Wednesday, 26 November 2014

BAJET TRIP BUSAN - GAMCHEON CULTURAL VILLAGE


Habis ber photoshoot kat Taejongdae Park, kitorang pun gerak naik bus balik ke stesen subway. Nak ke Gamcheon Cultural Village pula. Cabaran betul naik bus kecik tu. Kemain laju driver tu bawak, kalau tak pegang besi kuad-kuad, confirm tergolek ke belakang.
Jalan dia berliku-liku lebih kurang macam naik Bukit Fraser.
 *disarankan naik taxi kalau korang bawa family.

Akhirnya sampai, stesen yang terakhir, bus akan berhenti depan kedai serbaneka (convenient store).


Basically yang datang ke sini, teruja dengan episod Runningman dengan Choi Ji Woo tu. And ada lagi variety show yang shooting kat sini. Pandai diorang promote negara diorang kan. Masa tengok dalam TV nampak good good je. Tu yang ramai nak ke Busan sekarang ni. Lagi-lagi AA dah fly direct ke sana.


Shida betul-betul puji semangat penduduk-penduduk rumah kat sini, semangat cantikkan kawasan perumahan sampai la kerajaan Korea isytihar area ni jadi pusat pelancongan dah.


Shida sarankan korang pergi Gamcheon ni siang-siang and masa musim sejuk-sejuk. View lagi cantik. Yang sejuk tu sebab kawasan ni berbukit, nak berjalan confirm berpeluh. Tapi macam shida pergi masa autumn, sejuk je. Rasa damai je.

CARA KE GAMCHEON CULTURAL VILLAGE


Nak masuk sini, FREE je. Map dia je 2000 won. Lebih kurang RM6. Tapi shida tak beli pun map dia, sebab nanti ada papan kayu bentuk ikan tunjuk arah. So, just follow papan tu. 


Nanti akan jumpa balik pintu depan tu, lagi selamat beli map la..hehe..sebab nanti tak terlepas check point. Depend pada style korang, jenis nak rasa suasana or nak pergi setiap spot. 
Just enjoy ok. Feel the time.







2 comments:

Hani Suryani said...

Seronokkan dapat melihat negara orang ;-)

Salam perkenalan sis. Jemput singgah dan follow www.hazamiesouq.blogspot.com

Done follow ;-)

Shahida Hassan said...

alhamdulillah, memang seronok and bersemangat nak maju macam dorang.

Salam perkenalan. Tq follow, Nanti sis bw ye.