Friday, 21 November 2014

5 STEP PENTING SEBELUM TRAVEL KE KOREA SECARA GROUP




Autumn lepas, shida dengan kawan2 travel sendiri ke BUSAN - JEJU ISLAND - SEOUL. Shida spend 10 hari kat Korea.

3 Hari 2 Malam - Busan [Guesthouse: Busan Sukbak Guesthouse]
3 Hari 2 Malam - Jeju Island [Guesthouse: You & I Guesthouse]
5 Hari 4 Malam - Seoul [Guesthouse: Kimchee Dongdaemun 2 Guesthouse]


ORANG A

1. SEORANG INCHARGE BAB TIKET PERGI BALIK

Mula-mula sekali urusan booking membooking tiket flight pergi dan balik elok bagi pada SEORANG handle. Macam group shida, Mimi yang incharge. So dari bab print boarding pass, beli tiket, check in semua dia uruskan. Pergi dan balik. 

ORANG B
 
2.  ITINERARY LENGKAP, PRINT SEKALI NAMA TEMPAT DALAM TULISAN HANGUL (KOREA)

Mudah nak bertanya dengan orang sana (driver bus, driver taxi) bila ada tulisan korea, selebihnya boleh guna body language.
Lengkap dengan nama station, exit nombor berapa, nombor bus and so on. Boleh research kat blog, traveler fb group tak pun request itinerary dari shida, insha allah boleh membantu serba sedikit.
Oh ye, tulisan korea tu shida buka kat website  
Visit Korea English Version

Masa travel, ada juga yang kita tak dapat nak follow accordingly. Tapi takpe, itinerary just guideline, be flexible. Yang penting kita selesa. Kalau ada ahli group travel tak nak join ke satu tempat nak ke tempat lain, its ok, setiap orang preference dia berbeza. So beat it. Yang penting setiap orang faham route subway and berkumpul balik kat tempat dan masa yang dijanjikan.

3.  BOOKING GUESTHOUSE YANG BAYAR CASH UPON ARRIVAL

Shida booking guesthouse ni kat Booking.com. Boleh dipercayai, harga murah, and kebanyakan bayar cash upon arrival kat sana nanti. Tak perlu bayar deposit pun. 

Kat Busan, tak perlu jumpa receptionist untuk check in, ambil je dalam box ni

Pilih guesthouse yang selesa and facility dia lengkap dan bagi FREE. Contoh:
Pantry yang lengkap dengan Dapur, Microwave, Cloth Drier, Water Heater, Fridge, WashingMachine, Hair drier, Iron, Computer, Printer.
*macam kat Busan, shower dan toilet dia kat luar. Tapi tetap selesa sebab dia asingkan lelaki dan perempuan ikut tingkat. 

pantry di You & I guesthouse
Guesthouse kat Seoul siap ada foot massage lagi. Best!

4. BELI TIKET FLIGHT BUSAN - JEJU ISLAND & JEJU - SEOUL AWAL.


Ada yang tanya shida, macam mana nak beli tiket flight ke Jeju dari Busan. Macam ni, kat Korea ada banyak domestic flight sama macam Malaysia juga. Ni list flight yang antara termurah, Jeju Air, Jin Air, Easter Jet. Lepas research dengan tengok harga masa date shida nak ke Jeju, JEJU AIR paling murah. Siap dapat 15kg FREE LUGGAGE. Zap, cepat je shida beli. 



Beli tiket flight ni kena bayar guna card credit. Urusan dia macam leceh sikit bagi orang yang tak ada card credit. Syukur, ada kawan office kawan shida pakai card credit. Shida guna card credit dia. Memang senang, isi nombor kad, dengan no pin je.
Sebelum tu, kena sign up jadi member kat Jeju Air website, korang follow je step yang dia bagi tu. Klik sini  Jeju Air English Version

Check in online dalam masa 24 jam sebelum depart. Kat guesthouse boleh print boarding pass. No worry.



5. INSTALL APPLICATION SEOUL SUBWAY STATION.


Pergi kat Playstore, search Subway Navigation. Install. Application ni offline pun boleh guna. So tak perlu risau. Yang best dia siap bagi kita time train arrive dengan depart. So boleh manage masa kita. JANGAN LUPA ADJUST MASA KAT PHONE KE MASA KOREA TAU.
Mudah kite nak tengok kena tukar lane kat mana. And kita boleh tukar nak least transfer atau shortest lane. Mesti nak pilih SHORTEST LANE. Nak jimat masa perjalanan.  Siap ada harga lagi.


Untuk Busan, shida cuma print out map dia. Dia ada 5 lane je. Senang nak faham. Dah try application, tak jumpa lak yang English Version.




 ORANG C

Fahamkan lane train serba sikit, bantu B, sebab masa kat sana bila badan letih, otak pun letih juga. Dengan perubahan cuaca, perut pun mungkin kenyang tak kenyang. Untuk permudahkan perjalanan orang kata. Dalam group shida, Laila jadi C, sampai dia ke Gwangja Market nak beli kain cotton pun sorang-sorang, shida tak sempat  ke sana sebab nak pakai Hanbok punya pasai.



Syukur, kawan2 travel shida ni semua jenis memahami and pandai bawa diri. Macam-macam kenangan masa travel. Goodluck korang. Jangan takut bertanya. Orang Korea sporting sangat even tak faham, dorang tetap akan tolong. sebab kita semua ada POWER. Power apa? 

POWER OF BODY LANGUAGE.





  Happy holiday!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
We can Plan & Try! 


9 comments:

Razi Aziarina said...

bagus info..thanks 4 sharing..

Shahida Hassan said...

welcome sis.. :)

Shahida Hassan said...

welcome sis.. :)

Rashihah Nordin said...

slm..untuk beli air ticket dgn jeju air kita tak perlu ada credit card, guna ATM card yg ada lambang mastercard/visa pun dah memadai.. kalau beli dgn eastar jet pun sama ... tp yg besnya psl airline murah kt korea ni, proses pembelian tiket scr online dia x hassle sgt kan? mcm simple je .. and dorg bagi free luggage allowance huuu...

Miss Liyana said...

salam. boleh mintak iti tak
ezliyana@gmail.com

Miss Liyana said...
This comment has been removed by the author.
Miss Liyana said...

salam. boleh mntak iti tak?

Lynne Nanay said...

salam, boleh minta itinerary tak? nurfadzlina_deruis@hotmail.com thank you (;

racida said...

Boleh mintak iti dkt busan tak. cidayahya@gmal.com