Thursday 22 January 2015

SABUN MARINE ESSENCE COD BANDAR TASIK PERMAISURI



Khas untuk semua yang berada di kawasan berikut, shida ada buat perkhidmatan COD area:

  • HUKM
  • Jalan Yaacob Latif
  • Flat Seri Melaka
  • Lake Field
  • Sungai Besi
  • Taman Len Sen
  • Taman Bukit Anggerik
  • Taman Ikan Emas
  • Bayu Damai Apartment 
  • Bayu Damai Apartment 2
  • Flat Penara
  • Taman Tun Perak 


Hubungi shida di 013-2529186


Bodywash & Shampoo pun boleh COD juga

BAJET TRIP BUSAN - JAGALCHI MARKET FAMOUS SEAFOOD MARKET

 
Pagi sebelum shida fly ke Jeju tu, shida and kawan2 decide nak lunch seafood. Busan pemes dengan seafood dia. Besar-besar and fresh. Bukan takat seafood dia je besar, shida tengok buah-buahan dia pun gemuk-gemuk besar je.


 Tengok sotong dia, tersangat la besar. Ni makan sotong kangkung memang puas hati. Nampak sotong je, kangkung tenggelam. Ikan pun besar-besar. Mungkin faktor cuaca kot. SubhanaAllah.
King Crab, harga pun king!

 CARA KE JAGALCHI MARKET

> Naik subway line 1. (shida naik dari Busan Station Exit 8)
> Get off at Jagalchi Station, exit 10
> Jalan terus sehingga simpang 4 yang ke - 2. Di simpang yang kedua, kat sebelah kiri korang boleh nampak Pintu Gerbang Busan International Film Festival. 
> Dari simpang tu korang ke kanan dan kira-kira 300 meter dari situ la Jagalchi Market.


Berdepan dengan bangunan ni ada barisan restaurant seafood. So, korang pilih je yang mana-mana. Lepas shida tanya sifu sifu kat group backpakers and blog, kat sini halal. Cuma bagitau ahjumma (aunty) kedai tu, tak nak soju. (soju andeh - bahasa korea)


Gambar dalam menu memang buat air liur menceceh, tapi dalam hati berdebar juga sebab risau tak kena dengan lidah. Kitorang puas la toleh kiri kanan tengok orang Korea masak macam mana. Yang kelakar dorang pun perhati je kitorang. Mungkin sebab Busan baru nak start jadi tempat pelancongan baru start nampak orang luar.
 Side dish untuk kitorang. Yang paling best jap lagi makan wrap wrap dengan salad. Nasi? Restaurant ni ada sediakan nasi, tapi pagi tu kitorang dah makan nasi kat guesthouse, jadinya masing-masing nak meratah je.

Tengok muka, serius kan masa masak. Neves dalam hati tengok ikan ni mengeliat geliat masa kena masak.
Ok dah siap masak. Serious tak tahu nama ikan ni. Rasa macam ala-ala paprik pun ada, kalau dipedaskan lagi, mesti lagi sedap. Lidah Melayu kan.
Bergembira bakar abalone, memang berbaloi dengan harga dia. Nanti orang kat kedai ni bagitau dah masak ke belum.
Tak dela kita makan mentah. Hehe.
Ok, ni menu paling WIN! Sotong pedas.
Memang menu WAJIB rasa.
Makan cam tu je pun sedap, makan wrap pun sedap.
Cuba la nanti k.
  Gendang gendut tali kecapi,
Bolat perut, senang hati.
Lagi senang hati lepas makan ni terbang ke Jeju pula.





Saturday 3 January 2015

REVIEW GUESTHOUSE BUSAN - BUSAN SUKBAK GUESTHOUSE


Guesthouse ni rasa macam owner suruh 'buat macam rumah sendiri'. Sebab sampai-sampai je kita tak akan disambut receptionist. Kunci dah siap-siap dia letak kat dalam locker. Kita ambil sendiri. So tak kesah la korang nak check in bila.
 Kalau nak stay sini memang highly recommended sebab betul-betul tengah bandar Busan and dekat seberang jalan dengan stesen subway Busan station. Dekat dengan underground shopping mall juga.

Nanti booking.com akan email confirmation letter kat kita. So dalam tu ada password. Follow je instruction dia. Mudah. Kalau tak faham, kat meja receptionist tu ada telefon. Call je owner. Nanti dia explain. Oh ye, dia boleh speaking.
Ni bilik untuk 6 orang. So shida tak share dengan orang luar. Selesa sangat. Tak sempit tak luas. Elok-elok je. Shida dapat bilik yang ada tingkap, tengah malam macam pukul 12 tu nampak la beberapa orang mabuk. Betul la macam dalam drama tu. 
Tapi siapa yang tido atas kena hati-hati lagi orang yang tinggi, jangan terhantuk kepala na. Shida tinggi dalam 163cm tu pun dah terhantuk aje. Sabo jela.
Ok ni pantry dia. Simple je. Siap sediakan susu lagi untuk guest. And nak simpan makanan pun boleh, just label kan no bilik je kat tapawe. Sticker pun disediakan.

Ni la breakfast kitorang. Roti dia supergebu. Ni pun free, guesthouse sediakan. Shida breakfast mesti nak minum Mineral Coffee, bagi kenyang lama sikit. Yela masa travel makan tak tentu bila.
Ini la ruang makan, ruang tengok TV, ruang update FB and instagram. Yang best Wifi dia laju. Compare dengan guesthouse Jeju and Seoul. Ada FREE washing machine, drier, desktop,iron, hair drier and printing service. Boleh print border pass kat sini.


Kat guesthouse ni tingkat 1 area perempuan, tingkat atas area lelaki. Tapi pantry share. So siapa yang nak stay sini, nak keluar kat pantry hati-hati pakai tutup aurat siap-siap yeh. Masa haritu kitorang macam lipas kudung lari masuk bilik amik tudung. Lawak pun ada bila ingat balik.
Ni Soo Young, staff guesthouse ni. Baik sangat Soo Young ni, siap tolong tahan taxi untuk kitorang lagi. Mintak driver taxi hantar ke airport and jangan berpisah dengan taxi belakang. (shidanaik 2 taxi sebab 6orang). 
Last day tu, sempat shida sembang dengan dia. Fluent english dia. Dia cerita susah dapat kerja yang match dengan kelulusan, nak dapat kerja ni pun susah sebenarnya. Ikutkan dia ni ada kelulusan degree.
Rasa terharu shida dengar dia cerita. Macam tengok drama korea.
Bertuah jadi rakyat Malaysia bila shida fikir balik kat Malaysia ada banyak peluang bekerja. Just nak dengan tak nak je.





Ok gambar 2 kat atas ni, owner tu dengan baik hati tulis besar-besar cara nak round Busan. So korang boleh adjust itinerary korang. Memang helpful and save masa.



 
Ok korang, happy holiday.