Friday, 21 November 2014

5 STEP PENTING SEBELUM TRAVEL KE KOREA SECARA GROUP




Autumn lepas, shida dengan kawan2 travel sendiri ke BUSAN - JEJU ISLAND - SEOUL. Shida spend 10 hari kat Korea.

3 Hari 2 Malam - Busan [Guesthouse: Busan Sukbak Guesthouse]
3 Hari 2 Malam - Jeju Island [Guesthouse: You & I Guesthouse]
5 Hari 4 Malam - Seoul [Guesthouse: Kimchee Dongdaemun 2 Guesthouse]


ORANG A

1. SEORANG INCHARGE BAB TIKET PERGI BALIK

Mula-mula sekali urusan booking membooking tiket flight pergi dan balik elok bagi pada SEORANG handle. Macam group shida, Mimi yang incharge. So dari bab print boarding pass, beli tiket, check in semua dia uruskan. Pergi dan balik. 

ORANG B
 
2.  ITINERARY LENGKAP, PRINT SEKALI NAMA TEMPAT DALAM TULISAN HANGUL (KOREA)

Mudah nak bertanya dengan orang sana (driver bus, driver taxi) bila ada tulisan korea, selebihnya boleh guna body language.
Lengkap dengan nama station, exit nombor berapa, nombor bus and so on. Boleh research kat blog, traveler fb group tak pun request itinerary dari shida, insha allah boleh membantu serba sedikit.
Oh ye, tulisan korea tu shida buka kat website  
Visit Korea English Version

Masa travel, ada juga yang kita tak dapat nak follow accordingly. Tapi takpe, itinerary just guideline, be flexible. Yang penting kita selesa. Kalau ada ahli group travel tak nak join ke satu tempat nak ke tempat lain, its ok, setiap orang preference dia berbeza. So beat it. Yang penting setiap orang faham route subway and berkumpul balik kat tempat dan masa yang dijanjikan.

3.  BOOKING GUESTHOUSE YANG BAYAR CASH UPON ARRIVAL

Shida booking guesthouse ni kat Booking.com. Boleh dipercayai, harga murah, and kebanyakan bayar cash upon arrival kat sana nanti. Tak perlu bayar deposit pun. 

Kat Busan, tak perlu jumpa receptionist untuk check in, ambil je dalam box ni

Pilih guesthouse yang selesa and facility dia lengkap dan bagi FREE. Contoh:
Pantry yang lengkap dengan Dapur, Microwave, Cloth Drier, Water Heater, Fridge, WashingMachine, Hair drier, Iron, Computer, Printer.
*macam kat Busan, shower dan toilet dia kat luar. Tapi tetap selesa sebab dia asingkan lelaki dan perempuan ikut tingkat. 

pantry di You & I guesthouse
Guesthouse kat Seoul siap ada foot massage lagi. Best!

4. BELI TIKET FLIGHT BUSAN - JEJU ISLAND & JEJU - SEOUL AWAL.


Ada yang tanya shida, macam mana nak beli tiket flight ke Jeju dari Busan. Macam ni, kat Korea ada banyak domestic flight sama macam Malaysia juga. Ni list flight yang antara termurah, Jeju Air, Jin Air, Easter Jet. Lepas research dengan tengok harga masa date shida nak ke Jeju, JEJU AIR paling murah. Siap dapat 15kg FREE LUGGAGE. Zap, cepat je shida beli. 



Beli tiket flight ni kena bayar guna card credit. Urusan dia macam leceh sikit bagi orang yang tak ada card credit. Syukur, ada kawan office kawan shida pakai card credit. Shida guna card credit dia. Memang senang, isi nombor kad, dengan no pin je.
Sebelum tu, kena sign up jadi member kat Jeju Air website, korang follow je step yang dia bagi tu. Klik sini  Jeju Air English Version

Check in online dalam masa 24 jam sebelum depart. Kat guesthouse boleh print boarding pass. No worry.



