Thursday, 16 October 2014

PADANG PASIR MELAKA, PANTAI KLEBANG



Jangan terkejut bila shida cakap kat Melaka ada PADANG PASIR. Masa mula-mula dengar kawan cerita pasal padang pasir ni excited rasanya. So sebelum sampai ke Egypt, kita boleh feeling-feeling  dekat Melaka dulu.





Sesampai je kat area Pantai Klebang tu tersesat sampai ke Muzium Kapal Selam. Ternampak la kawasan tapak pembinaan kat area situ. Mula-mula agak kecewa, ingatkan padang pasir tu untuk sementara je. Dah try Waze and Google Maps banyak kali, tapi duk cakap you have reach your destination. Tapi still tak nampak tempatnya.




So, kitorang pun decide keluar dari area tu, tapi elok je ke depan sikit dalam 200 meter, ada kereta masuk kanan dari arah jalan besar (belah kiri ada hotel bas tu). Kitorang pun follow. Rupanya terlepas simpang sikit je. Alhamdulillah jumpa pun.


AWAS!
 Jangan drive masuk area pasir jauh sangat selain 4 WheelsDrive. 
Nanti jerlus kereta masuk pasir, tak boleh balik dah. Ngerinya.


Sesiapa yang nak plan short vacation ke Melaka, boleh ke sini. Jangan lupa bawa tripod or monopod. Suasana dia berangin and sangat nyaman memang buat mood ambil gamar, lagi-lagi kalau pergi beramai-ramai.


JALAN KE PADANG PASIR MELAKA NI:

Jalan ke arah Pantai Klebang sampai jumpa area restoran dalam bas tu takpun ada binaan tulis pantai 1 Malaysia. Korang masuk kanan, jalan straight jumpa construction rumah kedai. Dalam 200 meter masuk kanan, korang akan nampak dah Padang Pasir ni.

*Simpang ni sebelum Muzium Kapal Selam tu ye, kalau terlajak boleh u-turn. Nak mudah, GPS dulu muzium ni.

 


 Happy holiday uols!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
 Plan & Fly!

4 comments:

norsyafiqa rosdin said...

Salam.. kat manaa ekkk jakan masuk ke situuu... asek tgk gambar jeeeee.. huh

syuk rie said...

Assalamualaikum.. Nak tanye, kat mane yea jalan masuk ke situ..penat carik x jumpe jgk.. :'(

Shahida Hassan said...

@syafiqa; @syuk rie

jalan dia ke arah pantai klebang, sampai la korang nampak kedai makan guna bas tu. Ada tulis pantai 1 Malaysia, masuk kanan nanti nampak project rumah kedai.

Dalam 200 meter camtu masuk kanan, tula padang pasirnya. Yang penting simpang sebelum Muzium Kapal Selam Melaka.

Elaine Chew said...

Selamat cuti ! Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* villa 827

www.villafamosaresort.com