Thursday, 2 January 2014

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE DAY 3



Last day holiday kami, sebab dah berani and confident nak masuk Singapore sendiri kami decide cancel pergi JPO..misi kali ni nak habiskan duit yang dah di convert tu..yeah!

Breakfast dulu, sebab nak jalan banyak ni..



Ikutkan check out kami pukul 12 tengah hari..tapi hotel Grand Sentosa dia boleh tambah jam check out..1 jam RM 10..rasa cam mahal tapi bila bahagi ramai-ramai..jadi murah balik..kami decide tambah 3jam..untuk balik dari Singapore boleh la bersihkan diri and solat.
Confident masa ni naik bus..and alhamdulillah pakcik bus ni peramah sangat..die bagitau awal2 jalan nak pergi Masjid Sultan, Murtabak Singapore, Bugis Street dengan China Town.

Tips! Kalau dari Queen Street ( last bus station) dari situ dah nampak kubah masjid..boleh jalan follow kubah tu..straight je..kalau tak confident..tanya je orang2 kat kedai..depan tu berderet kedai.





Tak silap shida Masjid Sultan ni masjid utama kat bandar Singapore ni..cantik masjidnya..rasa sejuk hati tengok masjid ni betul-betul tengah bandar and dekat dengan tempat tumpuan..senang nak solat sambil shopping2..

Tips! Elok lah makan share sebab murtabak dia tebal, lebar and isi dia tak hancur pun..ketul2 and bila gigit rasa juicy2 gitu..

* Kedai murtabak ni namanya ZAMZAM RESTAURANT..seberang jalan dengan Masjid Sultan tu..

Then kitorang terus ke Bugis Street.
Misi akan dilaksanakan di sini.

Tips! Masa nak shopping kat sini, jangan convert ke RM..hihi..nanti tak terbelanja langsung kat sini..



Ok semangat snap picture nampak topi Kang Gary Oppa kita tu.. ^_^
$25 1 cap

 Tips! Kalau nak beli gift macam keychain and fridge magnet kat sini murah daripada tempat lain. So Bugis Street ni macam tempat wajib singgah utk tourist..



Ni la hasil tangkapan kat Bugis Street..opss ada yg dari USS juga..orang kata tak sah kalau pergi holiday tak beli keychain and fridge magnet..entah macam mana shida boleh terlupa beli fridge magnet Singapore..risau kan masa la ni..sebab tiket balik KL pukul 5.takut leka and jem dekat border..yela ralit shopping tak sedar masa lak nanti..hee



Alhamdulilah, masuk balik JB and balik hotel semuanya berjalan lancar. Lega hati shida, first time plan sendiri pergi holiday and handle A to Z..servis hotel Grand Sentosa pun best. Masa balik tu diorang call taxi utk kami.




Total cost:


Naik bas ke JB Sentral : RM 1.30
Bus ke Queen Street : RM 2.60
Murtabak Singapore : $18 (Kawan belanja, so free utk shida..heee)
Bugis Street : Bag Paris - $3
                     Bag I love Singapore - $10
                     Keychain - $8
                    

2 comments:

Linda said...

Bestnyaaa jalan2. Shida mmg org JB ke?

Shahida Hassan said...

@linda : sekali sekalaa berjalan..saya orang KL wak.. ^_^