5. INSTALL APPLICATION SEOUL SUBWAY STATION.


Pergi kat Playstore, search Subway Navigation. Install. Application ni offline pun boleh guna. So tak perlu risau. Yang best dia siap bagi kita time train arrive dengan depart. So boleh manage masa kita. JANGAN LUPA ADJUST MASA KAT PHONE KE MASA KOREA TAU.
Mudah kite nak tengok kena tukar lane kat mana. And kita boleh tukar nak least transfer atau shortest lane. Mesti nak pilih SHORTEST LANE. Nak jimat masa perjalanan.  Siap ada harga lagi.


Untuk Busan, shida cuma print out map dia. Dia ada 5 lane je. Senang nak faham. Dah try application, tak jumpa lak yang English Version.




 ORANG C

Fahamkan lane train serba sikit, bantu B, sebab masa kat sana bila badan letih, otak pun letih juga. Dengan perubahan cuaca, perut pun mungkin kenyang tak kenyang. Untuk permudahkan perjalanan orang kata. Dalam group shida, Laila jadi C, sampai dia ke Gwangja Market nak beli kain cotton pun sorang-sorang, shida tak sempat  ke sana sebab nak pakai Hanbok punya pasai.



Syukur, kawan2 travel shida ni semua jenis memahami and pandai bawa diri. Macam-macam kenangan masa travel. Goodluck korang. Jangan takut bertanya. Orang Korea sporting sangat even tak faham, dorang tetap akan tolong. sebab kita semua ada POWER. Power apa? 

POWER OF BODY LANGUAGE.





  Happy holiday!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
We can Plan & Try! 


Thursday, 20 November 2014

ALAT MENJIMATKAN MINYAK TANPA PENGUBAHSUAIAN ENJIN


TAHUKAH ANDA?
  
Setiap RM3 daripada RM10 minyak bertukar menjadi ASAP,  tidak terbakar kerana molekulnya sangat besar.


Contoh mudah:

Buku kamus yang tebal susah dibakar sebab tebal dan tidak mempunyai udara yang banyak, berbanding kita koyakkan kamus tu, bakar sehelai demi sehelai.

Sama konsep seperti minyak RON 97, molekul minyaknya lebih kecil dan pembakarannya lebih sempurna.

TETAPI

dengan penggunaan JTX Airtracker,
minyak RON 95 akan menjadi sama dengan RON 97.

Apa itu JTX Tracker?


Bagaimana berfungsi?

JTX Airtracker akan menukar molekul udara kepada lebih halus, so minyak dapat dibakar dengan optimum atau lebih sempurna.

So, boleh tingkatkan prestasi enjin dengan gerakan omboh yang lebih lancar sebab tu la minyak lebih jimat.


Kelebihan JTX Airtracker :

  • Meningkatkan prestasi enjin untuk pemanduan lebih lancar
  • Menyingkirkan enapan karbon di dalam enjin
  • Menjimatkan bahan api melalui peningkatan nisbah   pembakaran bahan api
  • Enjin lebih senyap
  • Anti kepanasan enjin
  • Memanjangkan jangka hayat enjin
  • Mengurangkan pelepasan karbon monoksida dari ekzos
  • Memecahkan molekul udara supaya lebih halus
  • Memaksimakan proses pembakaran bahan api


Cara Pemasangan :

1 . Cuma lekatkan JTX Airtracker atas ruang penapis udara (air filter).

Kereta di bawah 1.6 cc ke bawah - 3 keping
Kereta 1.6 cc - 3.0 cc                    - 6 keping
Kereta melebihi 3.0 cc                  - 9 keping

2. Hidupkan enjin tanpa on aircond selama 15 minit. Tekan pedal minyak perlahan-lahan. Kemudian tekan pedal minyak dengan kuat beberapa kali.

3. Kalau kereta yang ada mendapan karbon yang banyak, asap tebal akan keluar dari ekzos. Selepas pedal minyak ditekan beberapa kali, asap tebal akan mula berkurangan. 

4. Akhirnya, wap air akan keluar dari ekzos, and ni menunjukkan enjin bersih daripada mendapan karbon.

5. So, korang akan rasa kereta lebih ringan dan paling utama JIMAT MINYAK.


HARGA

Ahli : RM 255
Bukan Ahli : RM 296
Yuran Ahli : RM 50, dapat bonus belian lagi.





Untuk dapatkan JTX Airtracker ni boleh hubungi shida terus di 013-2529186.


BAJET TRIP BUSAN - TAEJONGDAE PARK DAN YEONGDO LIGHTHOUSE


Destinasi pertama shida di Busan, ke Taejongdae Park & Yeongdo Lighthouse. Disebabkan tak biasa dengan perubahan masa, beriya la kitorang bangun pukul 4 pagi Korea. Masak breakfast and bekal (plan nak lunch kat sana). Alhamdulillah, sempat setel awal and dapat naik bus tak crowded sangat.





CARA KE TAEJONGDAE PARK :
Naik bus 66/88/101 sampai last station. Tunggu bas ni dekat Exit 10, Subway Busan Station. 
 *kat station bus tu akan list kan nombor bus yang akan lalu, check dulu sebelum tunggu kat situ.




Turun je dari bas nanti, belah kanan korang akan nampak coffee house ni, jalan je terus nanti sampai la kat Gate depan Taejongdae Park ni. Jalan je naik bukit sikit nanti sampai kat tempat train. 



KENANGAN DISIMBAH AIR GARAM

 
Sebab kitorang sampai 1jam awal, ronda-ronda la sekitar coffee house situ, tapi 1 kedai je yang dah buka. Shida and kawan2 lastly decide la nak masuk kedai tu sebab kat luar tersangat la sejuk. Even dah pakai coat still sejuk tak tertahan.
Tanya ahjuma tu ada tak jual coffee sebab kedai dia banyak poster seafood je. Dia cakap tak ada, padahal kitorang nampak coffee maker kat situ. Dia tunjuk isyarat suruh order makanan dia kalau nak duduk dalam kedai dia. Disebabkan nak panas punya pasal, kitorang decide order 1 plate spicy squid, tapi ahjumma ni marah lak sebab kata tak cukup sebab kitorang 6 orang. Memang tak cukup kalau makan sebab lapar. Kitorang ni baru je breakfast, berat-berat lak tu. Nasi impit la, roti la.
Tetiba, ahjumma tu tunjuk isyarat kalau order 2 pinggan spicy squid baru dapat free coffee.
Fuiyooo, kitorang terus bengang la, tadi beriya la kitorang duk tanya ada ke tak coffee, katanya tak ada, tup-tup kalau order 2 pinggan baru ada. Eh nampak no ahjuma ni nak tipu. Kitorang terus cakap cancel. Tetiba ahjussi tu tunjuk isyarat suruh pergi dengan cakap Ka, Ka. (pergi dalam melayunye) *faham sesikit
Sampai je kitorang kat area depan kedai dia, terus disimbahnya air garam. Konon nak buang bad luck la. First customer, kitorang ni tak jadi order. Terkena sikit kat kawan shida. Perghh tak sangka dasyat macam ni ahjuma kat sini. Kira real la dalam drama korea tu.


Tapi bila ingat balik ni semua kenangan. Haha. Ok lepas tu terus naik atas ke arah tempat train. Rupanya situ ada group pakcik makcik yang umur 70 - 85 tahun sembang2 tunggu masa nak gi kutip sampah.Walhal tak nampak pun sampah. Rasanya dorang buat ni untuk senaman and aktiviti sekali. Ada 3-4 makcik dalam group ni, tapi tak datang dekat kitorang lepas communication problem. Dorang tak faham English sangat. Memang salute abis kat dorang, dah umur macam tu still kuat panjat bukit.


Ok, ni harga tiket naik train ni, nak masuk sini FREE je. Kalau nak exercise boleh la jalan kaki. 



Tiket ni valid sehari, simpan elok-elok. Banyak check point kat situ. Contohnya, Galeri Choi Ji Woo untuk stop yang pertama. Then baru kat Yeongdo Lighthouse. 



Choi Ji Woo ni cantik semulajadi shida rasa, lahir 1975, maksudnya tahun depan dia 40tahun. Ok jelous betul dengan lifestyle Korea yang suka berjalan and pakai mask. Agaknya itu petua awet muda dorang. Perlu follow ni. Lagi best nak rajin minum kolagen lepas ni. Bbplus oo bbplus. Mane kamu ni.




Kat sini ada coffee house juga tau. Kat sini, semua jadi coffee addict sebab sejuk-sejuk hirup air panas memang umphh. Rasa mengalir balik darah dalam badan ni. Sementara tunggu Danubi train nak ke Yeongdo Lighthouse, kita minum dulu sambil jamu mata dengan laut biru.


Masa turun tangga memang nikmat betul, tak rasa mengah ke ape. Dengan perasaan excited nak lunch kat tebing batu lagi. Masa kat sini ramai pakcik yang duk snap-snap gambar. Umur 70-80 rasanya. *sorry tak snap pic, lupa.
Gayat oh!


Misi nak lunch kat tebing batu berjaya! Alhamdulillah, kenyang perut, senang hati nak photo shoot banyak2. Ada cafe kat sini kalau korang tak nak bawak bekal, tapi feeling macam kurang je. Tak dapat rasa angin sepoi-sepoi. Bila nak feeling2 kalau bukan masa travel.

Masa kat sini jumpa 2 group dari Malaysia. Ramai rakyat Malaysia suka holiday kat Korea ha. Agak jealous sebab dia bawa family. Doakan shida boleh bawa family shida ke sini ye. TQIA korang.


SubhanaAllah, cantik betul pemandangan. Syukur, cuaca pun baik.



Selesai cuci mata, terus bergerak pulang sebab nak ke Gamcheon Cultural Village pula. Ala yang tempat Runningman trick Choi Jiwoo dalam game kuiz drama tu.



teaser*
ingat tak?
Jemput tengok ke next entry.
^_^



  Happy holiday!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
We can Plan & Try! 

Monday, 17 November 2014

BAJET TRIP KOREA - PERSEDIAAN MUDAH KE KOREA

Alhamdulillah, holiday selama 10 hari shida di Korea berjalan dengan lancar penuh dengan kenangan dan macam-macam emosi. Insha Allah akan di update satu persatu dari A to Z. 

Melalui pengalaman shida travel sendiri since masa pergi Singapore last year, buatkan kita lebih kenal diri kita and lagi banyak kenangan tau. Try la. Best sangat.


7 THINGS MUST DO BEFORE FLY:
1. Make sure PASPORT dah renew. Expired date 6 bulan ke atas sebelum fly. Even sehari je terlajak, still kena renew. Imigresen negara orang kita tak tahu karenah dia camne.

2.  Bawak PEN hitam atau biru masa travel untuk mudah isi white form kat atas flight nanti.
3. Makan Pil Mabuk 30 minit sebelum naik flight.

4. Travel Charger jangan dilupa, macam yang ni shida beli kat Lowyat Plaza RM11. Yg mata bulat ni boleh pakai kat Korea.


5. Camera, bagi shida camera ni terbaik sebab bateri dia tahan lama, boleh kena air and ada wifi. Leh update instagram dengan cepatnya. Bila dah travel jauh2 better bawak camera, sebab quality tak sama dengan fon.

6.  Bekalan makanan, macam serunding, sambal bilis, telur rebus dan etc. Pastikan makanan ni semua masuk luggage nanti kena buang pula kat Imigresen. Sedap macam mana pun makanan dorang tak boleh lawan makanan negara sendiri. 



7. Glove, Scarf, Coat, Legging, Lipbalm, Lotion walaupun korang pergi autumn, bawak je benda-benda ni. Suhu sana waktu pagi masa shida pergi ni dalam 8c. Tak pakai glove rasa meraung sejuk dia.







 Happy holiday!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
We can Plan & Try!


Tuesday, 21 October 2014

NOODLE BOAT, MAKANAN ALA THAI MAKAN BERMANGKUK-MANGKUK



Balik dari short trip Melaka weekend lepas, shida dengan kawan2 shida plan dinner di Noodle Boat, Jaya One berdekatan dengan PPUM, Petaling Jaya. Tengah meletup-letup kat Instagram.




Mula-mula kawan shida cakap nak makan 5 mangkuk, terkejut shida agaknya dia lapar sangat. Rupanya dah sampai sana tengok orang makan memang bertingkek tingkek mangkuk atas meja. Shida sendiri makan lebih 3 mangkuk. Haha.



Restaurant Noodle Boat ni baru lagi, tapi dengan keunikan and instagram power, restaurant ni full house aje. Kena beratur kejap. Tapi tak pe, servis and layanan dia laju dan mesra. Terubat la hati menunggu masa kelaparan tadi. 


Ok selamat menjamu selera korang. Jangan lupa makan bertingkek-tingkek ok.

Thursday, 16 October 2014

PADANG PASIR MELAKA, PANTAI KLEBANG



Jangan terkejut bila shida cakap kat Melaka ada PADANG PASIR. Masa mula-mula dengar kawan cerita pasal padang pasir ni excited rasanya. So sebelum sampai ke Egypt, kita boleh feeling-feeling  dekat Melaka dulu.





Sesampai je kat area Pantai Klebang tu tersesat sampai ke Muzium Kapal Selam. Ternampak la kawasan tapak pembinaan kat area situ. Mula-mula agak kecewa, ingatkan padang pasir tu untuk sementara je. Dah try Waze and Google Maps banyak kali, tapi duk cakap you have reach your destination. Tapi still tak nampak tempatnya.




So, kitorang pun decide keluar dari area tu, tapi elok je ke depan sikit dalam 200 meter, ada kereta masuk kanan dari arah jalan besar (belah kiri ada hotel bas tu). Kitorang pun follow. Rupanya terlepas simpang sikit je. Alhamdulillah jumpa pun.


AWAS!
 Jangan drive masuk area pasir jauh sangat selain 4 WheelsDrive. 
Nanti jerlus kereta masuk pasir, tak boleh balik dah. Ngerinya.


Sesiapa yang nak plan short vacation ke Melaka, boleh ke sini. Jangan lupa bawa tripod or monopod. Suasana dia berangin and sangat nyaman memang buat mood ambil gamar, lagi-lagi kalau pergi beramai-ramai.


JALAN KE PADANG PASIR MELAKA NI:

Jalan ke arah Pantai Klebang sampai jumpa area restoran dalam bas tu takpun ada binaan tulis pantai 1 Malaysia. Korang masuk kanan, jalan straight jumpa construction rumah kedai. Dalam 200 meter masuk kanan, korang akan nampak dah Padang Pasir ni.

*Simpang ni sebelum Muzium Kapal Selam tu ye, kalau terlajak boleh u-turn. Nak mudah, GPS dulu muzium ni.

 


 Happy holiday uols!
We don't need to be rich to be grateful and feel happy.
 Plan & Fly!

PHOTOSHOOT DI STUDIO BELLA AMMARA @thewhitehousemy


Bertempat di Seksyen 7, tingkat atas Butik Bella Ammara, shida dan business partner yang lain berpeluang shoot business profile di sini.
Studio ini salah satu cabang bisnes baru Bella Ammara.


Beza dengan studio lain, studio ni offer conceptual style. Lebih moden dan bersahaja. Di antara sebab shida dan business partner memilih The White House Studio ni. 

Kalau nak tahu, ni salah satu pengalaman baru untuk shida since start berniaga online. Sebelum ni tak pernah shoot dalam studio macam ni. Rasanya model-model je yang berpeluang pose-pose depan camera macam ni. Tapi bila berbisnes, banyak perkara baru yang dapat shida buat.


Betul kata orang, pengalaman tak boleh dinilai dengan wang ringgit. Ikhlas shida cakap, dunia bisnes dunia memang berwarna warni dan penuh kejutan.


Shida bersyukur sangat ditemukan dengan GLAM dan Fabulous Team. Bila ada support, ada tempat rujuk yang betul, semua benda jadi senang. Dulu, shida sendiri tak tahu nak berniaga online. 
Lagi-lagi cara nak iklan, nak urus bisnes online, mana nak pos mana nak layan pm customer.

Dengan kelas marketing PERCUMA setiap minggu hari jumaat, banyak ilmu shida dapat. Semua jadi mudah. Alhamdulillah, syukur.



Daripada BELUM TAHU sekarang SEMAKIN TAHU.
Berada di landasan yang betul akan merealisasikan impian.
InsyaAllah.


Yang penting teruskan usaha sehingga ke garisan penamat.




*teringin nak photoshoot outdoor pula. teet.