Tuesday 2 September 2014

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2014 - ABAH MASUK TV DAN SURATKHABAR LAGI


BAGAIMANA MERDEKA ANDA TAHUN INI?



Shida bersyukur sangat dibesarkan dalam family yang ada semangat patriotik. Jujur shida cakap, shida betul-betul kagum semangat patriotik dari abah shida.

SEBAB APA?

Sebelum ni, bila 31ogos excited sebab cuti je. Tapi since abah pakai baju macam ni, semangat terus berkobar-kobar.


 Tahun ni, satu family shida turun Dataran Merdeka, siap konvoi naik motor lagi. Best sangat sebab dah lama tak bawa motor. Sampai je, lepas park motor, wartawan dari Kosmo terus interview abah and snap-snap picture abah sekali dengan motor.

First time tengok moment macam ni. Bangga kite ni.

 Lepas pertunjukan tari menari kat depan tu, orang RTM datang interview abah, berbeza dengan tahun lepas, abah nampak gugup sikit dengan Ally Iskandar. Tahun ni cakap pun lebih panjang and confident. Caya la bah!


Sebelum balik, wartawan dari Metro rasanya interview abah. Nampak tak abah makin relax dengan wartawan. 




And shida perasan tak ramai yang berpakaian bendera macam abah, bagi shida orang yang pakai macam ni orang yang berkeyakinan tinggi dan semangat patriotik yang tinggi. Yang ada pun kanak-kanak, kira ok la tu, mak ayah dorang dah start pupuk semangat patriotik dari kecil lagi.

Semoga negara Malaysia terus maju, aman dan makmur.
Insha Allah.

No comments: