Friday 6 June 2014

MAJLIS PENCARIAN IKON HIJAB COMMUNITY MALAYSIA 2014

Awal Mei yang lepas, pencarian ikon pertama untuk Hijab Community Malaysia (HCM) berlangsung dengan meriahnya di Anggerik Mall.


Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi HCM, Kak Za Afiza, diikuti dengan aktiviti kuiz dari Ekimnaz selaku pengacara di majlis tersebut. Then, wakil dari MaryKay share tentang penjagaan bibir.


Slot selingan, fashion show dari YanaZain Collection. Yanazain Collection membawa dress dan baju yang sesuai untuk ibu2 muda yang masih breastfeed anak mereka.


Then, slot Imej dan Personaliti dari Sis Nadia Ibrahim.  Dalam slot ni, sis Nadia share tips pemilihan warna yang sesuai dengan kulit kita. Warna yang sesuai akan menyerlahkan penampilan kita dan orang sekeliling akan rasa sejuk mata dan hati pandang kita. 


Slot selingan, Fashion Show dari Rina J Collections. Rina J berkonsepkan baju kurung moden dan jubah yang trendy.


Sebelum sesi pagi selesai untuk berhenti rehat, The Twinnies hadiahkan 2 lagu untuk HCM. Sangat berbakat dan comel kembar berdua ni. 

Selepas rehat, solat Zohor dan lunch, acara perasmian oleh 
Dato' Munirah Abdullah dari Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat.

Slot selingan sambil tetamu dan jemputan anak-anak yatim (maaf shida tak ingat dari mana, tapi mereka semua comel dan sebak masa layan diorang makan) menjamu selera, Fashion Show dari Zattera Apparel, berkonsepkan jubah dress.


Majlis diteruskan dengan sesi memeperkenalkan finalis Pencarian Ikon HCM. 




Slot selingan, fashion show dari JD Hijab and Apparel berkonsepkan fashion denim.


Seterusnya,  finalis menyerlahkan bakat mereka, ada yang menyanyi, bersajak, bersyair dan pembacaan ayat suci alquran.



Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada jemputan, sis Emy Sistv9 dan sis Nadia Ibrahim. Penyampaian sijil penghargaan untuk para penaja termasuk sumbangan kepada anak yatim.


Seterusnya, pengumuman pemenang Ikon Hijab Community Malaysia dan hadiah disampaikan.

Kategori Busana Pilihan

Kategori Finalis Pilihan
(mendapat like terbanyak di facebook)



Alhamdulillah,  mendapat liputan dari RTM dan diulas 
dari kak Hanum, pengacara RTM.

Sekali lagi, shida bersyukur sangat dapat bersama membantu Hijab Community Malaysia untuk event kali ini. Dapat berdiri dan duduk dengan mereka yang bukan sahaja sopan tetapi positif dan berjiwa besar.


Bersama Pengerusi Hijab Community Malaysia,  Sis Za Afiza
Bersama sis Azura

Bersama sis Azza

Bersama Ekimnaz


Alhamdulillah majlis selesai sesuai dengan apa yang direncanakan. Semoga Hijab Community Malaysia terus melangkah dan mencapai semua impian dan harapan.


No comments: