Thursday 28 August 2014

KINABALU PARK SABAH, KAKI GUNUNG KINABALU

Sebab utama shida ke Sabah, selain makan, shida nak release tension. Nak lupakan sesak-sesak kat Kuala Lumpur. Jadinya, shida masukkan Kinabalu Park ni dalam itinerary must visit shida.

Tenang, aman, damai, nyaman and rasa bahagia je kat sana. Sampaikan, kitorang naik ke sana tutup aircond kereta. Sejuk! 

Kalau korang ada stamina, boleh la daki sampai ke Puncak Gunung Kinabalu. Tapi, shida takat kaki gunung aje..tak daya rasanya..Ada ternampak orang yang ambil upah bawa beg dengan tong gas. Memang real, tapi sayangnya, tak teringat langsung nak snap pic leka bersembang. T_T


Lepas tu, pergi ke pelantar melayan perasaan dengan angin yang tersangat sejuk. Subhanallah, cantik betul pemandangan. Dengan kabusnya.


Ok, selamat bercuti korang.



Luv luv,
ShahidaHassan

Happy holiday!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
 Plan & Try!

Wednesday 27 August 2014

SABUN MARINE ESSENCE COD PUTRAJAYA

Rupanya ramai yang susah nak beli online lagi sebab kat rumah tak ada orang nak terima poslaju.
 
Nak pergi collect kat pejabat poslaju jauh sangat pula.
 




Tak pe, shida boleh hantar terus kat korang yang duduk kat 
 
  • Putrajaya
  • Alam Damai
  • The Mines
  • Aeon Cheras Selatan/Balakong
  • Bandar Tasik Permaisuri
  • Sungai Besi


    Boleh hubungi shida
    013-2529186

Monday 25 August 2014

RUMAH TERBALIK SABAH

 Mood bercuti?
Shida sentiasa!
Rindunya pada Sabah! 

Bila teringat masa bercuti di Sabah, shida still rasa amazing dengan kreativiti founder Rumah Terbalik Sabah termasuk juga kegigihan orang nak siapkan rumah tu.



Rumah terbalik Sabah terletak betul-betul sebelah Restaurant Mango yang shida sampai hari ini terliur dengan sagu mangga dia. boleh baca di entri ni, Sagu Mangga Sabah


Tahukah anda?

Berat barang-barang dalam rumah terbalik jadi DUA KALI GANDA dengan berat sebenar sebab lawan graviti.



Oh ye, bagus juga pihak tourism Sabah tak bagi ambil gambar dalam rumah tu sebab nak simpan sebagai misteri untuk para pelancong yang lain. So, shida ambil gambar kat persekitaran aje. Nanti korang experience sendiri ya.

 
Ada yang tanya shida kat fb, susah tak nak berjalan kat Sabah. Bagi shida sangat mudah dengan kemudahan GPS sekarang ni. 
Shida guna application Waze je. 
Just sewa kereta, then jalan je ke mana kita nak. Masa pun lebih flexible compare kita ambil dengan travel agent. 


- Luv luv-
shidahassan
 

  Happy holiday!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
 Plan & Try!

Sunday 24 August 2014

CARA MEMILIH TUALA WANITA YANG BERKUALITI

Tahukah anda?
Perempuan mudah terdedah dengan pelbagai jenis penyakit seperti kanser serviks, kanser rahim, keputihan yang melampau dan banyak lagi.

Salah satu puncanya ialah dari penjagaan kebersihan di miss V yang tidak dititikberatkan seperti jarang menukar tuala wanita semasa haid. Dan juga tuala wanita yang luput tarikh dan terdedah pada habuk. 

Disebabkan itu kuman mudah merebak dan membiak lagi-lagi ketika miss V dalam keadaan yang lembap (haid / keputihan).
  
 Shida  nak share cara memilih tuala wanita yang lebih selamat dan pastinya berkualiti tinggi.
  

Shida berharap ramai yang ada kesedaran untuk menjaga miss V ini mulai hari ini, imagine, di situ la kita nak lahirkan zuriat kita, berjimak dengan suami dan keluarkan darah haid tiap-tiap bulan.  
 Jom kita jaga miss V mulai hari ini, seperti kita beratkan penjagaan kulit muka.



Harga bagi Bio Seleza:

1 mix box mengandungi :
30 pcs x 2 pack pantiliner
10 pcs x 2 pack pad siang
8 pcs x 1 pack pad malam
8 pcs x 1 pack pad malam extra panjang
Harga Retail RM131; Member rm114
=Total 96 pcs


1 day safe box mengandungi :
10 pcs x 6 pack pad siang
Harga Retail RM128; Member rm111
=Total 60 pcs


1 pantiliner box mengandungi :
30 pcs x 6 pack pantiliner
Harga Retail RM138; Member rm120
=Total 180 pcs

Yuran ahli = RM50 dan layak menerima bonus atas belian.
More info and order boleh contact shida 013-2529186



Jom Bertukar sekarang!
Pasti SELEZA!

OPEN HOUSE 2014

Alhamdulillah, syukur.
Raya kali ini, bagi shida sangat bermakna walaupun shida tak balik kampung. Sebab tak sangka, lebih dari separuh jemputan datang open house shida. Dari kawan2 abah, sedara mara, kawan2 mak, kawan2 shida sendiri, adik perempuan and adik lelaki. Memang tetamu datang non stop dari pukul 2 petang tu.



Menu:

Rendang Daging 
Nasi Impit
Sambal bilis
Nasi Ayam
Laksa
Koktel
Tembikai
Sirap pandan


Menu open house semua mak shida yg masak. Abah lak orang kuat bab set up meja dengan ruang tamu. Dari malam jumaat tu dah 'berperang'.


The family
Yang menambahkan lagi rasa bermakna sebab ni first open house kat rumah baru. Suasana baru gitu. Sebak juga bila teringat rumah lama. Yela tempat membesar dari umur 3 tahun tau. 
The family
Mak abah shida happy sangat sebab ada yang sedara mara kebetulan ada hal kat KL, sempat la dorang singgah. Memang rezeki betul. Sungguh Allah itu Maha Penyayang. 


The family 
Happy sangat sampaikan kena masak lagi sekali lewat petang tu, group kawan2 adik - adik shida lak nak datang. Sekali ganda amount nya. Memang letih, tapi sangat2 berbaloi.

With lovely childhood friend
With sweetest married couple


With super sporting officemate

Open house atau rumah terbuka ni bertambah best bila dapat hidang masakan sendiri tau. Bila habis dimakan, hilang rasa lelah berkungfu di dapur perasaan shida..


First guest. Of course mygff.


With cuttest mommy to be.

With hottest mommy to be.

Terima kasih sahabat handa dan saudara mara, yang sudi datang open house shida. Terharu tau. Siap ada yang tersesat-sesat jalan. Semoga silaturrahim kita berkekalan hingga Jannah. InsyaAllah. 

Love you all back to back to the Moon,
Shahida Hassan. ♥♡♥♡

Friday 8 August 2014

TIPS PENJAGAAN POWERBANK


 Shida percaya majoriti pengguna smartphone sekarang ada powerbank. Lagi-lagi 24hours online internet, bateri phone mesti cepat habis.

Shida sendiri selang beberapa bulan beli smartphone beli powerbank, teringat masa bateri phone habis and terpaksa menapak cari center Samsung tumpang charge phone sebab nak call member. Panic betul masa tu. So, solutionnya beli terus powerbank siap brand Transformers lagi. Kuat le tu..masa tu 13000 watt rasa dah cukup dah. Alang-alang nak beli, beli yang cukup untuk charge 3 kali. 

boleh klik link ini tengok harga powerbank masa shida beli tahun lepas, berbeza dengan zaman sekarang.

Powerbank Transformer Yaobo

Ok, shida share 4 cara nak bagi powerbank tahan lama.


1. Jangan simpan powerbank anda dalam kereta. Ini kerana biasanya suhu dalam kereta akan mencecah 40 Celsius atau lebih tinggi apabila berjemur di bawah matahari dan suhu tinggi ni akan mengurangkan lifespan powerbank anda.

2. Jangan charge powerbank anda dengan menggunakan USB port dari laptop atau PC ataupun DVD Player. Ini adalah kerana output dari USB port alat-alat tersebut terlalu rendah dan anda kena ambil masa yang lebih panjang utk mengecas powerbank anda.

3. Jangan charge phone anda dgn powerbank dan simpan dlm bag. Ini disebabkan apabila anda charge phone anda dengan powerbank dalam bag, udara panas yang dikeluarkan daripada powerbank dan phone tidak dapat disingkirkan sebab udara dlm bag dalam keadaan tertutup. Selain tu, charge dalam bag akan menyebabkan cable2 terhimpit dan cable anda akan cepat rosak. Try charge dalam keadaan terbuka.

4. Jika nak charge powerbank anda dengan Car Charger, sila pastikan car charger anda jenis yang berkualiti. Low kualiti car charger biasa output current dia tak stable dan senang merosakkan circuit powerbank. Selalu menggunakan car charger yang low kualiti jugak salah satu battery phone anda cepat kembung.


So, shida harap setiap orang ada powerbank, lagi-lagi perempuan yang ulang alik pergi kerja or pergi kelas, keperluan di masa emergency.
Bersiap sedia sentiasa kan lebih bagus.
^_^


Sumber: email dari kenalan. 

Tuesday 5 August 2014

RUNNINGMAN TURUN MALAYSIA NOVEMBER 2014?

Kyiahhhh!!!
Arghhh!!!!!

Baru baca kat facebook tadi, RunningMan nak datang Malaysia 1 November 2014 ni?
Ok ni nak frust menonggeng ke nak jerit terguling-guling?

Bukan sebab bahagia sebab diorang nak datang TAPI harapanku macam musnah hancur berkecai. Why? InsyaAllah esoknya means that 2 Nov tu, shida nak fly ke sana dengan harapan terserempak la dengan diorang since Monday nanti shooting day diorang. Mana la tahu terserempak dekat Busan ke Seoul ke Jeju do ke. Boleh snap-snap picture ke join game diorang ke kan.



Adoi diorang pula sibuk jelajah Asia, nak cover Malaysia since Februari lepas tak jadi datang. Tapi kenapa dalam banyak-banyak hari, 1 November tu juga la diorang nak mai.



Salah satu page yang menambah lagi luka di hati..haha..

Beautifulnara.Com

Kat page Facebook Asia TV pun ada info pasal RunningMan Malaysian Fan Meeting. Boleh la korang jenguk-jenguk.


Tak pe banyak masa lagi, maklumat lanjut and sah tak sah RunningMan turun Malaysia nanti mesti di update dari masa ke semasa. 

*Dengar-dengar Super Duper VVIP Seat hampir RM800. Dush dush.
T_T