Wednesday, 30 September 2015

BAJET TRIP PHUKET KRABI - DAY 2

Dari guesthouse, stop pertama shida; Monkey Cave, tapi kitorang tak masuk cave tu, sebab shida memang jenis kurang sikit nak tengok patung patung dorang ni. So lastly, kitorang linger around makan buah-buahan and amik gambar kat sekitar je. Macam yang shida pose ni sebab keunikan senibinanya. 

On the way nak ke James Bond Island, bot singgah kat Panyee Restaurant. Alhamdulillah, terus dijamu makan tengahari. Sedap! Memang masa ni dah terasa lapar.  Sedang elok je. Oh ye lunch pun dah termasuk pakej. 

Makanan memang sedap, paling best lauk and nasi boleh refill. And sebabkan memang lapar, udang goerng tepung tu kitorang refill 4 kali. Yang paling win sekali, kawan shida cool pergi amik sendiri kat tray buffet. Mulanya ingatkan buffet tu untuk orang lain, tapi waiters tak halang pun, so ape lagi, rezeki dah depan mata. Oh ye kat sini, perkampungan orang Islam and makanan dijamin halal. Belakang restoran ni ada masjid lagi.

Kitorang terus ke James Bond Island, and agent bagi masa 40 minit ronda area sini. Agent shida friendly. Katanya lambat tak pe, tapi see u tomorrow, bye bye. *haha, cis. 
Pulau ni famouse sebab filem James Bond penah shoot kat sini. Ada tangga naik atas untuk tengok scenery, tapi kitorang pilih stay round2 kat sekitar je.
Terus ke tempat kayak. Masa mula-mula shida ingatkan kita yang bawa sendiri kayak ni, rupanya ada 'pilot'. Ok nak jadikan cerita Abe Mu ni peramah and sporting sangat. Dia asyik cakap 'Happy? Happy? pastu Picture? Picture? jadi camera man untuk shida and adik shida sekali. Memang best Abe Mu ni.
Masa kitorang leka snap pic 3 kayak ni, abe mu duk tunduk je. Ingatkan ape la yang dia buat. Rupanya dia koyakkan daun jadi bentuk love. 
Tak tahu la trick ni dia dah guna kat berapa ramai tourist, tapi serius happy. Siap snap gambar shida dengan adik macam ni. Happy sangat.
Ada la kelainan sikit, kayak sampai baring-baring nak pergi belah sana. Tengok hutan paya bakau. Masa nak balik tu, rupanya kebiasaan diorang, tourist bagi tip. Mulanya saja buat-buat tak faham, tapi bila fikir Abg Mu layan 5star. Bagi dia 200 bhat.
(shida 100bhat, adik shida 100bhat)
Sampai je guesthouse masing masing terjun kolam sebab awal lagi. Dari malam tadi ngidam nak selam. Lepas maghrib, kitorang pun gerak ke area Saveena Halal Restaurant. Macam biasa save GPS siap siap. Tapi hampa, kedainya tutup. So kitorang makan kat kedai sebelah. Ramai orang Malaysia. :)
nasi goreng tomyam jadi pilihan
Sedap! Puas makan. So misi cari pancake pula, and rezeki shida seberang jalan je ada foodcart.

Shida pilih susu mix dengan coklat. Yummy. Kalau ikut hati, nak makan 2. Haha.
sorry gambar blur
Makan kat tepi masjid tu je. Relax. Then shida terus gerak ke Bangla Road nak tengok suasana malam.
Kawasan ni memang hidup waktu malam. And shida TAK recommend ke sini. Shida dengan kawan-kawan pun jalan separuh jalan, tak sanggup lama lama di sini. Perasaan dia rasa semacam. 
(banyak maksiat terbuka, sedih sangat)

Then shida terus balik ke guesthouse, round round naik scooter kat sekitar guesthouse je lepas tu. Balik awal sebab esok awal pagi nak ke Phiphi Island.


Kesimpulan bajet hari kedua:

  • Tour pakej (Monkey Cave, Lunch, James Bond Island, Kayak) 1,000 Bhat
  • Tip Abe Mu - 100 bhat
  • Dinner (Nasi goreng tomyam + air suam) - 90 bhat 
  • Pancake pisang - 40 bhat (tapi keluarkan 20 bhat je sebab share)
Total = 1,210 bhat / RM 144 (lebih kurang) 100 bhat - RM12








Work hard. Plan hard. Play hard.

2 comments:

Ezy Loy said...

bestnye dpt g krabi!

Shahida Hassan said...

hihi rezeki..alhamdulillah..nanti ade rezeki ezy pergi la..cantik kat sana..