Monday, 12 May 2014

RESEPI KEK BATIK SIMPLE DAN SEDAP

Siapa peminat kek kat sini?
Angkat tangan lelaju..
Entry ni shida nak share pasal resepi and cara nak buat kek batik yang simple bagi shida


Bahan-bahan:

3 bungkus biskut Marie Original (shida guna brand Munchy's)
500 gram Buttercup
1/2 tin susu pekat F&N
1 sudu kecil Esen Vanila
1 biji telur ayam
9 sudu serbuk koko Van Houten (sudu makan)
10 sudu milo (sudu makan)
1 cawan air masak

*resepi ini untuk 3 tupperware ice cream Wall's tu. Boleh adjust ikut berapa banyak korang nak buat.

Caranya:

1. Patahkan biskut Marie. Jangan kecil sangat. Elok patah 2 atau 3.



2. Panaskan kuali dengan api sederhana besar. Cairkan Buttercup, kacau perlahan-lahan.


3. Tutup api dan tunggu sejuk dalam 3 minit. Jangan berhenti kacau.
4. Masukkan sebiji telur dan kacau perlahan-lahan. 

5. Masukkan serbuk koko dan milo. Kacau perlahan-lahan.



6. Masukkan 1/2 tin susu pekat F&N. Teruskan kacau.

7. Masukkan esen vanilla. Kacau perlahan-lahan juga.

8. Masukkan air masak dan kacau perlahan-lahan. Pastikan serbuk koko dan milo tu tak berketul. Tunggu sebati dalam 5 minit.

9. Masukkan biskut Marie yang dah siap dipatah tadi.



10. Tunggu sejuk seketika, masukkan dalam bekas/tupperware padatkan dengan senduk. Tekan perlahan-lahan bagi padat. 

Simpan dalam peti ais. Paling cepat 4 jam dah boleh makan.
*biasanya shida simpan semalaman, confirm akan sejuk.

11. Potong kek batik ikut suka dan makan. ^_^

Selamat mencuba!

2 comments:

jamian sarif said...

wife aku selalu buat kek coklat biskut marie ni..mmg sedap...

Shahida Hassan said...

yeke..wah best la