Monday, 28 September 2015

BAJET TRIP PHUKET KRABI - DAY 1


Alhamdulillah, travel shida dengan kawan-kawan ke Phuket - Krabi 8 hari 7 malam penuh dengan moment. Adegan kejar flight masa pergi tak ada masa balik tetap ada. Adeh memang tak sangka ada sesi kejar flight. Ok untuk holiday kali ni lebih relax and easy sebab banyak amik pakej kat sana. Makan dengan transport tak pening pening nak fikir banding dengan masa shida pergi Korea.
Flight shida depart pukul 7.25am, sampai dalam 10.30am, lepas tu terus ke guesthouse. Keluar dari airport, ada banyak kaunter minivan. Semua sepakat 180 bhat seorang.

GUESTHOUSE TUTUP

Dalam 40 minit dari airport ke guesthoouse, dalam 12pm sampai depan AB Motel. Masa tu masing masing blur sebab tak nampak pun signboard AB Motel. Masa tu letih sangat dengan lapar and pening dalam minivan sebab jalan tadi berliku liku. Macam jalan lama Bukit Putus. Ce imagine. Phew*
Tanya la aunty kat hotel tu, ni AB Motel ke? Sekali dia cakap dah TUTUP. Close! Padahal kitorang dah inform through email 2 minggu sebelum nak check in. Tak pula dorang cakap dah tutup.

Sudah, dengan luggage nya dengan perut lapar nya, so kitorang mintak pinjam wifi, kedekut betul, tak bagi. Sampai kitorang makan roti dulu kat tangga hotel. Lapar lapar ni masing masing tak boleh nak fikir sangat. Haha. Pastu kitorang pun pergi dekat tourist booth depan hotel tu, mintak pinjam computer tapi sedihnya server down. Sembang punya sembang dengan aunty tu, dia suggest ke Valero Guesthouse.
What??!!


Padahal dekat booking.com cakap Valero dah close down tu yang kitorang booking AB ni. Tapi on business lagi. Ok dah memang ditakdirkan kitorang check in sini. Bajet lari sikit. Ikutkan kat AB 700 bhat je. Takpe la lebih 50 bhat, tapi ada swimming pool.
Puas hati!
Untuk 3 malam, 750 bhat. 
1 bilik 2 orang.
 
ada gambar dengan scooter waktu malam je
Lepas check in terus pergi sewa scooter dekat aunty tourist booth tadi. Aunty tu jatuh kesian kat kitorang, dia bagi discount untuk scooter.
1 scooter - 200 bhat (asal 250 bhat)
3 botol gasoline - 100 bhat

Terus ke Jungceylon Mall, lunch kat situ. Ok macam mana kitorang tahu jalan? Dari Valero Guesthouse tu terus ke kiri pastu setiap simpang kitorang akan tanya, kedai pulut mangga, kedai bunga semua tanya. Alhamdulillah, jalan clear and tak sesat.

Apa lagi nasi la pilihan kami, and tomyam!
Kat sini tak risau memang certificate halal and banyak pilihan.


