Saturday, 3 January 2015

REVIEW GUESTHOUSE BUSAN - BUSAN SUKBAK GUESTHOUSE


Guesthouse ni rasa macam owner suruh 'buat macam rumah sendiri'. Sebab sampai-sampai je kita tak akan disambut receptionist. Kunci dah siap-siap dia letak kat dalam locker. Kita ambil sendiri. So tak kesah la korang nak check in bila.
 Kalau nak stay sini memang highly recommended sebab betul-betul tengah bandar Busan and dekat seberang jalan dengan stesen subway Busan station. Dekat dengan underground shopping mall juga.

Nanti booking.com akan email confirmation letter kat kita. So dalam tu ada password. Follow je instruction dia. Mudah. Kalau tak faham, kat meja receptionist tu ada telefon. Call je owner. Nanti dia explain. Oh ye, dia boleh speaking.
Ni bilik untuk 6 orang. So shida tak share dengan orang luar. Selesa sangat. Tak sempit tak luas. Elok-elok je. Shida dapat bilik yang ada tingkap, tengah malam macam pukul 12 tu nampak la beberapa orang mabuk. Betul la macam dalam drama tu. 
Tapi siapa yang tido atas kena hati-hati lagi orang yang tinggi, jangan terhantuk kepala na. Shida tinggi dalam 163cm tu pun dah terhantuk aje. Sabo jela.
Ok ni pantry dia. Simple je. Siap sediakan susu lagi untuk guest. And nak simpan makanan pun boleh, just label kan no bilik je kat tapawe. Sticker pun disediakan.

Ni la breakfast kitorang. Roti dia supergebu. Ni pun free, guesthouse sediakan. Shida breakfast mesti nak minum Mineral Coffee, bagi kenyang lama sikit. Yela masa travel makan tak tentu bila.
Ini la ruang makan, ruang tengok TV, ruang update FB and instagram. Yang best Wifi dia laju. Compare dengan guesthouse Jeju and Seoul. Ada FREE washing machine, drier, desktop,iron, hair drier and printing service. Boleh print border pass kat sini.


Kat guesthouse ni tingkat 1 area perempuan, tingkat atas area lelaki. Tapi pantry share. So siapa yang nak stay sini, nak keluar kat pantry hati-hati pakai tutup aurat siap-siap yeh. Masa haritu kitorang macam lipas kudung lari masuk bilik amik tudung. Lawak pun ada bila ingat balik.
Ni Soo Young, staff guesthouse ni. Baik sangat Soo Young ni, siap tolong tahan taxi untuk kitorang lagi. Mintak driver taxi hantar ke airport and jangan berpisah dengan taxi belakang. (shidanaik 2 taxi sebab 6orang). 
Last day tu, sempat shida sembang dengan dia. Fluent english dia. Dia cerita susah dapat kerja yang match dengan kelulusan, nak dapat kerja ni pun susah sebenarnya. Ikutkan dia ni ada kelulusan degree.
Rasa terharu shida dengar dia cerita. Macam tengok drama korea.
Bertuah jadi rakyat Malaysia bila shida fikir balik kat Malaysia ada banyak peluang bekerja. Just nak dengan tak nak je.





Ok gambar 2 kat atas ni, owner tu dengan baik hati tulis besar-besar cara nak round Busan. So korang boleh adjust itinerary korang. Memang helpful and save masa.



 
Ok korang, happy holiday.


4 comments:

Rose Azadir said...

Salam kenal, wah best yer, cm blh consider guest house nie....anyway saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. ...tq :)

Shahida Hassan said...

salam perkenalan.. mekasih sudi bW disini.. :)

Shahida Hassan said...
This comment has been removed by the author.
pop donna melaka said...

BOOKING dekat agoda atau booking.com dear