Tuesday 21 October 2014

NOODLE BOAT, MAKANAN ALA THAI MAKAN BERMANGKUK-MANGKUK



Balik dari short trip Melaka weekend lepas, shida dengan kawan2 shida plan dinner di Noodle Boat, Jaya One berdekatan dengan PPUM, Petaling Jaya. Tengah meletup-letup kat Instagram.




Mula-mula kawan shida cakap nak makan 5 mangkuk, terkejut shida agaknya dia lapar sangat. Rupanya dah sampai sana tengok orang makan memang bertingkek tingkek mangkuk atas meja. Shida sendiri makan lebih 3 mangkuk. Haha.



Restaurant Noodle Boat ni baru lagi, tapi dengan keunikan and instagram power, restaurant ni full house aje. Kena beratur kejap. Tapi tak pe, servis and layanan dia laju dan mesra. Terubat la hati menunggu masa kelaparan tadi. 


Ok selamat menjamu selera korang. Jangan lupa makan bertingkek-tingkek ok.

Thursday 16 October 2014

PADANG PASIR MELAKA, PANTAI KLEBANG



Jangan terkejut bila shida cakap kat Melaka ada PADANG PASIR. Masa mula-mula dengar kawan cerita pasal padang pasir ni excited rasanya. So sebelum sampai ke Egypt, kita boleh feeling-feeling  dekat Melaka dulu.





Sesampai je kat area Pantai Klebang tu tersesat sampai ke Muzium Kapal Selam. Ternampak la kawasan tapak pembinaan kat area situ. Mula-mula agak kecewa, ingatkan padang pasir tu untuk sementara je. Dah try Waze and Google Maps banyak kali, tapi duk cakap you have reach your destination. Tapi still tak nampak tempatnya.




So, kitorang pun decide keluar dari area tu, tapi elok je ke depan sikit dalam 200 meter, ada kereta masuk kanan dari arah jalan besar (belah kiri ada hotel bas tu). Kitorang pun follow. Rupanya terlepas simpang sikit je. Alhamdulillah jumpa pun.


AWAS!
 Jangan drive masuk area pasir jauh sangat selain 4 WheelsDrive. 
Nanti jerlus kereta masuk pasir, tak boleh balik dah. Ngerinya.


Sesiapa yang nak plan short vacation ke Melaka, boleh ke sini. Jangan lupa bawa tripod or monopod. Suasana dia berangin and sangat nyaman memang buat mood ambil gamar, lagi-lagi kalau pergi beramai-ramai.


JALAN KE PADANG PASIR MELAKA NI:

Jalan ke arah Pantai Klebang sampai jumpa area restoran dalam bas tu takpun ada binaan tulis pantai 1 Malaysia. Korang masuk kanan, jalan straight jumpa construction rumah kedai. Dalam 200 meter masuk kanan, korang akan nampak dah Padang Pasir ni.

*Simpang ni sebelum Muzium Kapal Selam tu ye, kalau terlajak boleh u-turn. Nak mudah, GPS dulu muzium ni.

 


 Happy holiday uols!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
 Plan & Fly!

PHOTOSHOOT DI STUDIO BELLA AMMARA @thewhitehousemy


Bertempat di Seksyen 7, tingkat atas Butik Bella Ammara, shida dan business partner yang lain berpeluang shoot business profile di sini.
Studio ini salah satu cabang bisnes baru Bella Ammara.


Beza dengan studio lain, studio ni offer conceptual style. Lebih moden dan bersahaja. Di antara sebab shida dan business partner memilih The White House Studio ni. 

Kalau nak tahu, ni salah satu pengalaman baru untuk shida since start berniaga online. Sebelum ni tak pernah shoot dalam studio macam ni. Rasanya model-model je yang berpeluang pose-pose depan camera macam ni. Tapi bila berbisnes, banyak perkara baru yang dapat shida buat.


Betul kata orang, pengalaman tak boleh dinilai dengan wang ringgit. Ikhlas shida cakap, dunia bisnes dunia memang berwarna warni dan penuh kejutan.


Shida bersyukur sangat ditemukan dengan GLAM dan Fabulous Team. Bila ada support, ada tempat rujuk yang betul, semua benda jadi senang. Dulu, shida sendiri tak tahu nak berniaga online. 
Lagi-lagi cara nak iklan, nak urus bisnes online, mana nak pos mana nak layan pm customer.

Dengan kelas marketing PERCUMA setiap minggu hari jumaat, banyak ilmu shida dapat. Semua jadi mudah. Alhamdulillah, syukur.



Daripada BELUM TAHU sekarang SEMAKIN TAHU.
Berada di landasan yang betul akan merealisasikan impian.
InsyaAllah.


Yang penting teruskan usaha sehingga ke garisan penamat.




*teringin nak photoshoot outdoor pula. teet.