Harga boleh tahan, yela makan dalam shopping mall. And lagi satu, cara bayaran macam food court Timesquare, kena beli kad bayar.
Duit balance boleh amik, so dont worry. Lepas makan, terus round-round sekitar situ.
depan Tiger Boxing Stadium
tuktuk moden
Lepas tu balik guesthouse rehat and kemas. Dalam 5pm keluar balik untuk ke Karon View Point, Phrompthep Cape and round round sekitar. Jalan dia, ada signboard. Selebihnya kitorang banyak bertanya, setiap simpang tanya.
View memang cantik, cam biasa trip shida memang suka bawak bekal. Kat sini kitorang makan roti. Minum petang.
Sepanjang jalan nak ke Phrompthep Cape, ada kawasan perkampungan, biasa kita nampak kat kampung kat Malaysia, bela ayam,itik, lembu ke kan. Ni kitorang nampak banyak gajah. Seram pun ada. So kitorang decide tak nak lama kat atas, kawasan situ agak gelap. And dapat lah sunset kat Phrompthep Cape. 
SubhanaAllah, damai je rasa hati.
Balik dari area sini, kitorang plan nak makan kat Kusuma Seafood kat bandar Phuket. Dalam perjalanan balik, ntah macam mana boleh terpisah dengan 1 lagi scooter. Kitorang 3 scooter.
 SESAT DI PHUKET
Perjalanan nak balik guesthouse dalam 30minit, sebab agak jauh dari bandar. Kitorang sesat, and jadi sejam perjalanan. Malam, jadi tak cam jalan. Dengan hati risau dekat lagi 1 scooter yang dah terpisah. Alhamdulillah, orang Thailand ni friendly juga, siap lukiskan map untuk kitorang, and paling lega, sorang kawan shida ingat landmark yang dekat dengan guesthouse ada supermarket Macro. So, dari situ dah boleh cam jalan. Yang kelakar masa ni boleh lak kawan shida lupa ikat helmet dia, apa lagi terbang la helmet. Menjerit jerit kitorang panggil scooter depan sebab hon tak function lak. Adoi la. Masa tu nak gelak ada nak jerit ada nak nangis pun ada. Tak tahu nak wat mana satu dulu.

20 minit lepas tu sampai la kitorang kat guesthouse, masa sampai kat guesthouse, tengok lagi 1 scooter tak sampai lagi, tapi lega adik shida wassap cakap tunggu kat guesthouse, so dorang tengah usaha cari jalan. Tapi kalau seorang kakak ni, even adik tu dah besar tetap tengok adik tu adik. Risau sangat. 30 minit kitorang tunggu, tak sampai lagi. And kitorang try mintak tolong aunty tanya kan kawan kawan dia kot boleh detect scooter tu. Tapi aunty tu tenangkan kitorang, dia cakap tunggu sikit lagi. Sebab sebelum ni pun ada juga group macam kitorang terpisah macam ni tapi nanti mesti jumpa. So kitorang pun tunggu la depan guesthouse tu sambil sambil update insta and so on. Nak lekakan diri dari risau and perut yang lapar. Last last shida dengan mimi plan nak pergi tapau makanan, 2 lagi kawan shida stay kat guesthouse. Dalam masa bincang nak bungkus makan tu, nampak adik shida and sorang lagi kawan shida lalu, menjerit la kitorang sampai rasa nak sakit tekak pun ada. Yang mimi dah mengalir air mata dah sebab dia nak marah tapi risau. Shida before tu dah berkaca mata, tapi shida terus fikir positif je and fikir malam masih awal lagi. Last last membebel la shida. Malam tu scooter yang sesat kena duduk tengah tengah, and shida bawa scooter super slow 40kmj je, risau terpisah malam malam cam tu. Kitorang decide makan kat the famous Kusuma Seafood.

Macam mana kitorang pergi Kusuma Seafood? Kitorang waze siap siap dari guesthouse (sebab ada wifi kan). Even kita dah disconnect wifi, waze still save route tu. Alhamdulillah balik tu kitorang guna jalan yang sama patah balik ke guesthouse.
faham tak shida order apa. Haha. Total ni, shida share dengan 6 orang, so jimat balik. hehe.

Makanan kat Kusuma sedap tak? Bagi shida menepati citarasa dan agak mahal. Bandingkan dengan restoran depan masjid sederet dengan Saveena Halal Food.



Kesimpulan bajet hari pertama :

Minivan - 180 bhat
Guesthouse - 750 bhat
Lunch - 140 bhat
Sewa scooter - 100 bhat (lepas dibahagi dengan kawan)
Gasoline - 40 bhat ( 2botol, lepas bahagi dengan kawan)
Dinner - 250 bhat

Total = 1460 bhat / RM 178 100 bhat - RM12







Work hard. Plan hard. Play hard

2 comments:

Norseha Norsit said...

bila aku baca.. secara otomatik kepala hotak aku teringat semua moment yang kita lalui bersama.. happy sesangat..

Shahida Hassan said...

haha kan seha. bila dah balik ni semua yang wat aku tak sabar nak pergi trip lagi..haha