Wednesday, 24 December 2014

BAJET TRIP JEJU - SILVER GRASS LAND

Sepanjang jalan dari guesthouse ke tempat melawat area Jeju ni, shida ada nampak pokok yang orang Korea cakap Silver Grass ni. Nampak macam lalang biasa je, rupanya pokok ni special and ada kat Jeju je. Korea siap buat tapak pemeliharaan campur dengan kawah gunung berapi yang dah lama tak aktif.

 Pokok tumbuh kat tapak bekas kawah gunung berapi ni. Nyaman betul suasana kat sini. Tapi daun tak berapa nak oren lagi masa ni. Mungkin jauh ke dalam kot.


Pemandangan kat sini memang breathtaking, rasa tenang je. SubhanAllah. Kalau nak picnic kat sini memang sesuai sangat.

 Ada drama scene kat sini, tapi shida tak pasti cerita apa. Tak tengok sangat melodrama lebih suka romantic comedy. Hee.


Shida semakin jatuh cinta kat musim luruh. Sampai berangan nak travel satu dunia masa musim luruh je. 
Mana la tahu dimurahkan rezeki lagi.


Memang datang ke Jeju, menikmati nature. Shida spend dalam 2jam juga kat sini. And yang best masa nak balik tu kitorang siap nyanyi lagu group A Pink - No No No tu. Tergelak-gelak tour guide kitorang. Memang bila travel oversea, kita jadi happy sampai nyanyi ramai-ramai yeh. Ok nanti next trip nak tengok camne memang automatic sebab happy ke ape. Haha. Ok till next entry.


Tiket : 6,000 won





2 comments:

LZ - The Blog Owner said...

Assalamualaikum,

First time baca blog Shahida terus follow..

Teruja dengan tempat-tempat menarik yang dikunjungi.. Entry blog Shahida akan saya jadikan sumber rujukan bila travel ke Korea nanti..

Thanks for sharing friend.

Best! ^_~

Shahida Hassan said...

waalaikummussalam,

terima kasih sudi baca entry shida, insyaAllah akan habiskan cepat-cepat entry korea.

Welcome my friend.
Alhamdulillah.