Monday, 26 May 2014

X MEN DAYS OF FUTURE PAST REVIEW

Disebabkan shida terperangkap dalam hujan. Tak fikir banyak, terus beli tiket X Men ni. Ikut nasib je. Memang tak banyak seat yang tinggal. Eh memang tak nak la. Terdongak kepala ni, nanti shida pula yang bertukar jadi Wolverine. Nasib baik tadi shida sorang je. Dapat la seat atas.



Memang filem yang originally dari komik ni, sentiasa 5 star, scene lawak banyak juga, memang enjoy and tak mengecewakan and lagi satu yang penting tak ada aksi 18sx. 
Just mata tak sedap pandang Mystique si biru tula.


Dalam banyak-banyak character, shida paling suka BLINK. Cool sangat. Boleh teleport ke mana-mana. Syoknya. Kalau dalam real life, shida boleh elak jem.


Shida perasan dalam XMen ni, ada yang kuasa dia macam dalam anime Bleach, macam Bishop ni. Memang cool habis gayanya.

Seriously, TAK rugi la tengok movie ni, tapi tengok kat cinema tau. Sound effect dia memang terbaik.

Lepas habis tengok movie XMen ni, shida terfikir, kalau la kita boleh patah balik ke masa lepas, apa yang shida nak ubah. Sememangnya sangat banyak. 


Yang paling utama, shida nak mula dari awal mengejar impian. Shida menyesal tak mula dari awal masuk dunia meniaga, sedangkan memang shida minat. Shida biarkan sikap nanti dulu dalam diri shida. Untuk korang yang dah tahu apa impian korang, start la dari sekarang. Sebab bila kita start, kita akan tahu cabaran sebenar dan tahap ketahanan mental kita di mana.

Jangan tunggu lagi. Masa yang lepas tak mungkin akan kembali. 
START NOW!

2 comments:

Norfa nil said...

xtengok xmen lepas.. but exmen ni best!!

Shahida Hassan said...

bg shida ni best of the best la..sebab banyak character keluar dari komik.. ^_^