Wednesday 19 March 2014

JAGA SOLAT UNTUK BERJAYA


1. Orang yang tinggalkan solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah dan susah terima kenyataan serta selalu nampak kesalahan orang lain. -Ustaz Azhar Idrus

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekali pun,  bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya. - Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga, Jika solat, Insyaallah bahagia.  -Ustaz Don Daniyal



4. Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat kali ganda. -Datuk Ismail Kamus

5. Kalau kita sakit jangan takut untuk solat, atleast kalau mati, mati, mati dalam solat. -Ustaz Haslin Baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33 kali, Allahuakbar 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, doa kemudian baru bangun. - Al-Habib Ali Zainal



7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya. -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungannya antara Allah dengan hambaNya. -Syeikh Abdullah Jahaf

9. Menjaga solat boleh mmebersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. -Ustaz Dasuki Rani



10. Jangan cakap "Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!" TAPI cakap : "Jom solat, nanti boleh
masuk Syurga Allah sama2. Insyallah.  -TG Harun Din

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah. -Ustaz Pahrol

Share dari kawan di Telegram.

Jom solat!

No comments: