Wednesday 31 December 2014

IMBASAN 2014 HIGH AND LOW SHAHIDA HASSAN

January 
Excited buka booth di Bangi Gateway. Second time. Syukur, Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka. 


February
 
Holiday bertiga, adik dan kawan baik. 
6 hari 5 malam
Kota Kinabalu - Kundasang - 3 Pulau

Mac

Karnival Gegar JTX
Karnival memperkenalkan alat jimat minyak tanpa pengubahsuaian enjin. Anjuran Haio.
 
Mei
Menjadi salah sorang ajk pelancaran group hijabista Hijab Community Malaysia, terus dirakam RTM dan masuk dalam majalah keluaran Karangkraf serta suratkhabar. 
Berkesempatan merasa pengalaman berurusan dengan media.

Jun

Diraikan oleh Haio dengan pencapaian jualan terkumpul RM20,000
Pencapaian pertama shida dalam bisnes.
Alhamdulillah.
Short Vacation di Lost World of Tambun dengan family



August
Dah lama shida tak sambut Merdeka kat Dataran. Selalu tengok kat TV sebab suka tengok aset kerajaan. Hehe.
Tapi tahun ni terasa nak teman abah. 
Ni tahun ke 3 abah pakai baju bendera.
Awal pagi konvoi naik motor pergi dataran.
Berpengalaman tengok abah jadi popular jadi tumpuan wartawan dan orang ramai.

 
Oktober

Short trip 2 hari 1 malam kat Melaka dengan bestfriends, alang-alang jumpa customer nak beli set Premium Beautiful.
Syukur berjalan dengan lancar.
Aktiviti utama>>>Makan-Gelak-Makan-Selfie




First time ber photoshoot di studio. 
Studio Bella Ammara.
Satu lagi pengalaman baru untuk shida.
First time MUA datang makeup.
Shida semakin jatuh cinta dalam dunia bisnes.
Exciting and full of suprise.


November
Ok ni bulan kelahiran shida!
Special tahun ni.
Sambut birthday kat Korea!
04.11.2014
My dreamland start tengok Runningman.

10 Hari 9 Malam
Busan - Jeju Island - Seoul


Disember

Bergelar graduan pemegang Ijazah Sarjana Muda.
Syukur, 4 tahun berperang dengan emosi.
Ada naik ada turun.
Tahun terakhir paling mencabar bila nak siapkan final project dan kelas biasanya malam bertukar ke hari Ahad. Bila hari ahad, banyak komitmen bisnes kena adjust dan masa berlibur memang sangat terhad.
Tapi syukur, berjaya rasa konvokesyen universiti.
 
 
 Untuk penutup 2014, last bercuti dengan family di A Famosa Resort fully sponsored Istana Negara.
Family Day anjuran office abah.
And tambah happy dianugerahkan 
"Queen of the Night"
Dapat 2 tiket free masuk Safari and hamper.
Syukur. 
 
 Syukur Alhamdulillah. 
Ada juga pencapaian-pencapaian peribadi yang shida berjaya.
Dari segi kewangan, emosi, hubungan dengan keluarga serta hati.

Terima kasih kepada semua yang mengenali shida dan bersama shida tak kira high and low. Setiap pertemuan, perpisahan, jatuh dan bangun menjadikan shida hari ini.
 
Debaran 2015 InsyaAllah akan lebih baik dan luarbiasa hebat.
Good Luck untuk semua dream fighter!
 
 
 






REVIEW GUESTHOUSE JEJU ISLAND - YOU & I GUESTHOUSE

Shida book guesthouse ni melalui booking.com. Sebelum shida travel ke Korea, shida research sikit blog ke blog. Ramai Malaysian stay kat sini. So, terasa selamat and confident.

Shida betul-betul recommend kat korang, stay kat sini kalau ke Jeju.
SEBAB :

1. Tak perlu deposit, bayar cash masa nak check in ( guna duit korea)
2. Berada di tengah bandar Jeju (Jeju-city)
3. Dekat dengan underground mall dan kedai serbaneka (ala-ala 7E)

 

4. Dapur di super besar! And lengkap segalanya. Masa shida sampai tu, memang lapar. Owner dengan baik hati bagi kitorang ambil je ape-ape yang ada dalam peti ais tu. Masak. Apa lagi, goreng telur la kita. Kalau ikutkan notice kat peti ais tu, makanan tu strictly untuk breakfast nanti. Rezeki kitorang le tu. 
Oh sardin ni bawa sendiri. Hee.


Nasi tu, instant rice, shida beli kat supermart kat sana. Saja amik yang purple, nak rasa kelainan. Yang putih pun ada. Tinggal masuk dalam oven tunggu 2 minit. Siap!

