Wednesday 23 October 2013

MINUMAN 3 IN BAHAYA?






sumber: Akhbar KOSMO

Info kandungan minuman 3 in 1

  • Megandungi kandungan gula melebihi 3 sudu dalam setiap pek
  • Gula yang berlebihan untuk menggurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut 
  • Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan
  • Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori, iaitu sama dengan sepinggan nasi atau 2 keping roti
  • Jika diambil 3 kali sehari iaitu 600 kalori, akan menyumbang kepada peningkatan berat badan berlebihan 
  • Kandungan bahan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng hanya sangat sedikit kerana bahan tersebut mahal dan sukar diperoleh.




Ulasan dari : Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM,
                    Prof Madya Shariza Abd Razak.


Mengapa Bahaya?
  1. Kandungan gula yang berlebihan
  2. Krimer susu bukan tenusu tetapi dihasilkan daripada minyak kelapa sawit yang boleh mengakibatkan saluran ateri darah tersumbat dan menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar
  3. Pesakit jantung dan diabetes yang mengambil minuman 3 in 1 tanpa kawalan akan menyebabkan penyakit mereka bertambah serius
  4. Jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan berat badan berlebihan
  5. Yang mengandungi kafein akan menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur malam
    Walau bagaimana pun, beliau menegaskan, pengambilan minuman tersebut bukannya tidak dibenarkan tetapi perlu diambil secara sederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain.
    Tapi...
    Kalau hari-hari breakfast kat office, kita bancuh, minum, then duduk buat kerja..hari-hari..and ada yang tak sempat bersenam nak bakar kalori tu balik..macam mane ye? 

No comments: