dewasa. Try semua. Lain dari Universal Studio Singapore. Berbaloi sangat.
Ni salah satu ride yang breathtaking, nampak macam biasa-biasa je. Mula-mula pun shida tak expect yang shida akan menjerit naik ride ni. Sekali, tergelak tak bersuara kat atas tu sebab dia ada pusingan 360 degree. Must try! 
 Bila over excited, sepanjang kitorang kat sana, makan churros je. 
Malam tu rezeki shida, dapat la tengok show kereta berhias dengan lampu semua sempena nak christmas. Dalam 15 minit macam tu.

Shida happy sangat sebab seharian dalam Everland ni, tak boring, view siang dan malam cantik sangat. Badan pun tak berpeluh, jadinya mood maintain je sepanjang hari siap main merry go round ni ha.
Everland tutup pukul 8pm. Masa tu baru terasa lapar dan letih.
So, semua setuju terus balik guesthouse.
Balik tu makan kat guesthouse je. Hehe.

Syukur perjalanan shida hari ini berjalan dengan lancar.
*balik pun guna route yang sama.


Saturday 21 March 2015

BAJET TRIP KOREA - NAMSAN TOWER & LOVE PADLOCK PARK

Kalau pelancong luar melawat Malaysia mesti berusaha panjat Bukit Nenas tengok Menara Kuala Lumpur depan-depan.
Jadinya, shida masukkan Namsan Tower dalam must visit list kat Seoul. Terserempak dengan sorang ahjumma dia suggest pergi Namsan Tower waktu malam, lagi best. So, shida adjust plan, cuci mata kat underground shopping mall dulu.

CARA KE NAMSAN TOWER

Take subway at Cheonggu Station

Change line 4 at Dongdaemun History Culture Park Station

Get off at Myeong-dong, exit 3


(Shida naik dari station Cheonggu, 
korang boleh adjust route dekat aplikasi Subway Navigation tapi exit yang sama ye)


Jalan ke simpang kanan sebelah Pasific Hotel tu terus je jalan sampai tangga di sebelah kanan jalan dan naik tangga tu hingga atas dan ke kanan, jalan terus lagi jalan sampai la korang akan nampak bangunan untuk naik Cable Car seblah kanan, kat situ banyak kereta parking & taxi.


Nak naik ke Namsan Tower ni ada 2 cara, sama ada jalan kaki atau kereta kabel. Kebanyakan tourist yang datang siang-siang akan jalan kaki, sebab sepanjang jalan ada taman. Sebab shida datang malam, terus naik kereta kabel je. Bayar lebih sikit le. Hehe.  
8,500 won = RM 26


Masa operasi Namsan Tower:

Kadar bayaran di Namsan Tower, ada 3 pilihan;

i) Observation Deck Restaurant
 

ii) Restaurant Package

iii) Observation Deck / Alive Museum

Tapi shida just round round area situ je, cuci mata tengok Seoul malam-malam & love padlock area.


Dapat juga snap gambar depan pondok macam ni, macam dalam cerita City Hunter tu. Feeling sikit.






Selesai malam pertama di Seoul. Macam biasa singgah kedai beli susu pisang lagi. Cuci mata kat underground shopping mall.