5. Ruang Leisure super leisure. Dengan luasnya. Kemudahan desktop and print FREE. Tu yang shida nak print border pass ke Seoul mudah. Tak la stress nak cari CyberCafe.


6. Ruang makan dan game yang luas. Lepas makan, biasanya kitorang akan iron baju kat area ni and main game UNO Block tu untuk decide turn mandi pagi esok. Sampai guest lain tersenyum dengar kitorang gelak. Yela masing-masing tak nak No2 dengan No Last. No 1 dah memang book dengan member shida sorang tu. Dia suka siap awal. 

7. Keselamatan terjamin. Kunci pintu pun feeling Korean sangat. Kan dalam drama korea banyak tunjuk dorang kunci rumah guna no pin je.

8. Bilik yang sangat selesa, bilik air dalam bilik. Tak share dengan orang luar. Ada bilik makeup feeling macam artis kat luar. Ada hair drier lagi. (sorry shida tak snap gambar bilik sebab 6 orang dalam 1 bilik, penuh dengan barang. Tapi nak bagitau katil dia sangat selesa, besar dari guesthouse kat Busan & Seoul)

9. FREE washing machine tapi drier kena bayar 2,000 won sekali guna. (macam tak free je washing machine tu. Macam hidden charge kat drier pun ada. Haha.)

10. Assistant kat You & I guesthouse ni sangat baik dan peramah. Siap tolong angkat beg bawak naik atas. Sebab bilik besar kat tingkat 2. 
nah belanja gambar fefeeling.


Work Hard, Plan Hard, Play Hard.

Tuesday 30 December 2014

CARA MENCUCI BARANGAN ELEKTRIK SELEPAS BANJIR

Ini juga adalah dari pengalaman saya menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.
Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV ,  peti ais , mesin basuh , table fan , peralatan letrik dapur dan lain2 perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah. Jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.
Ingatlah komponen barangan eletrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air, ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. 
So, berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpor.

>>>>Apa harus anda buat?

1. JANGAN SEKALI-KALI CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK.

2. Kumpul semua peralatan letrik , then tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dalam peralatan , kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.

#JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPUR YG DEGIL

3. Bila dah rasa cukup bersih , jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.

4. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul2 kering.

5. Pasangkan balik back cover atau penutup.

6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV , peti sejuk , mesin basuh , kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira-kira 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.

YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.

Untuk membantu mangsa2 banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan eletrik yang baru.


*shida panjangkan dalam blog, copy paste dari group Whatsapp.




Semoga mangsa banjir tabah dan kuat menghadapi ujian ini dan terima kasih kepada penulis tips ini. 

BAJET TRIP JEJU - AIR TERJUN JEJU & CERITA BANGAU TERBANG MITOS KEPERCAYAAN ORANG KOREA


Sebenarnya banyak air terjun kat Jeju, tapi Sara bawak yang dekat dengan persisiran pantai and yang terdekat dengan Iichulbong. Itu pun ambil masa perjalanan dalam 40 minit. Satu yang shida nak puji ke tak puji, Sara dengan setianya bawak van 70-80km/j . Betul-betul ikut had limit laju. Ada sesekali dia bawa 90 km/j, gps dia dah bunyi teet teet. Dari sakit telinga, dia bawak je ikut peraturan. 


Nak kata dia sorang, shida tengok kereta lain pun sama. Mungkin dorang dah dididik macam ni. Kalau ikut hati nak je mintak dia tekan 120km/j. Rasanya boleh jimat 15 minit. Tapi ikutkan je, asalkan selamat pergi dan balik. Yang lawaknya, bila kitorang mengomel dalam bahasa melayu cakap nak je suruh dia laju, Sara cepat-cepat cakap English please. Haha. Cam tahu tahu je. 

Kat air terjun ni memang lebih pada menikmati pemandangan. Dengar bunyi unggas bunyi air sesekali bunyi burung, aman betul. Masa shida sampai sini dalam pukul 6.30 petang waktu Korea, lebih kurang 5.30 petang waktu Malaysia. Sana cepat 1 jam dari kita.



CERITA BANGAU TERBANG

Masa kawan-kawan shida tengah snap-snap gambar, shida dengan Sara jalan kat depan. Ni ceritanya:

Sara   : Shida, see there, flying crane! (nada terkejut and happy)
Shida : Wow! (ikut sama excited, sebab kat KL mana la nak nampak bangau terbang)
Sara   : Shida you must be lucky girl. I'm excited.
Shida : Why? What are Korean believe for flying crane.
Sara   : Actually, it is so hard to see flying crane and more over at waterfall. We believe something that we have waiting for a long time will come to people who see flying crane. Maybe fortune maybe true love.
Shida  : Then, maybe I will meet my other half at Seoul (mana la tau boleh terjumpa Gary oppa kan,lol) or you will get married soon. (yela, nampak dengan dia kan pastu kepercayaan diorang)
Sara    : Maybe. (dengar cara dia gelak macam excited, yela kot, sebab orang Korea perempuan umur 30 an baru start fikir pasal kahwin, dia pun dah 30 an shida tengok)

-end-

Kebanyakan Korean ni athies, so dorang percaya jela apa yang dorang nak percaya. Macam kita orang Islam tak boleh la. Nanti syirik pula. Kalau tiba-tiba jadi benda yang kita tunggu-tunggu tu, percayalah itu semua kebetulan. Allah jua yang Maha Mengetahui. 

Shida keluar dari area air terjun dalam pukul 7.30 and sempat beli ole-ole Jeju nak bawak balik. Tak tahu la ole-ole shida mesti makanan. Bila sampai Seoul baru perasan tak beli barang pun. Sabau jela. Belakang tu pokok tangerine biasa, yang limau Jeju tu selalu berbuah bulan April - Mei. Tak ada rezeki nak rasa and petik. Masa spring la maksudnya. InsyaAllah, kita pergi spring pula. Dapat rasa.

Habis sudah journey di Jeju.
Tak sangka Jeju sebesar ni, bayangan shida macam besar Pangkor. 
Sebab tu spend 3hari 2malam disini.
Kalau tahu spend 5hari di sini.
Shida betul-betul reccomend kat korang spend 5hari kat sini.

Ok have fun korang.
Till next entry.

Monday 29 December 2014

BAJET TRIP JEJU - SEONGSAN IICHULBONG PEAK



Lepas makan seafood yang super lazat tadi, gerak ke sini. SubhanaAllah, lagi sekali macam tak percaya dah sampai kat sini. Siapa yang tengok cerita Queen In Hyun's Man mesti rasa teruja. Sebab banyak kali scene kat sini.
Ni antara scene dalam cerita ni. Tapi nak kata lenggang macam ni memang tipu. Masa shida pergi penuh dengan umat manusia. Nak snap pic kat batu ni pun jenuh tunggu. Ada yang jenis tak queue, tu yang melambatkan lagi. Sabo jela.

Sebabkan nak holiday malas nak panjat-panjat tangga, lagi-lagi lepas makan. Shida just mingle-mingle kat area entrance je. Nak masuk tak silap shida 3,000 won. Tak berapa ingat sebab tengok kat kaunter sekali imbas.
Sampai takat ni jela kitorang round kat Iichulbong ni. Nasib kawan-kawan jenis seia sekata. 

Destinasi seterusnya Air Terjun! 
Kat Jeju ni banyak air terjun, Sara akan bawa salah satu yang cantik dan akan lalu persisiran pantai Jeju. Nanti nampak port Jeju. Memang cantik. Persisiran pantai dia jenis berbatu-batu, so tak ada orang mandi and picnic kat situ. Shida dapat tengok masa sunset. Memang terpegun tengok pemandangan.

*Tak dapat snap pic pemandangan sebab tengok dari dalam van je. Seriously, kalau korang pergi Jeju try pergi area persisiran pantai. SubhanaAllah, Maha Suci Allah.

TUJUH [7] SOALAN LAZIM PREMIUM BEAUTIFUL KORSET

1. Adakah pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan seseorang?

Tidak. Ia menggalakkan peredaran darah & kadar metabolisme badan. 
Malah, pemakaian berterusan dapat menghasilkan bentuk badan yang diidamkan. 
1 hari hanya 8 jam. (tak sedar pun kalau pakai masa hari bekerja, kira masa office hour je)


2. Kenapa ada sesetengah orang pakai Premium Beautiful rasa gatal-gatal atau kulit kemerahan?


Kalau ada rasa macam ni, ini dipanggil proses detoksifikasi tengah berlaku disebabkan oleh toksin berasid yang dikeluarkan melalui peluh dan ini hanya sifat sementara. 

Tips atasi masalah ini:

Cuci Premium Beautiful lebih kerap (hari-hari), selalunya 2 hari sekali. Untuk permulaan basuh hari-hari. 

Minum air putih yang cukup setiap hari.

3. Boleh tak pakai Long Girdle sahaja? (Seluar)

Kalau pakai Long Girdle sahaja, pengalihan lemak jadi tak sekata dan pembentukan badan jadi tidak seperti yang diidamkan. Bayangkan pakai Long Girdle, lemak dari punggung terbonjol kat bahagian perut atas. Kalau pakai 1 set, Waist Nipper akan alihkan lemak ke bahagian dada dan bentukkan pinggang pemakai.

4. Bila masa yang sesuai pakai Premium Beautiful masa berpantang?

Bersalin Normal : Selepas 7 - 10 hari
Bersalin Operate : Selepas 10 - 14 hari

Tapi, dinasihatkan pakai secara berperingkat mengikut tahap kesihatan dan keselesaan pemakai. Masa terbaik bagi wanita bersalin untuk KURUSkan badan ialah dalam masa ENAM bulan. Kalau pakai awal lagi cepat dapat hasil yang diidamkan. 
Bukan saja dapatkan bentuk badan asal, malah dapat kembalikan organ dalaman dan rahim ke tempat asal.

5. Berapa lama kita akan dapat hasil lepas pakai Premium Beautiful?

Biasanya, kita akan dapat lihat pembentukan badan dengan SERTA MERTA, tapi ini hanya sementara.
Untuk kekalkan bentuk badan begitu, pemakai kena pakai secara konsisten selama 1-6 bulan.




6. Apa yang dimaksudkan jaminan servis percuma sepanjang hayat / Lifetime Warranty?

Kalau ada kerosakan seperti cangkuk tercabut, pemakai boleh hantar Premium Beautiful untuk servis di mana-mana stokis secara percuma pada bila-bila masa sahaja. Anda dinasihatkan membeli Premium Beautiful dengan wakil sah dan aktif untuk memudahkan urusan anda pada masa hadapan. 
Kebiasaanya kerosakan kecil ini berlaku dalam tempoh 5 tahun pemakaian, sungguhpun begitu bergantung pada cara kendalian pemakai. 
 
7. Kalau pakai Premium Beautiful, badan rasa panas tak?

Premium Beautiful dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik AKWATEK AKWADYNE yang bersifat semulajadi seperti fiber, nilon dan tetron yang mempunyai kuasa serapan yang baik dan alih udara. 

Ini membuatkan pemakai lebih selesa dan tak panas. Boleh pakai untuk aktiviti bersukan dan riadah. Kalau pengantin pakai untuk photoshoot pun selesa.






Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan lain dan free fitting boleh hubungi shida terus di 013-252 9186.

BAJET TRIP JEJU - LUNCH SEAFOOD JEJU TERBAIK

Sebelum ke Iichulbong, singgah restaurant seafood, satu arah je. Memang dugaan nak makan, masa tu berderet bas nak masuk ke Iichulbong, dalam 15 minit juga tunggu dalam van. Sara duk hirup coffee dia sampai ke titisan akhir. 
Mee ni dibuat daripada ubi kentang. Sara cakap perempuan Korea makan mee ni masa diet. Dorang tak makan nasi. Sebab low calories. Serius sedap. Rasa macam tomyam pun ada. Tapi pedas-pedas manis. Lain la rasa dengan masakan kita.

Masa yang ditunggu, abalone kusayang. Geram tengok gemuk-gemuk abalone nya. Yang penting fresh rasanya.
Masak depan mata. Masa tunggu dia masak, tak terkira la telan air liur. Dengan baunye. Rasanya masa travel ke Korea, makan kat Jeju paling best. Even kat Busan, kitorang makan seafood juga. Tapi masakan Jeju rasa lebih kena dengan tekak Melayu ni.
Udang kulit keras. Memang kesabaran tinggi nak kopek kulit beliau.

Cakap pasal ikan bakar ni, sebenarnya ikan ni belum terbalik lagi, bila sampai atas meja, kita yang akan terbalikkan. And terdengar bunyi gemersik yang paling merdu sekali dengar dia masak belah dalam. Bila tanya macam mana nak masak ikan ni. Macam tak percaya dorang tak guna rempah apa-apa pun. Garam sikit je untuk naikkan rasa. Shida rasa faktor fresh buat ikan ni super sedap.


Korang pernah makan Pajeon kat Dubu Dubu tak? Rasa super sedap kan. Tapi bila rasa Pajeon kat Jeju ni. Ok terus terfikir, apa yang aku makan kat Dubu Dubu tu. Nape lain sangat. Serius sedap sampai rasa nak order bungkus bawak balik Malaysia.

 Ni bachan @ side dish yang diberi. Kimchi dia memang terbaik. And lagi sekali, shida tertanya. Apa yang shida makan selama ni kat Dubu Dubu. Bukan DubuDubu tu tak sedap, just ada beza sikit. Mungkin faktor cuaca dan suasana agaknya. Haha.

Muka bahagia dan lega masa makan. Hee. Next destination, kita nak pergi air terjun! Yeay. And yang paling kelakar sekali, Sara kata first time die overtime sepanjang dia jadi tourist guide and semua gegirl. Dia rasa happy and rasa cam dia pun tengah holiday tu yang dia ok je nak overtime. Syukur, boleh la kitorang round sampai malam. Highly reccomend, Yeha Tour untuk korang.


Have fun korang!

Work hard, Plan Hard, Play Hard.